Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 7 May 2015

(Cerita Lagi) Motivasi Kesuburan

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.




Minggu lepas, saya dikunjungi Muhammad Ammar Rifqi bin Mohd Raizal (jenuh kalau bakal isteri yang kena sebut akad nikah ni, haha). 
Ammar kini hampir 2 tahun usianya. 
Kisah IVF ibunya ada di sini (beliau les ke-4 dalam post ini) klik Sini
Bersalin normal di hospital ini di bawah pengendalian Dr Idora pada Oktober 2013.
Antara pasangan yang memberi kesan mendalam di hati saya kerana menyaksikan kekentalan hatinya serta kisah kasih-sayang yang ditunjukkan oleh suaminya , di antaranya memayungi isterinya yang hamil berjalan dari pintu rumah nak ke kereta kerana tak nak isterinya terkena bahang matahari.
gambar majlis akikah Ammar. menyaksikan kasih-sayang ayah kepada anaknya.
Maklumlah, 8 tahun menunggu.
Tengok muka dan pandangan matanya pun dah nampak kecerdikan Ammar ni.

Terima kasih kerana sudi melawat saya dan membenarkan saya menggunakan gambar ini dan nama mereka.

.
.
.

Kebetulan, Ayusliza ni datang memberi sokongan moral kepada seorang rakannya yang ada appointment menunggu keputusan kehamilan FET (ingat tak lagi kisah ini klik sini )
Baiknya mereka semua ni, saling memberikan sokongan.
Dengarnya whatsapp group mereka dah beranak-pinak kerana tak muat ahli.
Pesakit saya yang lagi seorang ni pula, buat IVF pada Februari 2015.
Kerana telur terlalu banyak, saya ambil pilihan freeze-all-and-transfer-later.
Bulan 4 baru-baru ini beliau memulakan FET treatment.
A 'cute' couple.
Suami sangat penyabar dan cool je, tak banyak cakap.
Isteri pula sangat peramah (aka suka/banyak betul bercerita) macam My Clone (dan err....emak My Clone).
Sehingga hari nak masukkan embrio, masih belum dapat keputusan sepakat, si isteri nak masukkan 1 sahaja dan si suami pula kalau boleh nak masuk 3 pun tak apa.
(pembetulan  : keesokannya 08.05.15 mereka datang dan saya diberitahu terbalik rupanya ingatan saya. Si suami yang nak masukkan 1 embrio sahaja, isterinya yang kalau boleh nak masuk lebih daripada 1, maka tuan punya uterus lah yang menang. )
Embriologis thawed 2 embrio.


Pada 24.04.2015. Kedua-dua blastocyst tengah 'hatching'. Saya masukkan 2 embrio tersebut.

Luteal support menggunakan vaginal progestin.
Beliau juga hamil.
BhCG 18 IU/l (dibuat 30.04.15 iaitu 2 hari lebih awal daripada biasa kerana nak elakkan cuti panjang)
Rupa-rupanya sebelum datang, berhari-hari beliau buat UPT sendiri.
Setiap kali buang air kecil, beliau akan lakukan UPT.
Menangis beliau kerana UPT negatif.
Alahai....pesakit-pesakit saya memang ramai yang macam ni.
Nak juga buat UPT awal.
Rugi je menangis (tapi kalau suami pujuk dan dapat hadiah, tak rugi tu (jangan buruk siku), heheh).
Dah tu, susun cantik-cantik macam di atas.
Teratur
Tulisan pun cantik, memang bukan tulisan doktor.
Esok, beliau akan datang untuk follow-up. (update : dah nampak kantung di dalam rahim)

.
.
.

Kisah kali ini

Usianya 35 tahun
Bekahwin Mei 2009
Pertama kali berjumpa saya November 2013
Sebelum itu pernah menjalani rawatan kesuburan di tempat lain termasuklah IVF pada 2012 - tidak berjaya.

Penilaian awal saya;
Sperma suami tiada masalah.
Di dalam dinding rahim ada adenomyosis.
Ada juga 'adhesion band' dikesan pada kawasan sebelah kanan pelvis/adnexa.
HSG - kedua-dua tiub falopian tidak tersumbat tetapi ada kesan cecair masih terkumpul di dalam tiub dan di luarnya lama selepas itu. Mungkinkah ada perlekatan di dalam pelvis?
IVF Januari 2014 - dapat 5 telur, jadi 4 embrio.
Masuk day-5 (1 blastocyst, 1 morula). 2 lagi embrio dibuang kerana tiada perkembangan.
Beliau hamil tetapi keguguran awal (hanya biochemical pregnancy)


Kemudian mereka mendiamkan diri.

.
.
.

Oktober 2014,
Mereka datang semula.
Rupanya telah menjalani pembedahan laparotomi pada April 2014 di hospital lain kerana diberitahu masalah ovarian cyst (mungkin sebenarnya tiub yang membengkak ataupun adhesion-cyst kerana setelah pembedahan diberitahu tiada ovarian cyst).

Penilaian saya sekali lagi;
TVS menunjukkan telah ada hidrosalpinx sebelah kanan.
Ini turut disahkan oleh HSG November 2014.



Pilihan rawatan yang saya ajukan kepada mereka:

1. IUI
2. laparoscopy (buang tiub kanan) - kemudiannya baru buat IVF
3. IVF tetapi freeze-all embryos kemudiannya laparoskopi buang tiub falopian kanan dan kemudiannya buat FET (frozen embryo transfer). Pilihan ini kurang digalakkan kerana mereka pembawa Hepatitis B.

Untuk makluman, di hospital ini, kesemua pasangan yang ingin menjalani IVF (lelaki dan perempuan) dimestikan menjalani saringan Hepatitis B, HIV dan VDRL, selaras dengan garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekiranya salah seorang ada, maka embrio atau telur atau sperma tidak akan dibeku-simpan dalam tangki cecair nitrogen bersama-sama kepunyaan pasangan lain yang tidak dijangkiti. Mereka boleh sama ada membeli tangki untuk kegunaan sendiri ataupun tidak menyimpan langsung.

.
.
.

Beliau memilih pilihan ke2.

Atas faktor kewangan, beliau menjalani pembedahan laparoskopi tersebut di hospital separa-kerajaan pada Februari 2015. Pada masa yang sama, tiub kiri pula telah tersumbat cuma belum ada/tiada hidrosalpinx.

.
.
.

April, beliau telah bersedia untuk IVF sekali lagi.
Kali ke2 di PHKL, kali 3 untuk beliau.

Saya masih menggunakan protokol yang sama.
Protokol antagonis.
Dengan AMH hanya 8.4 pmol/L, saya gunakan dos permulaan suntikan FSH 375 IU dan dos keseluruhannya sebanyak 4050 IU.
Memang banyak (sudah tentu mahal pula) kerana kebiasaannya pesakit saya seusia beliau hanya menggunakan jumlah keseluruhan dos FSH ebanyak 2700 IU sahaja.


Triggering pun seperti biasa, menggunakan GnRH analog (bukannya hCG).
OPU 24.04.2015
Dapat 4 telur sahaja

Kesemua 4 telur matang. Embriologis buat ICSI.

Keesokannya pula;

Kesemua 4 berjaya disenyawakan.
Maka, 'ICSI fertilisation rate' embriologis saya masih kekal di atas 70%.
Kali ini 100%.




Day 3 embryo


ET seperti biasa hari ke5 kerana kami mengamalkan kultur embrio sehingga hari ke-5 atau ke-6 (blastocyst culture) sebelum dimasukkan semula.
Ini kerana peratus kehamilan lebih tinggi dan risiko kehamilan ektopik boleh dikatakan tiada atau hampir tiada kerana saiz blastocyst besar berbanding saiz embrio hari ke2 atau ke3.



Ada 4 embrio tetapi pada hari ke-5 cuma 2 sahaja yang mencapai tahap blastocyst.
Kenal tak yang mana blastocyst?
Ada hikmahnya hanya 2 yang menjadi kerana status Hepatitis B mereka - embrio tidak disimpan/dikongsi di dalam tangki embrio-embrio pesakit lain.
Saya pula tidaklah hendak memasukkan kesemua 4 embrio.
Masuk 2 blastocysts.


Luteal support menggunakan vaginal progestin.


Hari ini ,



Hmm....yang ni pun lagi seorang.
Dah buat UPT sendiri.
Sememangnyalah negatif (sebab UPT memang lambat positif).
Dah menangis pun di rumah.


Harap-harapnya kali ini tidak lagi keguguran.
Seminggu dua lagi dah boleh tengok kantung kandungan.


Kesimpulannya kisah dia ini;
6 tahun mencuba.
2 kali pembedahan.
3 kali IVF.
Sungguh kuat semangatnya.

Kesimpulan lagi satu;
Err......
Tak perlulah buat UPT sebelum hari ujian darah BhCG.
Penat suami nak pujuk isteri menangis ni
:)


Sekian,

Alhamdulillah - all praise is due to Allah.



11 comments:

  1. kalau ade tabung upt agak nye dh gemok dh tabung tu...mcm saye jugak lah doctor..beli upt rase nye habis ratusan ringgit..dr yg mahal smp yg murah...

    ReplyDelete
  2. Salam Dr Adilah, saya patient dr yg undergo laproscopy for endometriosis in 2011. Nak checkup dgn dr after dah 2 baby ni boleh ke? :) Tq doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja, jika untuk kes gynae, kesuburan dan kehamilan di bawah 14 minggu (selepas itu akan dirujuk kepada doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda). Bawa sekali gambar anak-anak ya :)

      Delete
  3. Assalam Dr,

    Jika pesakit mengalami obesiti, adakah Dr mengesyor/tidak mengesyorkan pesakit tersebut untuk menjalani IUI/IVF?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dan tidak bergantung kepada keadaan.

      Delete
  4. Assalamualaikum Dr. Adilah
    Sy dh berkahwin 8 thn belum dikurniakan zuriat....pernah mengandung luar rahim dan tiub dh diikat... sebelah lg Dr kt hospital ckp tiub sy 'kaku'....agaknya masih adakah peluang mengandung untuk kes seperti sy. haid sy normal setiap bulan..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dr. Adilah..
    Sy sudah berkahwin 8 thn (umur 34 thn)...belum ada rezeki zuriat. pernah mengandung luar rahim dan tiub dh diikat. sebelah lg tiub Dr di hospital ckp tiub saya 'kaku'...agaknya masih ada lg ke peluang hamil untuk kes seperti sy. kitaran haid sy normal setiap bulan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tetapi risiko kehamilan ektopik berulang juga lebih tinggi. Jika haid lewat, segera buat UPT dan jika hamil, segera jumpa doktor pakar sakitpuan

      Delete
  6. Salam dr..ada post atau info ttg unicornuate tube? Saya punya tube jenis tersebut (dr scan hsg). Dah pernah cuba iui sekali dan gagal. Irregular period.

    ReplyDelete
  7. Dr ada info ttg unicornuate tube?

    ReplyDelete