Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 25 April 2015

Siri Ingin Tahu Mengenai Kesuburan? - Wanita Dikatakan Subur Jika.......

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.

.
.
.

Pokok Kemboja (Frangipani atau Plumeria) merah, memang cantik apabila rimbun berbunga, kini bukan sahaja di tanah perkuburan tetapi di hadapan laman rumah. Keunikannya bagi saya - setiap kali bercabang, ia akan bercabang tiga. Kadang-kadang saya akan mengira di celah-celah pokok itu, betulkah bercabang 3? Kenapalah pantun dulu guna Gunung Daik (di Lingga, Sumatera) bercabang tiga, bukannya pokok kemboja?

.
.
.

Mari kita sambung bab teori kesuburan

.
.
.

Wanita dikatakan subur jika kesemua ini (bukan salah satu) ada:

1. Ovarinya boleh ovulasi sendiri.
- Kantung teur boleh membesar sendiri (kebiasaannya satu kantung telur setiap bulan, kecuali dalam keluarga kembar). Ini boleh dilihat melalui TVS (Trans-vaginal scan)
- Kemudian kantung telur itu boleh mengalami ovulasi sendiri


2. Tiub Falopian tidak tersumbat DAN MASIH BERFUNGSI
- Fungsi itu yang sangat penting. Ini kerana jika tiub falopian 'kaku' akibat penyakit perlekatan, walaupun jika ia tidak tersumbat, ia tidak dapat 'mengambil' telur yang keluar dari permukaan ovari untuk masuk ke dalamnya.
- Penyakit perlekatan tiub boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti endometriosis, PID dll.
- Tiub boleh diuji dengan 2 kaedah lazim : HSG dan pembedahan (lazimnya hanya secara laparoskopi & dye insufflation)
- Selain itu, ada kaedah lain - Sono-hysterosalpingogram 
-Malangnya, belum ada ujian untuk mengesahkan fungsi tiub falopian sama ada boleh mengambil telru masuk ke dalamnya ataupun tidak.


3. Rahim
- Tiada masalah keabnormalan pembentukan eg Mullerian dysgenesis
- Lapisan terdalam (endometrium) cukup ketebalannya untuk memberi 'nutrien' kepada embrio selepas implantasi
- Wanita yang merokok lazimnya mempunyai masalah ini - endometrium nipis.
- Jarangkali (boleh berlaku) - endometrium nipis disebabkan oleh penyakit seperti TB endometrium. 


4. Laluan 
- Saluran vagina juga mestilah sempurna. Ini ada dalam hampir kesemua wanita, kecuali yang mempunyai masalah pembentukan faraj (septum dsb) . Barulah air mani dapat bertakung pada penghujung vagina berhampiran bukaan pintu rahim.

Maka, dalam kebanyakan pesakit saya yang datang pertama kali (lazimnya pada sekitar Day-12), apabila saya mengatakan ia subur, saya akan memberitahu :


"- ovari subur (kerana scan TVS nampak kantung telur besar)
- rahim subur (kerana scan TVS nampak lapisan endometrium tebal serta ada bukti tambahan iaitu laluan terowong pintu rahim telah 'terbuka')
- tiub falopian kita belum tahu sebab yang ini kena check secara HSG atau operation (laparoskopi), bukanaya secara scan. "

.
.
.

Ramai yang menyangka ubat subur boleh menyuburkan kesemua masalah di atas.

Ini tidak benar.

Ubat subur lazimnya bertindak menyuburkan ovari sahaja.
Ubat subur merangsang pembesaran kantung telur, malah rangsangan ini juga boleh menyebabkan lebih daripada satu kantung telur yang membesar.
Jika ada masalah kesuburan tiub falopian, ubat subur bukanlah penyembuhnya.
Jika ada masalah kesuburan rahim, ubat subur bukanlah ubatnya.


Seeloknya kita elakkan tingkahlaku yang boleh mengurangkan kesuburan kita:

1. Jangan merokok. Merokok mengurangkan peluang kehamilan dan meninggikan risiko keguguran jika hamil.

2. Perokok pasif juga boleh mendapat kesan yang sama walaupun bukan kita sendiri yang merokok. Jika pasangan anda merokok, sarankan agar beliau berhenti merokok.

3. Jaga berat badan (Ouch! Terkena batang hidung sendiri). Obesiti mengurangkan kesuburan disebabkan berlebihan estrogen di dalam lemak. Risiko keguguran juga meningkat. 

Diet dan senaman. 
Diet dan senaman. 
Diet dan senaman. 

Tiada cara lain yang berkesan.

4. Healthy eating. Walaupun berat badan anda ideal, pemakanan sihat memang penting. Banyakkan makanan berwarna-warni dan segar, apa lagi? Buah-buahan dan sayur-sayuran. Ikut komposisi pemakanan (piramid makanan) yang betul

5. Jika telah bersedia, usah menunggu lebih lama. Peningkatan usia wanita mengurangkan kesuburan kerana penghasilan dan juga kualiti telur yang dihasilkan lazimnya menurun. Anda lazimnya memerlukan ubat kesuburan dalam dos yang lebih tinggi tetapi bilangan dan kualiti telur kekal berkurangan.

6. Jaga emosi. Elakkan stress berlebihan. Bukan sahaja stress boleh memberi kesan kepada jantung, ia juga memberi kesan kepada kesuburan.

7. Hubungan seksual yang memberikan peluang kehamilan yang lebih iaitu dengan kekerapan 2-3 kali seminggu (selang sehari atau selang dua hari) bermula dari anda bersih dari haid, bukannya bertumpu kepada 'waktu subur' sahaja.



Alhamdulillah.
All praise is due to Allah.

No comments:

Post a Comment