Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 22 April 2015

Kami Telah Berpindah

In the Name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.

Kami telah berpindah ke Blok A bermula 6hb April baru-baru ini.




Jika nak ke klinik saya, masuk ikut sini pun boleh. 



Ada 6 lif yang saiznya lebih besar daripada di blok B dahulu
Naik ke tingkat 4 ya





Keluar sahaja dari kawasan lif, kenalah membelok ke kanan dahulu untuk mendaftar.
Kini, kaunter pendaftaran (dan kaunter pembayaran serta farmasi satelit) terletak di tengah-tengah.
Selepas itu, barulah menuju ke kluster klinik-klinik O&G di sebelah kiri lif tadi pula. Jika penat berjalan (ada beratus-ratus sentimeter, heheh) bolehlah berhenti duduk di kawasan hadapan lif ini.

.
.
.

Klinik O&G
Kini kami pakar O&G semua ditempatkan di dalam satu kelompok/kluster/wing. 

Inilah kami, pakar-pakar O&G yang ada klinik di hospital ini. Kebanyakannya lebih senior daripada saya pun dan mereka tidak berkira dalam membantu sesama pakar.
Selain kami yang namanya tertera di sini, ada juga pakar-pakar O&G yang walaupun tiada sesi klinik di sini, tetapi masih melakukan prosedur pembedahan di hospital ini.
Eh! Macam ku kenal je nama di bawah namaku itu?


Hadapan bilik saya.

Dinding kaca ini belum sempat dikabut 'frosted' oleh pihak hospital.

Saya pun masih belum sempat melakukan apa-apa 'renovation' bilik.
Tak sempat kerana masa diberi terlalu suntuk.
Kenalah tunggu waktu saya bercuti (bila lagi, cuti sekolah la tu)

Sementara itu, kepada sesiapa yang ada idea, silalah beri pendangan mengenai apa yang perlu dilakukan pada bilik ini ya.
Ini termasuklah mengubah kedudukan meja/katil pemeriksaan jika perlu.

.
.
.


Ini pula bahagian dalam bilik saya.
Buka pintu besar tu, terus nampak ini. Katil/ruang pemeriksaan terletak di bahagian kiri daripada gambar ini.

Kalau jemu, saya akan pusing belakang dan jenguk sebalik 'blind' untuk ....





.....memandang ke luar melihat kibaran 3 bendera yang mempesona
 atau 
menjamu mata melihat 'fountain' di bawah berhadapan lobi 
atau 
berangan melihat kondo di sebelah hospital ini.



Semalam saya dikunjungi dia yang masih comel ini, sama je awet rupa dia dari dahulu.
Bekas PA saya semasa menjalankan tugas-tugas Pengarah Bahagian di LPPKN 13 tahun dahulu. 



Bukan setakat PA, dia jugalah yang sering melayan My Clone yang dalam sekelip mata boleh bertukar watak daripada sangat 'sweet' kepada sangat 'dot dot dot' macam cerita Calvin & Hobbes. Lama setelah saya berhenti dari LPPKN, barulah Nazirah bercerita mengenai rahsia My Clone kepada Omak Ghimau ini ; termasuklah insiden My Clone menggunting putus kabel 'mouse' dan insiden My Clone menghabiskan kuih minum petang sebelum jamuan bermula. Hmm......IDK what to say. Tidak hairanlah My Clone masih lagi ingat 'Kakak Nazirah'. Memang Nazirah seorang yang baik dan penyabar melayan kerenah kami. 

.
.
.

Hari ini pula saya dikunjungi Megat Anas Ayden bersama kedua ibubapanya. Saya dan Pak Bidannya sempat berangan jadi ibubapa Ayden (panggilan saya untuk dia walaupun beliau lebih dikenali dengan nama lain). Walaupun Ayden ada iras rupa saya, tetapi dari gaya beliau di dalam gambar ini, nampak sangat saya bukanlah ibu kandungnya. Dah setahun 4 bulan dah dia ni, bertahun-tahun ibubapanya mencuba, sejak saya di Hospital Pusrawi lagi, bila lihat Ayden yang handsome dan cerdik ni, terus rasa berbaloi penantian selama itu.

.
.
.


Baru-baru ini (Sabtu dan Ahad yang lepas), saya ke Pulau Pinang menghadiri persidangan MRMC (Malaysian Reproductive Medicine Congress). Ada sesi 'Kelab Jurnal' di mana saya membentangkan satu kajian (err....bukan kajian saya) yang telah diterbitkan di dalam jurnal antarabangsa untuk dibincangkan.

Berpeluh-peluh dan lajunya jantung saya berdegup, lintang-pukang (mesti exaggerate cerita), bahasa Inggeris berterabur, menggigil macam tengah 'exam'. Maklumlah, dalam kumpulan kecil ini, ada 3 orang guru saya turut serta mendengar. Dr Surinder (dari TMC) yang bertalilehar merah itu dahulu Pensyarah O&G HUKM. Yang berdiri di kanan gambar juga Pensyarah O&G HUKM. Di sebelahnya pula guru IVF saya di Hamburg, Dr Robert Fischer. Beliau dijemput memberikan 2 ceramah mengenai hormon LH.

Saya berazam untuk melakukannya dengan jauh lebih baik lagi selepas ini, jika diberi peluang lagi....







4 comments:

  1. Cantikkkkkk.. x sabar nak jejak kaki ke bilik Dr. Lg.. (walau bb ni x kuar lg... hehe.. insyaallah lg 3 minggu).. Tertunggu2 Dr update pasal bilik baru ni...

    Ramai jugak gyne kat PHKL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, PHKL adalah hospital swasta yang mempunyai bilangan pakar O&G yang paling tinggi di Malaysia ni. Senarai tu tak termasuk yang 'visiting' di wad (tetapi menjalankan klinik di luar) eg Dato' Dr Hamit Arshat, Dr Raman Subramaniam dll. Seronok bekerja di sini kerana ramai yang senior dan tidak lokek memberi tunjukajar/bantuan kepada saya yang mini junior ni.

      Delete
  2. cantek klinik baru Dr...koala bear yang jadi peneman tu pun mesti hepi dapat panjat tiang baru..hehe.=)

    ReplyDelete