Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 24 April 2015

(cerita lagi)

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.





Ramai tahu saya suka bunga Lily.
Setiap Isnin, bunga Lily ini akan berganti baru, dipesan khas sebagai tanda ingatan dari seseorang.
Dia doktor gynae saya :)

.
.
.

Kisah 1

Usianya 38 tahun.
Berkahwin pada tahun 2002, dah 13 tahun.
Masalah : satu tiub falopian (kanan) tersumbat.

Rawatan Kesuburan Sebelum ini
- IUI pertama kali di sebuah pusat kesuburan berhampiran di KL ini - tidak berjaya

- IVF kali pertama ( Mei 2012) pun di tempat yang sama
Dos suntikan FSH yang tinggi sejumlah 4700 IU
Dapat 9 telur, jadi 4 embrio
2 embrio masuk fresh cycle - belie hamil tetapi keguguran ada usia kandungan 7 minggu.
Tak perlu buat D&C.
Kemudian buat FET; 2 embrio lagi masuk - tak hamil.

- IVF kali kedua (Ogos 2013) pun di tempat yang sama
Dapat 11 telur, 9 jadi embrio
2 embrio masuk fresh cycle - tak hamil.
2 lagi masuk frozen (FET) - hamil tetapi...keguguran juga pada usia kandungan 7 minggu.
Kena buat D&C Mac 2014.
Tiada lagi embrio lebihan kerana 5 embrio lagi tidak cantik dan telah dibuang.


Disember 2014 - tarikh kami berjumpa kali pertama di PHKL.
Beliau nak menjalani pemeriksaan dan rawatan sekali lagi.

Penilaian saya

1. Dah ada penyakit darah tinggi rupanya dan memerlukan rawatan ubat pada dos yang masih rendah.
2. Berat badan berlebihan 103kg dengan BMI 33.6 kg/m2 (risiko keguguran lebih berbanding jika berat badan ideal)
3. Ada perlekatan di dalam pelvis (susunan organ beralih kedudukan - ovari kiri berada lebih tinggi dan di hadapan rahim). Bukan mudah nak buat IVF. Saya pun berbincang mengenai pilihan lain ie IUI.
4. Apakah risiko beliau untuk keguguran sekali lagi?



Saya suruh buat beberapa ujian:

1. HSG (ulang semula kerana HSG yang dahulu dah lama, penting saya nak tahu kerana memikirkan alternatif selain IVF).
Tak sangka keputusan kali ini menyatakan tiub falopian sebelah kiri pula yang tersumbat. 
Tiub falopian kanan masih tidak tersumbat.
Hmm.....
Susah saya nak 'compute' kerana tiub falopian yang telah tersumbat kebiasaannya tidak terbuka semula dengan sendirinya.
Mungkin tersalah label? Mungkin juga benar? Saya tak tahu....
Apa pun, saya mengambil kira keputusan ujian HSG terkini iaitu tiub kanan masih tidak tersumbat, tiub kiri yang tersumbat.
Saya berpendapat tiub kiri yang memang berpenyakit, lagipun ovari kiri yang kedudukannya jauh dari asal.

2. Ujian untuk 'recurrent miscarriages'
Walaupun beliau belum dikategori sebagai 'recurrent miscarriages' (iaitu 3 kali keguguran berturut-turut, tidak salah jika ingin menjalani ujian lebih selepas 2 kali keguguran. 
Lagipun, kos ujian-ujian ini lebih murah berbanding kos IVF atau IUI dengan suntikan FSH.
Kesemua ujian yang dilakukan hasilnya normal, termasuklah ujian kencing manis.
Lega.....

3. Ujian 'ovarian reserve'
Saya lakukannya berdasarkan rawatan IVF terdahulu dan juga usia beliau, paras AMH dapat membantu saya memberikan dos suntikan FSH yang bersesuaian, tidak berlebihan dan juga tidaklah kurang.
Hasilnya 5.8 pmol/L, agak rendah.

Saya 'plan' untuk IUI didahului dengan rangsangan telur menggunakan suntikan FSH.
Mengapa saya tidak memilih terus IVF kali ketiga?
Entahlah....
Saya tahu IVF memberi peluang lebih tinggi berbanding IUI.
Cuma saya berpendapat, mungkin saya berpendapat bahawa IVF untuk beliau bukanlah mudah kerana kedudukan ovari kiri yang 'tinggi' mungkin disebabkan penyakit perlekatan, maka ia memberikan lebih risiko untuk trauma (jangkitan kuman atau pendarahan) sewaktu OPU.
Lagipun firasat hati....
Kami pun meneruskan 'plan' untuk rangsangan ovari.
Sebanyak sejumlah 1350IU IU suntikan FSH digunakan, dah melebihi dos kebanyakan pesakit IVF saya yang lain (hanya 1200 IU).
Dapat 1 kantung telur yang cantik di sebelah kanan, 2 kantung lagi sederhana sahaja saiznya.
Ada banyak kantung telur di sebelah kiri ovari (tetapi kan tiub falopiannya tersumbat).
Saya beritahu;

"Jangan ralat dengan telur di sebelah kiri tu. Kita cuba IUI, kan ada juga telur di ovari kanan (walaupun hanya satu)"

IUI day 18 (ovarinya lambat pula memberikan response).
Sperma suami sangat cantik kualitinya.

Saya juga menambah ubat Aspirin kepada beliau (ini topik lain) walaupun hasil kajian masih bercampur-aduk.
Luteal support menggunakan 'vaginal progestin' dan untuk menyedapkan hati saya dan dia juga, saya tambah pil progestin.

Nak dijadikan cerita....
Beliau hamil.

Isnin yang lepas, dah 7 minggu + 3 hari.
Dah nampak jantung baby.
Apabila saya beritahu 

" I pula yang meremang (buluroma) dengar jantung baby U ni. After all the things you had gone through, akhirnya rezeki you dengan IUI"

Terus dia berderai airmata (Alamak! Saya dah panik ni).
Masih awal lagi.
Masih dalam fasa berjaga-jaga kerana keguguran yang lepas pun pada sekitar waktu ini.

.
.
.

Puan-puan;

Selalunya begitulah.

Setelah dugaan demi dugaan,
Kesukaran demi kesukaran,
Airmata tak perlulah nak sukat...
Bila dah sampai waktu rezeki mengandung, kita akan mengandung juga, kadang-kadang dengan kaedah yang lebih mudah.
Bukannya sebab doktor yang dahulu tidak bagus, dia telah membantu ramai wanita lain hamil sehingga melahirkan bayi.
Rezeki.
Percaya pada rezeki.
Berdoalah lagi dan lagi untuk rezeki kehamilan.

"Maka sesungguhnya berserta kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya berserta kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai, maka tegaklah. Dan hanya kepada Tuhanmu, hendaklah engkau berharap"

"For indeed, with hardship (will be) ease. Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord, direct (your) longing"

(al Insyirah 94 : 5-8)
.
.
.

Teringat seorang lagi pesakit saya.

Kisah 2

Dah bersalin pun.
Kahwin 2003.
Jumpa saya Mac 2013, selepas 10 tahun berkahwin.
Kami plan buat ICSI (April 2013)
Saya masukkan 2 embrio tetapi jadi 3 kerana beliau mempunyai sejarah kembar di dalam keluarganya (sepupunya kembar).
Dapat 3 puteri comel-comel belaka, dua daripadanya identical kerana dari satu embrio yang sama.
Sekarang dah 15 bulan pun.
Dengar cerita kini beliau hamil DIY, dah 31 minggu pun.
Dan kali ini boy!
Hmm....punyalah lama menunggu sampai 10 tahun, bersusah payah buat ICSI, hamil triplets pula tu (bukan senang nak menjaga dari hamil, lahir tak cukup bulan 33 minggu, sekarang anak-anak dah mula berjalan pula....tak larat nak kejar), akhirnya DIY pregnancy.
Sendirian berhad!
Dahulu cuma berdua, kini terus berlima, malah dan nak masuk berenam pula. Rumah terus jadi riuh!


video
Beliau rajin menghantar video anak-anaknya, seronok tengok gelagat kembar ni. Ini antara klip video yang paling saya suka. Cuba teka yang mana satu? Yang datang2 terus suka senyum tu Mardhia (anak kedua), yang serius tu Marissa (maklumlah, anak sulung) dan yang cuba nak ambil perhatian ibunya dengan menarik Marissa tu adalah Maiza (bongsu). Mardhia dan Maiza yang identical twins.

.
.
.

Inilah rezeki.
Inilah ketentuan.
Jangan berputus harap dan usaha.


Kelmarin, sewaktu Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, seorang qari (johan tahun lepas) memperdengarkan bacaan yang berkait dengan cahayamata. Ramai pesakit saya yang tersentuh mendengarnya. Saya sendiri terdiam dan sebak apabila mendengar sayu bacaannya.

Dah ada orang uploaded dalam youtube ni.

klik sini - Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015 - Ustaz Ahmad Tarmizi Haji Ali (jemputan)


Dia seorang al-Haafidz, beruntung sungguh isteri dan keluarganya.

Surah asy Syura (42): 49-50

"Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. 

Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa"

"To Allah belongs the dominion of the heavens and the earth, He creates what He wills. He gives to whom He wills female (children), and He gives to whom He wills males. 

Or He makes them (both) males and females, and He renders whom He wills barren. Indeed, He is Knowing and Competent." 



Sekian.

All praise is due to Allah.

No comments:

Post a Comment