Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 9 March 2015

(Selingan sebelum mula topik kesuburan dari awal) - Satu lagi kisah benar



Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate


Ambil mood sebelum mengulangi dan menulis semula dari awal mengenai Topik Kesuburan


Kisah benar.

.
.
.

Pada suatu hari, saya terpaksa memulakan prosedur OPU lewat dari biasa kerana ketiadaan slot awal.
Mujurlah pada hari itu hanya ada satu sahaja kes OPU.
(cakap besar, padahal kebiasaannya saya cuma buat 2-4 kes OPU sahaja setiap minggu, hahah)
Beliau telah pernah hamil tahun lepas selepas menjalani ICSI. 
Kehamilan kembar.
Seperti biasa, setelah lepas trimester pertama, saya pun melepaskan beliau kepada Pakar O&G yang lain untuk menyambung susulan antenatal dan kelahiran kelak.
Namun selepas itu saya diberitahu bahawa beliau mengalami kelahiran 'severe prematurity' pada usia kandungan 22 minggu.
Kedua-duanya tidak dapat diselamatkan, mungkin disebabkan oleh 'cervical incompetence'.
Malah beliau mengalami tumpah darah akibat uri lekat/ tidak habis keluar.
Sehingga terpaksa dimasukkan darah.

.
.
.

Pada Februari baru-baru ini, beliau pun menjalani ICSI sekali lagi.
Memandangkan embriologis saya mempunyai rekod 'ICSI fertilization rate' melebihi 70%, maka sejak beberapa tahun yang lepas, saya meminta beliau melakukan ICSI ke atas kesemua telur-telur matang MII yang diperolehi.

Maknanya, jika saya beri beliau 10 telur matang ie MII, maka saya boleh jangka keesokannya sekurang-kurangnya 7 berjaya menjadi embrio, atau lebih.

Tetapi kalau dapat 2 telur MI, tak adalah ia menjadi 1.4 embrio kan? Kebarangkalian yang ada hanya sama ada 2 atau 1 atau tiada.

Beliau pula sanggup 'membuli' diri sendiri.
Kesemua 100% telur MII akan dibuat ICSI oleh beliau.
Rajin sungguh beliau ni.

Kalau saya dapatkan 10 telur MII, maka beliau akan buat ICSI ke atas semua 10 telur MII itu.
Kalau dapat lebih? Mahu dia balik malam kot?
.
.
.

Saya suka memberi dos suntikan rangsangan sederhana sahaja dengan 'aim' untuk mendapatkan 7-14 telur sewaktu OPU.
Kecuali jika sememangnya jumlah telur sedia kurang (low ovarian reserve), tak banyak yang saya dapat tolong. Kerana jika bilangan telur awal (ACF = antral follicle count) sememangnya sedikit, saya bagi banyak mana dos ubat pun, ia tidak dapat menambah bilangan telur itu.

Kalau dapat telur/folikel sebanyak 15 ke atas, saya dah mula risau. Takut dapat OHSS jika beliau hamil.
Maklumlah, setiap satu kantung matang bersaiz kira-kira 18mm.
Kalau 10 kantung pada satu ovari? Tentunya saiz ovari menjadi besar.
Ovari yang terlebih dirangsang memang bersaiz lebih besar, maka lebih berisiko nak dapat OHSS. 

.
.
.

Memandangkan dalam cycle ICSI than lepas beliau tidak mempunyai banyak telur, dari dos harian 150 IU setiap hari, kali ini saya memulakan dos suntikan rangsangan FSH lebih tinggi sebanyak 225 IU setiap hari selama 8 hari, pada hari ke-9 pula saya turunkan kepada 150IU.
Saya juga memulakan suntikan rangsangan beliau lebih lewat iaitu pada hari period beliau ke-6. 

Jumlah dos keseluruhan suntikan rangsangan FSH kali ini adalah sebanyak :

(225 x 8) + 150 = 1950 IU

Lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan kebanyakan pesakit saya yang lain (hanya 1200-1350 IU).

Pada hari OPU.... 


Dapat 22 telur sewaktu OPU pada 11 Feb.
.
.
.
Dengan tak disangka-sangka, kesemua 22 itu pula telur matang (MII)


Bintik-bintik seperti tahi lalat itulah telur-telur yang masih dikelilingi oleh kumulus.
Dalam keadaan ini, belum dapat diketahui sama ada MII atau MI atau GV.
Hanya setelah denudation (buang kumulus) barulah dapat diperiksa di bawah kuasa mikroskop lebih besar.

.
.

Mujurlah hubungan saya dan embriologis kekal mesra selepas itu.
Maklumlah, nak buat ICSI bermula selepas inkubasi telur dan prosedur 'denudation' telur satu persatu, sekitar pukul 4 petang baru boleh mula suntikan/ICSI.
Bayangkan nak memeriksa gred dan kematangan telur menggunakan mikroskop.
Nak kenal sperma yang normal rupanya dan cantik pergerakannya.
Kemudian nak tangkap masuk ke dalam jarum ICSI.
Kemudian nak ambil telur dari dalam inkubator.
Kemudian, nak 'handle' telur supaya stabil.
Kemudian nak buat ICSI.
Proses diulangi lagi sehingga 22 telur itu dilakukan ICSI.
Embriologis saya balik hampir senja (beliau dah semakin cekap)
Ehehe, tq tq!

.
.
.

Keesokannya, saya diberitahu;

'19 embrio'

Wow!

Ini bermakna 'ICSI fertlization rate' embriologis saya untuk pesakit ini adalah :

19 embrio/22 telur MII x 100 = 86.4 %

Memang lebih daripada 70% (peratus minima yang kami tetapkan dalam laporan kualiti ISO9001:2008 kami yang perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan setiap bulan)

14Feb - Day 3 embrio
19 embrio awal tadi kini kesemuanya menunjukkan fasa blastomere ie embrio dengan beberapa sel.

.
.
.

Beliau meneruskan culture lagi

Opps! Lupa nak cerita....
Saya memang dah plan untuk 'freeze all' embrio dan 'transfer later' ada cycle akan datang.
Dengan bilangan telur sebanyak itu, saya tidak mahu beliau mengalami OHSS pula nanti.
Protokol ubat yang saya guna untuknya sepatutnya tidak mencetus OHSS...kecuali jika beliau hamil.
Kerana untuknya, saya tidak menggunakan hCG sebagai suntikan triggering.
Saya gunakan suntikan GnRH analog (tidak mengandungi hCG)
Maka semestinya pada kitaran 'fresh' ini saya tidak mahu beliau hamil dahulu (apabila hamil, kandungan itu akan mengeluarkan hormon hCG dan boleh mencetus OHSS)
Maka;
Freeze all (embryos)
Kami membuat keputusan untuk 'freeze' Day-5.


Pada hari ke-5 usia embrio (16 Feb)


19 embrio pada Day-5:
- 14 blastocyst (termasuk EB i.e. early blastocyst)
- 4 morula
- 1 embrio mengalami 'lysis' /degeneration dan dibuang

Maka 18 embrio dibekusimpan (cryo-freezed) menggunakan teknik vitrification.


Dapat teka mana satu tak?

Pesakit-pesakit saya ni memang suka belajar/ ambil tahu.
Senang nak menerangkan kepada mereka.
Yang ini pula tekaan adik beliau.
Adiknya pelajar perubatan di UPM.
Pandai student ni.
Ada salah 2 sahaja.

Semoga selepas ini, urusan beliau dipermudahkan.


All praise is due to Allah

2 comments:

  1. Assalamualaikum Dr.
    Macam sama sahaja kisah kawan ni dengan saya... Sedihnya masih terasa.
    Doktor saya ada soalan. Saya bercadang hendak buat FET next cycle ni. Masalah saya adalah masa CD12 sebelum FET doktor suruh datang tetapi saya masih berada di Madinah. Soalan saya sekiranya next cycle saya hendak lakukan FET terus boleh atau tidak dan CD berape saya kene jumpe doktor. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sama macam kisah you sebenarnya, minggu 20 lebih.
      Boleh datang sama ada 2-3 hari sebelum period atau D1-2.

      Delete