Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 11 March 2015

Pengenalan - Infertiiti & Subfertiliti

Bismillahirrahmanirrahim


Warm-up session
Ambil mood lagi.


Pengenalan

Kekeliruan istilah. Infertiliti ke subfertiliti?

Jawapan saya : tak perlu terlalu strict, ikut case-by-case basis.


INFERTILITI 
- Memang tak boleh hamil (jika tidak dirawat). 
- Maknanya : peluang hamil sangat tipis (hampir tiada) tanpa rawatan
- Contoh yang boleh dirawat : kedua-dua tiub falopian tersumbat, sperma terlalu kurang (severe semen abnormality), tiada ovulasi (anovulation)
- Contoh yang sukar dirawat kecuali dengan pihak ketiga : menopaus (kecuali hanya dengan pendermaan telur kemudiannya IVF/ICSI), true azoospermia (kecuali hanya dirawat dengan pendermaan sperma kemudiannya dengan IVF/ICSI)


SUBFERTILITI 
- Peluang hamil sendiri rendah sedikit daripada orang lain. (bukannya terlalu rendah berbanding infertiliti)
- Contohnya : sperma sedikit kurang (mild oligozoospermia), endometriosis peringkat sederhana.

.
.
.

So;

Mengapa saya kata 'tak perlu terlalu strict'?
Kerana sama ada infertiliti atau subfertiliti,  peluang menjadi lebih tinggi dengan rawatan.
Maka, silalah dapatkan rawatan bersesuaian.
Tak perlu tunggu lama-lama.

Cuma, sekiranya menopaus ataupun azoospermia, peluang hamil bagi pasangan Islam dikira tiada kerana Islam tidak membenarkan pendermaan telur atau sperma atau ibu tumpang atau pemilihan seks.



Fakta pertama mengenai masalah kesuburan (berdasarkan kajian perubatan)
- Bagi mereka yang mencuba untuk hamil, peluang untuk berjaya hamil setiap bulan/kitaran adalah sekitar 15-20%. Sekiranya dikaji kumpulan asal 100 orang ini, dalam setahun mencuba sendiri (secara hubungan seks penetratif sebanyak 2-3 kali seminggu secara 'regular' dan bukannya bertumpu kepada waktu subur sahaja) jumlah kumulatifnya (setiap bulan 15-20%) menjadi seramai 85 pasangan iaitu 85%. Tinggi juga tu.
- (saya ulang lagi) Ini bermakna : sekiranya pada awal tahun ada 100 pasangan yang ingin mencuba hamil dan melakukan hubungan seks 2-3 kali seminggu secara 'regular', pada penghujung tahun didapati 85 pasangan telahpun berjaya hamil sendiri.
- Ini bermakna ada 15 pasangan selebihnya yang masih belum hamil.


Apa jadi kepada 15 pasangan ini sekiranya mereka meneruskan usaha yang sama dalam tahun kedua?
Bolehkah mereka hamil sendiri?
Haa...
Kajian perubatan juga menunjukkan, dalam 15 pasangan ini, didapati:
- Kira-kira 75% (11-12 pasangan) rupa-rupanya mempunyai subfertiiti. Sekiranya mereka ini masih ingin mencuba sendiri untuk setahun lagi, peluang mereka hamil sendiri menurun menjadi sekitar 65%. Maka, mereka bolehlah menunggu dan mencuba lagi setahun sehingga mencukupi 2 tahun sebelum ingin mendapatkan rawatan kesuburan. Maka sebanyak 7-8 lagi pasangan daripada baki 15 pasangan didapati hamil setelah sampai penghujung tahun kedua.
- Kira-kira 25% selebihnya pula (3-4 pasangan) rupa-rupanya mempunyai infertiliti. Maka peluang mereka hamil sendirinya sekiranya mereka ingin mencuba lagi setahun boleh dikatakan sangat tipis atau hampir 0%.


- Ini juga bermakna, setelah selepas setahun mencuba tetapi tidak hamil, peluang hamil sekiranya mencuba sendiri untuk tahun kedua adalah sebanyak 7 atau 8 pasangan daripada kumpulan awal 100 pasangan. Tambahan 7-8 pasangan sahaja daripada 100 pasangan pada awal pusingan.
- Kalau dikira peratusnya dari baki tahun kedua : 7/15 atau 8/15 pasangan tahun kedua iaitu hanya sekitar 50% sahaja peluangnya. Tetapi kalau dikira 7-8 dari jumlah kumpulan besar 100 pasangan?


Pengajarannya;

Tak perlulah menunggu lebih lama.



Dah bersemangat untuk mendapatkan/meneruskan rawatan kesuburan?


Jadi,
Perlukan anda nak bezakan sekiranya anda mempunyai infertiliti atau subfertiliti?

.
.
.

Jawapannya;

Hanya sekiranya anda berhasrat untuk menangguhkan lagi rawatan.
Kerana, 
sekiranya anda didapati mempunyai infertiliti (di mana peluang hamil tanpa rawatan sangat tipis atau hampir tiada), pengetahuan ini mungkin boleh mengubah pendirian anda supaya tidak lagi bertangguh dan terus mendapatkan rawatan. Contohnya kalau dah didapati ada masalah tiub falopian tersumbat (infertiliti, bukan subfertiliti), pesakit akan diberitahu bahawa beliau tidak boleh hamil selagi tiub falopian tidak dibuka (secara pembedahan) ataupun selagi tidak menjalani IVF. Sama ada bersama sendiri atau IUI, kedua-dua kaedah ini pun tak boleh hamil.

.
.
.

Bagi doktor-doktor seperti saya pula, penting untuk mengetahui sama ada infertiliti ataupun subfertilii kerana :

1. Peluang kejayaan dengan rawatan berbeza dengan tanpa rawatan.
2. Saya boleh beri panduan apakah pilihan rawatan yang sesuai

.
.
.

Saya ulangi, pengajarannya/kesimpulannya;

Dapatkanlah pemeriksaan kesuburan apabila setelah setahun mencuba sendiri.

Q : Kalau saya tak nak tunggu? Saya nak dapatkan pemeriksaan lebih awal?

A : Boleh. Apa salahnya jika nak periksa awal, lebih-lebih lagi jika :

- anda mengesyaki mungkin anda mempunyai penyakit berkaitan kesuburan eg haid tidak teratur (mungkin masalah ovulasi), senggugut (mungkin endometriosis), usia lewat dsb.

- err.....anda ingin ramai anak eg 10 orang (ada ke lagi?). Gurau/kiasan sahaja. Kalau anda kini 35 tahun dan inginkan 3 orang anak dimana seorang berselang 2 tahun, dah kena susun masa, dah mencuba 8 bulan pun masih belum hamil, maka kenalah cepat-cepat buat pemeriksaan....

- anda telah lebih berusia (kahwin lewat). Oleh kerana usia wanita sangat mempengaruhi kesuburan, tak perlulah mencuba lebih lama, 6 bulan sudah mencukupi.

.
.
.

Sekian untuk fakta pertama

Sama ada infertiliti atau subfertiliti, hampir kesemuanya boleh dirawat.
Ini yang penting.
Maka janganlah tunggu lebih lama.

.
.
.

Jangan lupa;
Mulakan pengambilan pil asid folik setiap hari dari sekarang sehinggalah anda hamil 3 bulan.
Untuk melindungi janin anda.
Kerana asid folik dapat menurunkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang (eg anencephaly, spina bifida) pada janin sekiranya anda mengambilnya sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda nak hamil. 
Memandangkan kita bukan Tuhan (kita tak pasti bila agaknya kita berjaya hamil), maka tak salah jika anda mulakan ais folik dari sekarang.


Sekurang-kurangnya 400 mikrogram (mcg) ie 0.4 mg (miligram).
Ada juga asid folik dalam formulasi 5mg 
Yang ini pun boleh.
Asid folik adalah sejenis vitamin B.
Vitamin B ni bersifat larut-air.
Jika berlebihan, ia akan keluar melalui air kencing.
Harganya pun tak lah mahal sangat.
Jika anda mengambil multivitamin, pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik, tidak perlu tambahan pil asid folik berasingan.


Sekian.
All praise is due to Allah (Alhamdulillah)


4 comments:

  1. assalamualaikum..

    doctor, saya nak Tanya sikit.
    kali ni haid saya pendek sangat. hari 1 dan 2 ad fresh blood, banyak. hari 3 dah sikit. hari ke 4 n 5 dh stain sikit-sikit. hari ke 6 macam dah kering betul. selalu period saya sampai 7 hari. jadi, normal ke macam ni doctor..? saya rasa macam pendek sangat haid kali ni, 5 hari je.

    haid kali ni saya kena senggugut. sebelum-sebelum ni tak pernah ada senggugut. 1st saya rasa sakit senggugut ni, masa saya failed FET bulan 12 tahun lepas. 2nd kena, masa period kali ni.

    saya risau takut ada masalah lain. harap doctor dapat bagi pandangan dan nasihat berkenaan masalah saya ini.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Bukan bilangan hari, yang lebih penting ialah jumlah pendarahan. Datang check bila period dah kering.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas maklum balas doctor. Rumah saya nak ke hospital pantai bangsar ambil masa 2 jam. InsyaAllah saya usahakan untuk cari gynae yang berdekatan.

    Terima kasih untuk masa doctor, selamat bercuti dan semoga doctor sekeluarga sentiasa diberkati Allah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dr. Nama saya azira.Saya salah seorang patient dr. Sedikit detail, saya ada masalah PCOS.

    Tahun lepas sekitar bulan Ogos, saya ada berjumpa dr untuk check up. 2 kali saya berjumpa dr, sekali pada cd 13 untuk tengok telur dan kali kedua pada cd22 untuk tengok berlaku ovulation atau tidak. selepas itu, Dr prescribe saya dgn duphaston untuk consume selama 2 minggu.

    Jadi pada masa itu, ada 2 kemungkinan sama ada saya pregnant atau tidak. Jika tidak dr minta saya buat hsg dan sperm test untuk suami. Manakala jika pregnant, sy perlu datang semula untuk tambah duphaston.

    Ditakdirkan, alhamdulillah saya mengandung setelah 3 tahun menunggu. Tapi nasib kurang menyebelahi saya, saya hanya merasa hamil untuk tempoh 6 minggu. Masa minggu ke5 berlaku bleeding dan kebetulan dr menunaikan ibadah haji ketika itu. Saya berjumpa dr paul dan dia kata saya mengalami ectopic pregnancy. Alhamdulillah, dipendekkan cerita, saya tak perlu menjalani operation dan keguguran blaku secara semula jadi.

    Persoalan saya doktor, adakah saya perlu juga untuk membuat HSG dan sperm test?

    Saya berharap dapat berjumpa doktor semula, tapi sekarang saya masih berehat dari TTC. Cuba untuk mengumpul kekuatan mental. Hope to see you soon.

    ReplyDelete