Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 24 February 2015

Mari Belajar Biologi - MEIOSIS




Bismillahirrahmanirrahim.


Mari kita belajar Biologi.

Satu di antara subjek-subjek yang saya tak minat pun dahulu tetapi terpaksa belajar. 
Mujurlah saya belajar kerana perasaan tak minat kini telah bertukar kepada cinta terhadap Biologi yang sangat mendalam.

Kepada yang masih tak berminat, saya harap selepas membaca 'opening statement/post ini', anda akan mula nak tahu lebih mendalam.

Memandangkan ini ada dalam topik Form 4 (saya tengok buku teks My Clone la ni), juga sebab kita ni bermula dari ini, maka eloklah kita mengetahui kejadian kita sekarang agar kita terus kagum dengan kebijaksanaan Allah mencipta kita.


Kita mula di tengah buku teks Biologi Tingkatan 4.
Dengan tajuk MEIOSIS.


Mengapa perlu kita meiosis?
Mengapa tidak kita membia secara mitosis sahaja?

.
.
.

Kerana...
Bukan sahaja meosis membolehkan kita kekal membawa bilangan kromosom yang sama seperti ibubapa kita (mitosis pun boleh);
Tetapi meiosis juga lah yang menjadikan kita ini unik. Ini tidak ada dalam mitosis.
Jika kita ini membiak melalui mitosis sahaja, jenuhlah kita semua klon Nabi Adam atau Hawa kerana bukan setakat bilangan kromosom kita sama, tetapi setiap satu kromosom membawa kombinasi gene yang sama!
Semua adik-beradik kita akan menjadi 'sebijik' serupa, kecuali jika kita mengalami mutasi, maka anak kita juga akan betul-betul menyerupai kita. 
Haaa....itu baru betul 'my clone'!


Meiosis membolehkan 'gene' dalam setiap kromosom pada pasangan kromosom ibu dan bapa kita bercampur-aduk (synapse/crossing over) sebelum bersenyawa membentuk embrio kita, maka kombinasi DNA ibubapa yang diturunkan membentuk variasi/perbezaan sifat kita adik-beradik kandung walaupun sedikit kecuali jika kembar seiras (genetically identical) dari satu embrio (mono-zygotic).

.
.
.

Mari kita buat pengiraan (berasaskan 'kebarangkalian'):

Ibu kita ada 23 pasang kromosom. 
Ovum yang dihasilkan selepas meiosis pula mempunyai 23 kromosom dengan 2 kemungkinan susunan gene/ kromosom. 
Sila perhatikan bahawa ia bukannya 4 kemungkinan kerana synapse/percampuran kromosom hanya berlaku sekali sahaja iaitu di dalam fasa Prophase I meiosis I, dalam meiosis II tiada synapse (sebenarnya meiosis II bersifat mitosis) maka tiada campur-aduk kromosom dalam meiosis II.


Ini bermakna, setiap ovum yang dihasilkan mempunyai kebarangkalian 2 x 2 x 2 x 2 x ..... seterusnya sebanyak 23 kali iaitu sebanyak 2 ganda 23 iaitu 8,388,608 kombinasi kromosom yang mungkin.
Lebih 8 juta tu!

Begitu juga dengan sperma. 
Bapa kita juga menghasilkan sperma-sperma dengan 8,388,608 kombinasi kromosom yang berlainan/bervariasi.

Semuanya disebabkan oleh synapse/percampuran sewaktu PROPHASE I dalam MEIOSIS I.

Ini baru ovum dan sperma.

Setelah ovum disenyawakan oleh sperma (juga dengan kebarangkalian kombinasi di atas), maka akan terhasillah satu embrio dengan kebarangkalian kombinasi kromosom sebanyak 8,388,608 x 8,388,608 

Secara tepatnya, kalkulator memberikan jawapan 14 digit iaitu 70,368,744,177,664

Secara ringkasnya, lebih 70 trilion !

Secara perbandingan, buat masa ini, jumlah penduduk Bumi dianggarkan baru sahaja 7 billion, kurang 4 digit tu (populasi meningkat sebanyak 0.8-09 billion setiap 10 tahun sejak 1975).


Wow! 
Memang betullah setiap kita ini unik! 
Kebarangkalian 2 orang memiliki seluruh profil kromosom/DNA yang benar-benar sama adalah 1 dalam 70 trilion!
(jangan masukkan kembar mono-zygotic ya)
Inilah asas yang digunakan dalam forensik DNA.
Cuma ujian DNA tidaklah mengkaji kesemua gene yang ada pada kromosom itu. Semakin banyak 'genetic marker' yang diuji, ianya semakin mahal dan mengambil masa yang lebih lama.
Lazimnya mereka melakukan ke atas 6-10 'genetic marker' sahaja, maka kebarangkalian 2 orang mempunyai ujian DNA yang serupa tidaklah sampai 1:70 trilion tetapi sekitar 1:1 billion.


.
.
.



Never try to be the 'best copy cat'. Find out what's unique about you.
 (klik sini)

.
.
.

So, kenapa saya berminat sangat mengenai meiosis ini?
Heheh, tidak lain dan tidak bukan, ia disebabkan 'lost opportunity' zaman dahulu (ingat lagi post saya mengenai meiosis dahulu? - klik sini

Akan ku ingat meiosis sampai bila-bila....
Masih ku hafal setiap langkah IPMAT itu
Semuanya disebabkan oleh kertas Amali Biologi SPM itu.
Interphase , Prophase, Metaphase, Anaphase, Telophase.

Rupa-rupanya My Clone juga mewarisi sifat saya.
Dalam peperiksaan PT3 tahun lepas, beliau juga telah tertinggal dua bahagian dalam menjawab kertas Bahasa Inggerisnya.
Mulanya kerisauan, dia bercerita mengenai insiden itu.
Saya terdiam, lepas tu kami berdua tergelak besar memikirkan 'sifat cuai' kami yang serupa.
Tang itu memanglah dia My Clone.
Apa lagi?
Berganda-gandalah saya berdoa selepas itu.
Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan.

.
.
.

Diharap anda kini mula berminat untuk mengetahui mengenai proses di dalam meiosis.
Kerana selepas ini, kita akan belajar mengenai ANEUPLOIDY.
Mengenai sebab embrio yang kelihatan cantik tetapi sebenarnya tidak normal bilangan kromosomnya.
Barulah anda lebih memahami mengapa ada kes IVF yang embrionya tidak atau lambat membahagi selepas itu. Ada embrio yang kemudiannya mati (degenerated). Ada pula embrio cantik , yang lain-lain juga cantik, tetapi masih tidak berhasil hamil ataupun keguguran.
Semoga anda akan lebih memahami sekiranya kehamilan tidak menjadi serta berhanti menyalahkan sesiapa termasuk diri sendiri.


Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Recall back my favourite subject-biology! Thanks..sebab bersungguh ajar and bagi pemahaman

    ReplyDelete