Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 19 December 2015

Merokok dan Kesuburan

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.



Haaa...yang ni baru hidung original, tak macam dalam link ini. Sah-sah orang Asia Tenggara.

Disember ini, ganjil genaplah usia perkahwinan kami 9 tahun, hari yang sama juga My-Better-Half berusia separuh abad. Saya pun dah 45 tahun, lebih kurang 5-6 tahun lagi sepatutnya akan memasuki alam baru .... alam menopaus (mudah-mudahan kerana lebih lewat lagi terutamanya melebihi 55 tahun lebih mendedahkan kita kepada risiko kanser wanita eg kanser endometrium dan kanser ovari).

Ada pesakit saya sekarang sedang berada di Madinah, mendoakan kami untuk dipanggil ke sana.
Aamiiiiiin.
Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik.
Jaga makan/kandungan tu elok-elok ya.
Beliau baru sahaja hamil DIY (saya pinjam istilah DIY yang KDYTM Tengku Puan Pahang, pengasas TAFF atau Yayasan Fertiliti Tunku Azizah, selalu guna) selepas beliau gagal IUI dan sebelum meneruskan niat untuk menjalani IVF tahun hadapan.
Itulah namanya dah sampai rezeki.

.
.
.

Semalam hari terakhir saya bekerja untuk tahun ini.
Sekarang saya sedang bercuti.
Saya bertukar menjadi surirumah yang rajin ma'am besar yang masih tak rajin.
Saya akan mulakan klinik semula pada 4hb tahun hadapan.

.
.
.

Kali ini saya kongsikan kisah seorang sahaja pesakit saya.
Kerana banyak isi nak dibincangkan.
.
.
.

Kisahnya begini.....

Usianya kini 35 tahun.
Berkahwin pada Mac 2008.

Pertama kali berjumpa saya Mac 2014.
5 tahun sebelum itu, beliau telah menjalani ujian HSG dan diberitahu kedua belah tiub falopiannya tersumbat.

Beliau merokok : kekerapan 10 batang sehari.
Seperti dijangkakan, scan menunjukkan ET masih nipis walaupun telah mempunyai satu folikel telur yang besar/matang saiznya pada day-12.

Saya tekankan kepentingan endometrium dalam implantasi embrio dan saya terangkan kesan merokok terhadap endometrium atau ET.
Beliau dinasihatkan berazam terus berhenti merokok selepas itu.
Saya juga mulakan ubat aspirin dalam dos yang rendah (berserta beberapa pesanan penting sewaktu mengamalkan aspirin)

.
.
.

Beliau kemudiannya menjalani pembedahan endoskopi pada September 2014.
Ruang di dalam rahim menunjukkan tanda 'endometritis' (bukan endometriosis ya). Bukaan pada pangkal tiub falopian masih elok terbuka, tetapi tidak menampakkan 'aliran cecair' yang nyata, mungkin memang tersumbat di dalamnya.
Organ pelvis (uterus, tiub falopian, ovari, dinding sekeliling, usus besar rektum) melekat sesama sendiri. Mungkin disebabkan hanya PID..... mungkin hanya endometriosis peringkat lanjut..... mungkin juga kedua-duanya.
Saya masukkan 'dye', tiub falopian memang tersumbat dari bahagian awal (seperti dalam keputusan HSG).
Mujurlah 'penyakit' itu kelihatan hanya pada kawasan pelvis sahaja.
Apendiks, usus kecil, usus besar yang lain, hati : semuanya masih elok dan tiada perlekatan.
Tidak banyak yang dapat saya 'betulkan'.
Ujian jangkitan Chlamydia dan jangkitan seksual yang lain: negatif = normal.
Selepas pembedahan, saya cuba kaedah ubat-ubatan.
Namun HSG selepas itu menunjukkan hanya sedikit cecair dikesan di dalam tiub tetapi penghujungnya masih tersumbat.

.
.
.

Dengan kedua belah tiub falopian masih tersumbat,
Apakah pilihan seterusnya?
IVF

Maka
Pada Mei 2015, beliau pun menjalani IVF.
Saya gunakan protokol antagonis.
Triggering pula menggunakan suntikan GnRH agonist (bukannya hCG). Tiada risiko OHSS.
OPU dapat 12 telur : 9 telur matang MII (1 daripadanya berbentuk abnormal), 3 telur tak matang (1 MI dan 2 GV)
ICSI ke atas semua 9 telur MII (termasuk yang tak normal): 6 yang normal +1 yang normal berjaya disenyawakan.
Jumlah embrio adalah 7.
ICSI fertilization rate = 7/9 = 77.8%.


Saya juga gunakan pendekatan 'freeze-all-transfer-later' untuk beliau.
Tujuan saya adalah untuk mengurangkan kemungkinan kesan kepada embrio sekiranya beliau mendapat jangkutan kuman sewaktu fresh cycle (kan OPU menggunakan jarum yang dimasukkan dari faraj ke dalam ovari di ruang pelvis dan beliau pula disyakki mengalami PID).
Day 3 : hanya 6 embrio yang menunjukkan 'cleaving' (termasuk embrio dari telur yang abnormal).   
Maka embriologis bekukan 6 embrio dan asingkan dalam 4 'straw' berlainan.
Freeze day 3 : 6 embrio disimpan dalam 4 straw secara : 2-2-1-1


ET yang pertama (frozen cycle)
Saya gunakan ubat hormon untuk 'endometrial priming'.
Lama tempohnya berbanding pesakit lain.
Setelah dipanjangkan tempoh rawatan selama tambahan 10 hari, itu pun ET beliau baru sahaja cukup-cukup syarat.
(beliau sepatutnya telah berhenti merokok sejak Mac tahun sebelumnya)
FET pada Julai 2015
Embriologis 'thawed' 1 straw yang mengandungi 2 embrio.
Kemudian disambung proses inkubasi sehingga usia day-5.




Hanya 1 menunjukkan perkembangan ke peringkat early blastocyst - yang ini saya masukkan FET. 
1 lagi embrio telah mengalami 'arrested development' pada peringkat 'compacting morula' - maka dibuang.
Kami tak 'thaw' embrio yang lain (ada 3 normal +1 abnormal)
Single (Frozen) Embryo Transfer.
Beliau tak hamil.


Ogos
Beliau bersedia untuk FET seterusnya.
Saya gunakan ubat yang sama dalam dos yang sama.
Kali ini untuk tempoh yang lebih lama, tetapi masih tak menebal.
Scan day-12 Ogos : ET nipis.
Saya berikan pil hormon dan scan semula minggu berikutnya  : masih sangat nipis
Saya tambah dos ubat dan scan semula minggu berikutnya : pun masih nipis.
Maka saya kata 'abandon treatment cycle'.
Saya menggunakan had tempoh tertentu bagi rawatan hormon.


Ini bukan gambar beliau. Tetapi bolehlah dijadikan perumpamaan ET yang nipis. Walaupun rupanya bersih cantik, tetapi baru hanya sekitar 6mm sahaja ketebalannya.


November
ET kedua (frozen)
Beliau kan masih ada 4 embrio beku (day-3 : 7C2, 7C3, 6C3 yang normal dan 7C3 yang tak normal).
Masih ada harapan cerah setidak-tidaknya untuk embrio gred 7C2 itu.
Tapi ingat : masalah utama beliau adalah ET.
Kali ini saya memilih untuk tinggikan dos pil hormon beliau dari awal.
Dan saya panjangkan juga tempoh rawatan 'endometrial priming' ini.
Beliau 'saspen' kerana pada hari FET, telah pun memasuki day-35.
Tapi saya tekankan : inilah keunikan rawatan kesuburan.

Rawatan kesuburan kebanyakannya tiada dalam buku.
Teori memang banyak.

Praktikal - kena ikut pengalaman sendiri (lama nak kumpul tu).
Kena juga ikut pengalaman Cikgu merawat pesakit-pesakitnya (haaa....yang ini sekejap je sebab Cikgu akan 'share' dengan kita pengalaman beliau yang juga tiada dalam buku, jimat masa daripada kita sendiri nak kumpul bertahun, itulah sebabnya penting dapatkan guru yang betul, bukannya Cikgu Google tanpa usul periksa).

Yang untungnya bila dapat Cikgu yang bagus ni, kita dapat 'ilmu dari pengalaman merawat' dia yang bertahun-tahun itu dalam masa yang jauh lebih singkat. Lebih kurang kita dapat rahsia dia, ahaha.


Cikgu saya pernah berseloroh pada sesi 'clinical attachment' saya 2012 yang lalu, selepas beliau menurunkan ajaran beliau kepada saya;

"Now, you have known my secrets"

(beliau hanya bercakap bahasa Jerman dengan pesakit dan kakitangannya, tidak dengan saya).


Ini kerana beliau mengumpul rekod bertahun-tahun menggunakan formula/protokol baru, manakala saya pula menuntut ilmu 'tips and formulas' tersebut dalam masa beberapa hari sahaja dengan percuma (berserta beberapa ribu RM belanja tiket dan penginapan, ouch! serta beratus-ratus jam berjauhan dari suami dan anak-anak, uwaaaa...).


Ilmu teori juga penting untuk merasionalisasikan 'tindakan' kita mengubah kaedah biasa.
Maklumlah, sekarang pesakit dah pandai-pandai dan suka bertanya pula tu. Kalau tak 'update' pengetahuan, macamana nak jawab kepada soalan pesakit.

Saya pun 'saspen' juga untuk kes beliau, tetapi atas sebab berlainan : dos ubat yang lebih tinggi ini sangat jarang saya berikan. Setiap ubat/makanan kan ada kesan sampingnya jika diambil berlebihan/berterusan.
Hmm.....nampaknya saya kena juga ubahsuai tempoh pengambilan ubat beliau ini nanti.

.
.
.

FET Jumaat minggu lepas, day-35.
Embriologis 'thawed' kesemua 4 embrio.
Kemudian kultur sehingga usia day-5.




Saya masukkan 2 yang normal (2 embrio yang paling besar dalam gambar di atas): ada 2 blastocyst (gred 3BB dan 3CB). Salah satunya 'hatching blastocyst'.
Dual embryo transfer.
Ada 1 lagi embrio normal yang tidak cantik grednya : dibuang
Satu lagi embrio dari telur yang tidak normal kelihatan normal/cantik juga dibuang.

Luteal support menggunakan kaedah kaedah suntikan progestin

.
.
.

Bercakap mengenai suntikan yang mengandungi hormon progestin ini (seperti biasa, atas sebab etika, saya tidak dapat namakan jenama ubat walaupun ubat ini hanya satu sahaja dalam pasaran),

Saya sebolehnya tak nak 'prescribe' pun kat mana-mana pesakit IVF pun (kecuali atas sebab tertentu).
Sebab pertamanya: sekarang telah ada penggantinya yang tidak menyakitkan (vaginal progestin) dan sama sahaja keberkesanannya. Boleh masukkan sendiri dan tak perlu ke klinik.

Sebab keduanya: suntikan progestin sangat sakit (saya dapat rasakan secara teori).
Maklumlah ia berasaskan minyak.
Bayangkan minyak 'ditembak' masuk di celah-celah sel otot punggung atau lengan atas.
Ini berbeza dengan ubat lain yang berasaskan air, sekejap sahaja kesakitannya.
Kita kenalah tahu konsep mudah ini.
Suntikan progestin memanglah terasa kesakitannya 'membuku' sehingga ke malam.

Itulah sebabnya saya tulis dalam jadual suntikan : "as a slow injection over 2-5 minutes using at least 21G needle".
Kerana diameter lubang jarum yang besar membantu mengurangkan tekanan 'tembakan' ubat.

Suntikan ini tidak boleh dibuat sendiri.
Ia menggunakan kaedah intra-muskular, setiap 3 hari pula tu (ouch!)
Sama ada anda perlu datang ke PHKL atau pergi ke mana-mana klinik GP di luar bersama-sama surat/jadual yang saya berikan.
Jururawat di PHKL telah maklum akan kepentingan 'slow injection' ini.
Kita perawat kenalah bersabar dalam memberikannya.
Ingatlah, tugas kita bukanlah untuk  menambah kesakitan pesakit.

.
.
.

Berbalik kepada FET kedua tadi,
Memandangkan saya akan bercuti, saya aturkan ujian BhCG sehari lebih awal.


Semalam (7 hari selepas FET) paras BhCG dah ada pun.
65 IU/L.
Berdasarkan paras ujian, mungkin 1 sahaja embrio yang 'melekat' agaknya.
Kita tengok nanti.
Mudah-mudahan kali ini ia akan selamat dilahirkan.

.
.
.

MEROKOK DAN KESUBURAN
(saya tak nak bincang merokok dan kesan lain).

Wanita yang ingin hamil disarankan tidak merokok.
Sewaktu latihan IVF saya dahulu, Cikgu saya serius mengenai hal ini.
Beliau akan menyarankan dahulu agar pesakit berhenti merokok sebelum menjalani IVF bersama beliau.
Kerana kami semua tahu akan kesan merokok kepada kesuburan.
Merokok boleh mengurangkan kesuburan wanita.
Merokok boleh menyebabkan keabnormalan pada telur (akibat gangguan kepada genetik telur).
Merokok juag boleh memberi kesan terus kepada penghasilan hormon termasuk mengurangkan penghasilan hormon estrogen (yang penting untuk ET).
Perokok boleh terpaksa menjalani rawatan IVF berulang kali (hampir 2 kali ganda) untuk berjaya hamil. 
Malah, sekiranya hamil kelak, ia boleh meningkatkan risiko keguguran dalam trimester pertama.
Wanita hamil yang merokok juga lebih terdedah kepada risiko pre-eclampsia (komplikasi darah tinggi sewaktu hamil).
Sekiranya kandungan masih ada, janin/bayi boleh berisiko mengalami IUGR (kurang berat/pertumbuhan) dan mudah terdedah kepada penyakit.
Selepas kelahiran, kajian ke atas haiwan menunjukkan bayi lelaki dari ibu yang merokok boleh mempunyai masalah kesuburan apabila dewasa kelak (bilangan dan kualiti sperma).

Bagi lelaki pula,
Merokok memang boleh mengurangkan bilangan dan kualiti (pergerakan) sperma
Merokok dikaitkan dengan kerosakan pada DNA sperma.

Selain itu, perokok pasif juga boleh mengalami masalah kesuburan.
Maka kedua belah pasangan disarankan agar tidak merokok supaya tidak mendedahkan pasangan mereka kepada gangguan kesuburan.

Saya tiada pengalaman memberi formula/kaedah berhenti merokok.
Di beberapa klinik kerajaan, ada 'Klinik Berhenti Merokok' (klik sini).
Ada yang mencadangkan gantian kepada kaedah lain.
Ada segelintir orang yang berjaya berhenti merokok berkongsi petua ini : keazaman diri sendiri yang boleh menbuatkan seseorang terus berhenti merokok.
Bukannya menggantikan atau mengurangkan bilangan.
Keazaman untuk anda t.e.r.u.s. berhenti langsung dari merokok.
Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya berhenti merokok sepenuhnya.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga : jangan pandang buruk/rendah pada orang lain, kerana siapa tahu dengan rahmatNya, kesudahan dia mungkin jauh lebih baik daripada kita. Doakan yang baik-baik sahaja.

.
.
.

Sekian.
Selamat bercuti sekolah.


Allah is All Knowing.
Gratitudes to Him for the knowledge we have gained.



Thursday, 10 December 2015

Blastocyst lagi dan lagi dan lagi

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Dah lama tak melaporkan kes-kes yang berjaya hamil untuk dikongsi memberi motivasi kepada yang lain.

Kali ini saya tulis lagi mengenai kes IVF yang berjaya hamil, yang ada appoitment dengan saya pagi tadi  Isnin lepas.

.
.
.

Kes pertama
Usianya 37 tahun
Berkahwin November 2005 (10 tahun)
Beliau dari luar KL (Pahang).
Pernah menjalani IUI 2 kali sebelum berjumpa saya tetapi tidak hamil.

Pertama kali bertemu saya di PHKL pada September 2014.
Cycle 32-40 hari.
HSG melaporkan kemungkinan perlekatan pada kedua belah tiub falopian walaupun masih belum tersumbat sepenuhnya.
Saya buatkan IUI sekali lagi (kali ke-3 beliau) pada bulan November, pun tidak berjaya hamil walaupun ada 3 kantung telur yang matang dan sperma suaminya bagus.

Mei 2015, beliau menjalani IVF.
Saya gunakan protokol antagonist dan plan untuk 'freeze-all-transfer-later'
OPU 26.05.2015 dapat 11 telur
Hanya 6 sahaja yang matang MII (jarang sangat berlaku insiden sebegini di mana MII hanya 55% sahaja daripada keseluruhan telur yang diperolehi). Saya dah semak, ubat yang beliau ambil mengikut jadual.
ICSI pada semua 6 MII, hasilnya 5 jadi embrio (ICSI fertilization rate = 83.3%).
Kesemua 5 embrio tersebut dibekukan.

Bulan Oktober 2015, beliau bersedia untuk FET.
Saya gunakan ubat pil.
Hari pertama 'period' 16.10.15
Asalnya atas faktor umur dan FET, mereka minta nak masukkan 3 embrio, maka embriologis pun 'thaw' 3 embrio. Lagi 2 masih tersimpan beku.
Pada hari FET, kesemua 3 embrio tersebut menjadi blastocyst.




2 daripadanya gred yang cantik, 1 lagi pula kurang cantik.
Kami bermesyuarat semula.
U-turn.
Beliau bersetuju dengan pandangan saya, tak jadi masuk 3 embrio, FET 2 sahaja embrio.
Kedua-duanya gred sangat cantik - gred 4BA dan 4BA, sedang hatching pun.
1 lagi embrio gred 4BB dibekukan semula.
Maka embrio beku beliau masih ada 3.



Tadi Isnin lepas , beliau datang scan, dari Temerloh.
Dah 7 minggu 2 hari usia kandungan, saiz bila diukur pun hampir sama.
Dah nampak degupan jantung bayi,
Seorang janin.

.
.
.

Kes kedua
Usianya 28 tahun
Berkahwin Jun 2011 (4 tahun)
Pertama kali berjumpa saya di PHKL pada April 2014.

IVF : saya gunakan protokol antagonist dan 'freeze-all-transfer-later'.
OPU 20.04.2015 dapat 6 telur
Kesemua 6 telur matang MII
Kesemuanya dibuat ICSI dan kesemuanya jadi embrio (ICSI fertilization rate = 100%) dan dibekukan.

Ini penilaian pada Day-5, sebelum dibekukan. Nampak tak ada perbezaan daripada segi perkembangan dan gred embrio-embrio di atas? Bila dikultur lebih lama, pemilihan 'the best embryo' lebih mudah dibuat. Apa pun, untuk profil beliau, saya gunakan pendekatan freeze-all transfer-later.


FET Oktober 2015
Thaw hanya 2 embrio.

Seperti dijangkakan, yang blastocyst tadi yang menunjukkan perkembangan bagus.
Maka masuk 1 sahaja blastocyst.
eSET frozen.
Gred 3BC, hatching.
1 lagi morula dibuang kerana tidak menunjukkan perkembangan.
4 embrio masih lagi tersimpan beku.



Tadi Isnin lepas beliau juga datang scan.
Dah 11 minggu 3 hari. Pun dah nampak jantung janin.

.
.
.

Kes ketiga
Panjang kisahnya, sebak pula saya membacanya.
Usianya baru sahaja memasuki 34 tahun.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi (major) pada usia remaja kerana mengalami komplikasi pembedahan apendiks beberapa hari sebelum itu.
Mungkin ia memberi kesan kepada organ peranakan (rahim, ovari dan tiub falopian) kerana berada di dalam ruang yang sama/berdekatan dengan apendiks/usus.
Sebahagian usus beliau terpaksa dipotong kerana telahpun 'rosak'/peritonitis.
Beliau diberitahu oleh doktor tersebut bahawa beliau mungkin sukar/tidak boleh hamil.

Berkahwin pada Jun 2012.
Pernah menjalani IUI 2 kali, tidak berjaya.

Pertama kali berjumpa saya pada Ogos 2013.
Saya buat IUI sekali lagi, pun tidak berjaya.

Disember 2013, beliau menjalani IVF.
Saya gunakan protokol antagonist.
OPU dapat 10 telur (6 telur MII).
ICSI pada semua 6 MII, hasilnya dapat 4 embrio (ICSI fertilization rate = 66.7%).
ET masuk 2 embrio blastocyst gred 2BC dan 2BC.
Beliau hamil tetapi hanya dengan kantung kosong dari usia kandungan 6 minggu sehingga usia 10 minggu. Akhirnya kantung tersebut keluar sendiri, tak perlu prosedur cuci.

Mei 2015 beliau menjalani FET.
Masuk 1 embrio blastocyst gred 4CC (1 lagi morula with degeneration dibuang)
Tak berjaya.

Oktober 2015 baru-baru ini, beliau menjalani fresh IVF sekali lagi.
Saya gunakan protokol antagonist tetapi dengan dos FSH lebih tinggi (225 IU setiap hari).
OPU 15.10.15 dapat 11 telur (11daripadanya telur MII)
ICSI atas semua 11 MII, hasilnya dapat 7 embrio (ICSI fertilization rate = 63.6%).
ET 20.10.2015 masuk 1 embrio.
eSET blastocyst gred cantik 3AB.
6 lagi embrio dibeku-simpan.

Pada hari ET (day-5), ada :
- 4 blastocyst, 
- 1 compacting morula, 
- 1 morula dan 
- 1 blastomere (4 sel sahaja).
Pagi-pagi Day-5, embriologis 'whatsapped' saya gambar di atas, dengan menandakan 2 embrio yang hendak dibiarkan di dalam inkubator untuk pemilihan (saya biasanya buat ET pada waktu tengahari), manakala selebihnya dibeku-simpan pagi-pagi itu.

Walaupun ini bukan IVF kali pertama beliau, kami sepakat masukkan 1 sahaja embrio blastocyst kerana gred cantik. 
eSET lagi.
Satu lagi embrio turut dibekukan dan disimpan. Beliau ada 6 embrio dibekukan.

Isnin lepas, beliau juga datang scan. Dah nampak jantung baby.
Mudah-mudahan kali ini ia akan berjaya lahir cukup bulan.

.
.
.

2 perkara penting dalam mengagak kejayaan IVF:

Faktor pertama
1. Usia wanita
Ini faktor utama.
Walaupun gred embrio nampak cantik, tidak semestinya berjaya 'implantation' kerana gred sebenar embrio dipengaruhi oleh kualiti telur yang menurun dengan usia.
Sebab itulah, bagi wanita 35 tahun ke atas, bilangan embrio yang dimasukkan lazimnya lebih daripada wanita di bawah 35 tahun.


Faktor kedua
2. Gred embrio
Lazimnya, embrio blastocyst gred AA atau AB atau BA yang menjadi.
Kadang-kadang sahaja embrio gred C (pada trophectoderm) yang berjaya implantasi/hamil.
Itu sebabnya saya masih suka mengamalkan eSET dalam kumpulan ini.
Elective single embryo transfer.
Baik fresh mahupun frozen (cuma dalam kes frozen, kekerapannya kurang)
Kerana peratus kehamilan masih kekal pada tahap yang dicapai dengan ET 2 embrio tahun lepas.
Tetapi pada masa yang sama, kadar kehamilan kembar dapat direndahkan.

.
.
.

Masalah di Malaysia adalah kos IVF yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pesakit.
Pada usia 30 tahun, saya sendiri dahulu masih belum mempunyai simpanan hatta (bukan Hatta dengan 'H' huruf besar) RM10 ribu pun. Inikan pula berbelas ribu RM untuk IVF.
Itupun kalau berjaya hamil.
Kalau tak berjaya dan nak buat lagi sekali?
Saya masih ada sekelumit harapan semoga kerajaan menanggung kos IVF rakyatnya.
Ada harapan tu.
Kerana kini di beberapa hospital kerajaan telah ada perkhidmatan IVF dan kosnya sangat murah.
Sekitar RM5 ribu sahaja.
Siapa tahu, mungkin akan datang ianya percuma.

Sementara itu,
Memandangkan kita tidak dapat mengubah usia kita (dan usia telur kita), mungkin pemakanan dapat membantu.
Maka, jagalah pemakanan kita.
Makan makanan yang sihat dan berzat.


Sekian.

Allah is All-Knowing.
All praise is due to Him.

Friday, 27 November 2015

Trial of VBAC

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful


                                 Pandan Island far in midst
                                 Mount Daik has 3 peaks
                                 While the body decomposes in earth
                                 Good deeds remain to be remembered

(orang Melaka ini nak berpantun, tapi....err.....pinjam Gunung Daik Kepulauan Riau)

The co-owner of this restaurant (Dato' Fathol Razak Abdul Rawak) graciously hosted us for a lunch. 
And that was right after he fetched us from New Haven (where the students from KYS and a few other schools in Malaysia competed in the final round of WSC at Yale University) to NYC upon late notice by his driver who was not well that morning. Now, how many times in your life that you encountered such example of the boss of a (transportation) company himself taking over the task that was supposed to be delivered by his worker? 
Me? 
My first time!
You should see my face in disbelief.
Tak cukup tu, Dato' Razak bagi budak-budak ni duit poket lagi, berbelanja sakan lah bila dapat seorang USD50.
Terima kasih, Dato'. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Anyway, back to the food : huge portion, beautifully presented, nicely tasted (well...the Head chef cum co-owner earned a Michelin star) and above all....free! (especially after knowing how expensive things in NYC are).
My-Clone loved the deep fried soft shell crab so much that we went there again after 2 days. 
A must-try :  (klik sini) Rasa Restaurant NYC

.
.
.

Bagi mereka yang belum tahu istilah VBAC.
VBAC = 'Vaginal Birth After Caesarean' (section)

.
.
.

Kali ini, saya ingin memberikan beberapa fakta berkenaan VBAC = Vaginal Birth.

.
.
.

Pendahuluan/selingan

Sebelum kami dibenarkan menduduki peperiksaan Part II Kursus Kepakaran ObGyn di HUKM, kami dikehendaki menyiapkan 'thesis' / 'dissertation' selewat-lewatnya 6 bulan sebelum peperiksaan itu. Ada 10 'long cases' bagi setiap bidang Obstetrik dan Ginekologi (20 keseluruhannya) yang perlu dibincang menggunakan rujukan dari kajian-kajian yang terdahulu dilakukan dan dilaporkan di  dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Di samping itu, kami juga perlu membuat 2 kajian sendiri (seelok-eloknya secara prospective RCT (randomised controlled trial) dan kami bincangkan dalam 'Long Commentaries', pun 1 untuk Obstetrik dan 1 lagi untuk Ginekologi. 

Proses menyiapkan 'dissertation' ini memanglah mengambil masa yang lama, maka logiknya lebih baik disiapkan seawal mungkin. Tetapi pada masa yang sama, kami dinasihatkan senior agar hanya 'mengumpul' kes sahaja dahulu tetapi menunggu sehingga masuk Tahun ke-3 barulah mula menulis bab perbincangan kes. Maklumlah, Tahun 1 dan Tahun 2 masih dikira 'kurang matang' dalam memberikan perbincangan kes. Jika nak menunggu sehingga Tahun 4 (final year) pula takut tak sempat habis, kena 'extend' 1 semester. Itu zaman saya.


Menjadi ibu pada masa yang sama juga bukanlah mudah. Setiap kes yang ditulis perlu disemak oleh pensyarah pilihan. Saya bertuah kerana masuk 'Team Merah' 2 kali (setiap kali 6 bulan). Walaupun kami semua gerun nak masuk Team Merah (err....maklumlah Senior Consultantnya err...err... siapa lagi kalau bukan Prof Adeeb (nama panggilan bagi Puan Sri Prof Emeritus Dr Nafisah Adeeb) yang terkenal dengan kegarangannya dalam melentur kami 'registrars' malahan juga 'junior lecturers' (tetapi sangat berlembut dengan pesakit-pesakit).  Registrar adalah panggilan kepada calon kursus kepakaran ObGyn ie Masters ObGyn (kini telah ditukar kepada ijazah Doctorate) yang telah lulus peperiksaan Part I. Jika saya tidak masuk Team Merah dan 'dikerah' menghantar 'write-up' untuk beliau semak, saya pasti tidak sempat menyiapkannya dan kena extend 1 semester. Terima kasih, Prof. Beliau menyemak 'write-up' saya berkali-kali dengan meneliti setiap ayat malah perkataan, ada sahaja pembetulan yang perlu dibuat dan kemudiannya dihantar semula untuk semakan beliau.  Lagi....dan lagi.....dan lagi.....sehinggalah beliau puas hati. Penatnya masa tu......


Setelah 'dissertation' kami siap, ia kemudiannya dihantar ke 'external assessor' untuk semakan dan kelulusan/recommendation sekiranya kami layak menduduki peperiksaan Part II. Sekali lagi, saya bertuah kerana mendapat Prof Kula (singkatan nama beliau) yang dikira 'benign' di kalangan pensyarah-pensyarah ObGyn di UM. Berbaloi penat berkali-kali membuat pembetulan 'case write-up' apabila mendapat komen sebegini. 

Seperti dikomen beiau : saya tidak menulis satu pun tajuk berkenaan gynae-endokrinologi. Nampak sangatlah bidang subspecialty rawatan kesuburan bukanlah di dalam minat dan penguasaan minda saya dahulu. Inilah yang dikatakan takdir. 

Secara kebetulan, Prof Kula juga menjadi pemeriksa saya (bersama Prof James Drife dari University of Leeds) dalam sesi 'long case' sewaktu peperiksaan Part II. Rezeki saya. 

.
.
.

Salah satu daripada 'kes Obstetriks' yang saya dan ramai calon bincangkan adalah VBAC.

Dah bersedia nak tahu fakta-fakta VBAC?
Sebenarnya telah lebih 50 tahun dikaji kes-kes bersalin VBAC ini.
Mari kita baca semula sebahagian daripada apa yang saya tuliskan dalam 'case write-up' mengenai VBAC (after previous 1 Caesarean section)

1. Sebelum membuat keputusan/memilih kaedah bersalin, kenalpasti risiko anda. Contohnya :
- sama ada sebelum ini telah menjalani Caesarean 1 kali atau lebih daripada 1 kali? 
- sama ada anda mempunyai 'contra-indications' untuk bersalin normal?





2. Ada 2 perkara yang tidak diingini yang boleh berlaku sekiranya anda memilih trial of VBAC atau dalam bahasa kita, memilih untuk cuba bersalin normal :

- 'unpredictable rupture of the uterus'
- emergency Caesarean section due to either poor progress (berserta risiko komplikasi eg PPH atau tumpah darah) or fetal distress (berserta risiko komplikasi eg bayi mengalami hypoxia).

Yang digeruni oleh doktor-doktor adalah 'unpredictable uterine rupture'. Keadaan ini bukan setakat suatu emergency tetapi boleh digelar suatu 'catastrophe' kerana pendarahan berlaku dari koyakan dinding uterus/rahim menyebabkan ibu kehilangan banyak darah dalam masa yang singkat. dan boleh membahayakan nyawa.




3. Belum ada lagi satu kaedah untuk 'predict' uterine rupture. Malah pada ketika ia dikesan, kebiasaannya keadaan ibu telah menjadi sukar untuk distabilkan. 

Dalam kes 'uterine rupture', 20% bayi yang dilahirkan didapati mengalami masalah sistem saraf/otak akibat kehilangan/kekurangan oksigen sewaktu episod 'uterine rupture' itu. 20% adalah angka yang tinggi. Bayangkan sekiranya ketika berlakunya uterine rupture itu, anda bukannya berada di hospital. 18 minit masa kecemasan doktor perlu menstabilkan 'vital signs' anda terlebih dahulu, memberikan anda bius; melakukan prosedur 'scrubbing', 'gowning', 'cleaning', 'draping'; kemudiannya barulah melakukan 'incision' pada kulit anda sehingga ke lapisan dalam untuk mengeluarkan bayi anda dalam keadaan selamat. Bayangkan kami kelam-kabut mengejar masa...... 

Senario dalam drama ER tidaklah sama dengan 'kelajuan' di alam nyata. Pernah ada kajian di sebuah hospital melaporkan purata 'time interval' dari saat keputusan 'emergency Caesarean' dibuat oleh doktor sehinggalah ke saat belahan kulit adalah sekitar 30 minit. Itupun pesakit telah sedia ada di bilik bersalin. Bayangkan jika anda baru sahaja sampai ke Unit Kecemasan......


4. Sekiranya anda memilih untuk planned trial of VBAC di hospital, anda boleh memilih untuk bersiap sedia sekiranya terpaksa menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya pakaian anda telah ditukar ke 'OT gown' dan anda telah diberikan bius epidural. Dah jimat 'masa kecederaan' daripada 18 minit tu. 


5. Di hospital juga, ada alat pemantauan terhadap keadaan ibu dan juga bayi/janin (melainkan jika anda ingin membeli sendiri alat CTG untuk pemantauan jantung bayi dan kadar kontraksi untuk kegunaan di rumah). 


6. Baca ayat terakhir tu : Nevertheless, subsequent pregnancies and deliveries should be managed with no less care and caution.

 7. Siapa kata doktor-doktor akan terus suruh 'operate' tanpa bersebab?
Baca perenggan di atas. Setiap satu ayat memberitahu jika sesuai, lebih elok mencuba bersalin normal. Maknanya, trial of VBAC. Tetapi biarlah di pusat bersalin yang lengkap (baca 'caption careful, bukan setakat close monitoring)
Apapun,
Pilihan mutlak terletak di tangan anda.
Rahim anda yang punya.
Bayi pun anda yang punya.
Kebiasaanya, ibu sanggup berkorban untuk bayinya.
Biarlah bayi anda dilahirkan selamat tanpa banyak risiko. 20% risiko HIE atau 'hypoxic ischaemic encephalopathy' bukanlah angka yang rendah.
Jangan lupa, ada lagi suami dan anak/anak-anak anda yang lain di rumah yang menunggu kepulangan anda dengan selamat.

8. Pada tahun 'dissertation' ini ditulis (penghujung 2001), saya merujuk kepada kajian-kajian yang dilakukan sebelumnya. Ada kajian yang menggunakan data yang dikumpul selama 10 tahun. Ada pula yang mengumpulkannya secara 'multi-centre'. Ada yang telah dilakukan pada tahun 1951! Ini cerita lama rupanya. Maka usahlah dicanangkan kejayaan VBAC dengan niat sebagai 'testimoni' untuk memujuk yang lain melaluinya juga, sebaliknya anda perlu bersyukur kerana anda dan bayi selamat. Setiap orang lain profilnya, maka lain juga risikonya. Cuba dapatkan penilaian dan pandangan pakar Obstetriks dahulu, sama ada anda sesuai menjalani trial of planned VBAC (harap-harapnya berjaya dan bukannya kena buat emergency Caesarean pula) ataupun anda terus dinasihatkan menjalani ERCS (Elective Repeat Caesarean Section) tanpa melalui trial of VBAC pun.

.
.
.

Adakah kemungkinan hasil kajian mengenai VBAC telah berubah (seperti sesetengah hasil/penemuan kajian perubatan?)

Hmmm....

Anda bolehlah merujuk laman sesawang ini : (klik sini) Royal College of Obstetricians and Gynaecologists UK
Laman sesawang RCOG ini banyak dirujuk oleh pakar-pakar Obstetriks di Malaysia.
Topik ini baru sahaja di-revised Oktober lepas, setelah 8 tahun.
Ada perubahan dari segi angka/peratusan tetapi intipatinya masih sama.

Bagi yang telahpun menjalani 2 pembedahan Caesarean sebelum ini:

- risiko 'uterine rupture' paling tinggi dalam mereka yang telah 2 atau lebih Caesarean 

- risiko 'uterine rupture' masih berlaku walaupun anda mengalami 'spontaneous labour' ie tanpa induction atau augmentation, tetapi mujur dalam peratusan yang lebih rendah. Apa pun, ingat kata kunci di atas : unpredictable. Doktor akan lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk induce atau augment proses trial of VBAC. Pemantauan juga menjadi lebih 'cautious'.

- secara keseluruhan, dalam trial of planned VBAC, peluang anda berjaya planned VBAC adalah 71.1%. Dalam 10 pesakit yang memilih trial of planned VBAC, kira-kira 7 berjaya manakala 3 lagi pula terpaksa menjalani pembedahan emergency. Ini bermakna tidak semua kes yang dinilai sesuai menjalani trial of VBAC akhirnya berjaya VBAC.

- risiko anda terpaksa dibuang rahim (hysterectomy) pula meningkat hampir 3 kali ganda (2.95 kali ganda) berbanding rakan anda yang sebelum ini hanya sekali sahaja Caesarean.

- risiko anda terpaksa diberi 'blood transfusion' dalam usaha menangani PPH pula meningkat 50% berbanding rakan lain yang sebelum ini hanya sekali Caesarean.

- Namun, apabila doktor anda memberitahu 'sesuai dan boleh cuba VBAC ni', maka planned VBAC ini adalah pilihan yang lebih baik untuk anda kerana dia telah menilai peluang serta keadaan anda terlebih dahulu dan yang lebih penting adalah kerana secara amnya, statistik menunjukkan risiko kematian didapati lebih rendah dalam planned VBAC berbanding ERCS. Tetapi ingat, kata kuncinya adalah planned VBAC.

.
.
.

Apa pun pilihan mutlak anda, doktor-doktor tidaklah boleh mendesak atau memaksa sebaliknya.

Sekiranya anda memilih untuk trial of VBAC, berdoalah agar anda selamat dan bayi anda juga selamat tanpa komplikasi. Cuma saya sarankan, biarlah anda memilih untuk menjalani trial of VBAC di hospital yang sememangnya ada doktor pakar dan bersiap sedia dengan kemungkinan menjalani pembedahan (sama ada pembedahan emergency caesarean ataupun pembedahan menangani uterine rupture) dan ada bekalan darah yang sesuai serta mencukupi. Ingat kata kunci penting : planned VBAC. Garispanduan RCOG ini disediakan membandingkan planned VBAC vs ERCS, bukannya unplanned/unprepared VBAC.

Sekiranya anda berjaya (successful VBAC), baguslah. Anda memanglah bertuah kerana VBAC inilah pengakhiran yang paling kurang komplikasi. Inilah 'the best outcome'.

Tetapi sekiranya anda tidak berjaya (unsuccessful VBAC) dan kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan, maka inilah pengakhiran yang memberikan paling banyak komplikasi kepada anda dan juga bayi. Inilah the 'worst outcome'.


Trial of VBAC yang lebih selamat adalah yang di hospital yang lengkap kemudahannya, bukannya di rumah. Be fully prepared.


Sekian.


Allah is All Knowing



Friday, 20 November 2015

Selingan : masih dalam cuti

Bismillahirrahmanirrahim.




'Completely hatched blastocyst'
 Nampak blastocyst (sebelah kiri gambar) yang keluar daripada 'sarung' (sebelah kanan gambar)?

Ini satu lagi kes single blastocyst FET.

Usianya 34 tahun, berkahwin Mei 2009.
Beliau menetap di Pahang.
Sebelum ini beliau pernah menjalani IVF di tempat lain.
Rangsangan dan monitoring di hospital lain di Pulau Pinang.
OPU dan ET pula di hospital lain di KL.
OPU Jun 2014 dapat 4 telur.
ICSI dapat 3 embrio.
Fresh ET : masuk 2 embrio usia day-5 dapat blastocyst : tetapi tidak berjaya hamil.
FET : masuk 1 embrio day-3 : pun tidak hamil.

September 2015 lepas, beliau berhasrat membuat IVF di PHKL pula maka beliau pun berulang dari Kuantan ke PHKL menjalani IVF.

Setelah meneliti profil, saya gunakan 'protokol antagonist dan freeze-all-transfer-later,' tetapi ubat yang berlainan jenis.
OPU dapat 5 telur : 4 MII (matang) dan 1 GV (tak matang)
ICSI atas 4 MII : semua 4 jadi embrio.
Freeze-all.
Oktober pula 'transfer-later', saya mulakan rawatan FET.
Embriologis thawed 2 embrio.
Hanya satu yang berkembang (gambar atas) manakala 1 lagi menunjukkan 'arrested development'.
Maka pada 27hb Oktober, hanya masuk 1 embrio sahaja, 1 lagi dibuang, 2 lagi masih tersimpan-beku.


Pesakit ini hamil, BhCG 105 IU/L 8 hari selepas FET.
Kelmarin beliau mengirimkan gambar scan yang dilakukan di Pahang, dah hampir 6 minggu usia kandungan.

.
.
.

Masih mood bercuti.
Menunaikan janji menemani anak setiap kali cuti sekolah menjelma.
Prioriti saya masih sama tahun ini.
Anak/keluarga dahulu.

Plak ini dihadiahkan dalam satu majlis makan malam di Shah Alam pada 12hb November baru-baru ini. Saya tiada ketika itu, maka ada wakil dari PHKL yang menerimanya bagi pihak saya. Ia disampaikan oleh Tan Sri Rafidah Aziz. Ruginya saya tidak dapat berjumpa Tan Sri Rafidah....

NB : wajah saya dalam plak itu dan juga dalam majalah Nona nanti bukanlah wajah sebenar tetapi hasil di-mekap-kan dan diminta 'pose' begitu ketika 'photo-shoot' seminggu sebelumnya, maaf jika terpedaya dengan ilusi gambar yang berbeza dengan imej sebenar.
Mokcik jangan tokojut iyo! (Tiba-tiba hidungku mancung pula, ahaha).

.
.
.

Tertunggu-tunggu juga majalah Nona keluaran Disember ini (link)
Tertanya-tanya juga apa yang tertulis di dalamnya.

.
.
.

Terpinga-pinga mulanya apabila diberitahu akan sesi temuramah untuk '60 Wanita Inspirasi Nona', kerana saya sendiri bukanlah seorang yang sangat bermotivasi dan berwawasan. Rasanya ramai yang jauh lebih layak. Kebanyakan langkah akademik/kerjaya dalam hidup saya yang dilihat cepat pada pandangan luar sebenarnya lebih kepada 'being there at the right time' tanpa dirancang awal pun. 

Contohnya :

- Jika saya tidak dimasukkan ke Unit ObGyn di Hospital Taiping, tidaklah saya memilih untuk menjalani kursus kepakaran ObGyn kerana ramai tahu bidang ObGyn memang sukar dari segi keperluan akademik mahupun komitmen personal. Sebenarnya sebelum itu, saya hanya berniat nak masuk 'Medical Unit' dan cukup tempoh, resign jadi GP sahaja. Tiba-tiba saya dimasukkan ke Unit Paediatrik selama 3 bulan sebelum berpindah ke Unit ObGyn. Dari situlah minat terhadap ObGyn bermula.

- Jika saya 'join' housemanship lambat sehari, tidaklah saya dapat masuk kursus kepakaran pada tahun yang saya kehendaki. Betul-betul cukup hari genap 3 tahun bekerja pada 1 Jun 1998.

- Jika saya menerima temuduga tawaran ke Ireland menjalani kursus perubatan dan menyertai rakan-rakan saya yang lain ke sana, saya akan kelewatan setahun sebelum tamat kursus Perubatan. Banyak lagi langkah saya selepas itu sangat berkait dengan tempoh ini.

- Jika saya tidak dipilih masuk kursus kepakaran ObGyn (sewaktu itu di bawah Prof. Emeritus Dato' Dr Nik Mohd Nasri sebagai Ketua Jabatan) dan dilentur oleh pakar-pakar ObGyn di HUKM yang memang terkenal dengan, err...err...., 'kegarangannya', tidaklah saya berpeluang mendapat asas ilmu ObGyn  dan perlakuan sebegini. Saya masih ingat Prof. Nik (pangilan ketika itu) membaca "Bismillahirrahmanirrahim" dengan jelas sebelum melakukan 'the first cut' sewaktu saya menjadi 'assistant' beliau dalam pembedahan Caesarean dan itulah yang saya belajar amalkan sebelum dan juga pada setiap langkah semasa melakukan pembedahan sehingga ke jahitan terakhir. Terima kasih, Prof.

- Jika saya lewat masuk LPPKN sebulan sahaja, tidaklah saya dilantik menjalankan tugas Pengarah Bahagian kerana telah ada calon sebelum itu (dan beliau pula memohon untuk masuk sebulan lambat). Terima kasih kepada DG (Datuk Fatimah Saad) kerana memberi kepercayaan kepada saya yang masih sangat muda ketika itu (baru 32 tahun) untuk menjaga BRM di HQ dan 50 klinik LPPKN di seluruh Malaysia sedangkan Pengarah-Pengarah lain hampir mencecah 50 tahun.

- Jika saya tidak masuk LPPKN, tidaklah saya dapat banyak ilmu pentadbiran dan menulis/muncul di dalam media akhbar dan TV. Masa inilah saya berpeluang membentangkan program berkaitan sewaktu bermesyuarat bersama Datuk Menteri KPWKM serta belajar protokol mesyuarat dan majlis formal. Ramai staf BRM di LPPKN yang tidak jemu mengajar saya dan 'menjaga' saya. 

- Jika saya tidak masuk LPPKN dan kekal di hospital TAR Klang, perjalanan saya untuk mendalami ilmu kesuburan mungkin jauh lebih lambat lagi (ada waiting list rupanya kini). Memandangkan LPPKN melakukan IVF dengan banyak berbanding di pusat IVF lain (maklumlah, kosnya sangat rendah ketika itu, hanya sekitar RM5 ribu sahaja), maka saya dapat pengalaman merawat banyak kes IVF dalam masa yang singkat.

- Jika saya tidak masuk LPPKN yang ketika itu sibuk dengan ura-ura menubuhkan NIC (National Infertility Centre), tidaklah kami dapat pergi ke Jerman dan UK untuk meninjau sebelum memilih pusat IVF yang sesuai dan kemudiannya saya dihantar untuk menjalani latihan IVF di Jerman.

- Jika pihak LPPKN tidak ingin menampung pembiayaan latihan (yuran latihan sahaja sudah Eu2500 seminggu), tidaklah saya mampu untuk ke sana (terima kasih LPPKN). Nak bayar duit penginapan pun tak mampu ketika itu, inikan pula yuran 'clinical attachment'.

- Jika saya tidak menjalani latihan IVF di Hamburg, Jerman, tidaklah saya dapat mencapai ilmu IVF sebegini cepat (bayangkan pada tahun 2003 ketika itu, mereka melakukan 2500 cycle IVF setahun sedangkan di Malaysia hanya 150-400 kes setahun - umpama belajar sebulan menyamai hampir setahun di Malaysia). Terima kasih kepada Dr Robert Fischer yang kini masih mengajar saya dengan 'percuma' apabila saya ke sana menjalani 'clinical attachment' berselang 2 tahun. 

- Jika bukan Dr Kamaruddin Ahmad Pengarah Perubatan di Hospital Pusrawi yang menerima saya (atas faktor 'CV' walaupun bilangan tahun pengalaman kepakaran tidak sampai 5 tahun ketika itu) sewaktu saya mula memohon memasuki alam swasta, saya mungkin masih kekal di LPPKN.

- Jika  bukan Datuk Dr Norashikin Ahmad Mokhtar (lebih dikenai sebagai Datuk Dr Nora) yang mengenali saya di LPPKN  'membawa' saya masuk ke Hospital Pantai KL pada tahun 2008, saya mungkin berada di hospital lain dan tidak dapat membentuk 'IVF team' sekuat sekarang di PHKL. Maklumlah, bukan mudah nak 'masuk' PHKL ni, dah ada ramai pakar ObGyn yang jauh lebih senior dan berpengalaman daripada saya.

- Jika saya tidak mendapat pesakit seperti yang saya dapat selama ini, manalah mungkin saya dapat belajar ilmu rawatan kesuburan kerana banyak ilmu yang dipelajari melalui pengalaman merawat, pesakit-pesakit saya adalah juga guru-guru saya.

- Lebih awal lagi, ianya bermula dari orang yang melahirkan saya. Jika ibubapa saya tidak berputus asa membawa saya 'menumpang ke sekolah' dan masuk Darjah 1 dari usia 5 tahun sehinggalah saya bersekolah secara rasmi, tentunya asas 'ABC' dan '123' saya tidak kuat. Emak saya cerita, tahun pertama saya bersekolah, saya hanya suka koyakkan mukasurat buku sahaja. Ini memudahkan guru-guru saya di sekolah rendah dan menengah mengajar saya. Alam asrama penuh di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin juga banyak mendidik saya. Saya tak terbalas jasa mereka semua.

- Jika...... dan jika...... dan jika......

.
.
.

Sebenarnya tak elok, malah salah kalau nak cakap 'jika' pun.
Banyak kali, apa yang berlaku kepada kita bukanlah seperti apa yang kita jangka/rancang.
Apa pun yang kita rancang/inginkan, ada Perancang Yang Maha Mengetahui.

Allah Maha Merencana Sesuatu.
Allah juga yang menentukan semua 'jika' di atas.
Apa juga rintangan/masalah yang saya tempuh, semuanya untuk hasil yang lebih baik yang tidak terjangkau dalam sangkaan/perancangan saya.
Benarlah Allah Maha Mengetahui dan segala puji adalah milikNya.
.
.
.

Hmmm...
Pengalaman hiduplah membuatkan saya kurang memberi tekanan kepada My Clone. Contohnya dalam bidang pelajarannya, saya serahkan kepada dia, guru-gurunya dan rakan-rakannya untuk ilmu akademik. Tak nak ambil tahu dengan mendalam pun. Dia pun tak pernah nak tusyen dan saya pun tak nak paksa. Saya tidak mahu beliau merasa tertekan untuk menyamai atau menandingi pencapaian saya, ataupun pencapaian rakan-rakannya yang lain. 

Saya cuma menasihatinya ;

"You can score any grade, I don't mind. But you must remember this, don't embarrass your school".

Kali pertama My Clone gagal subjek peperiksaan penggal, saya ucapkan "Congratulation!" dan ajak dia keluar makan;

"Come (let us) celebrate your failure".

Saya beritahu ;

'Apa nak malu? People fail everyday, in many ways. Many fell off their bicycle the first time they rode it. Mama pun pernah failed in my exam (ingat tak dulu saya ada cerita pasal ni? Saya cerita semula kepada beliau). Yang penting you learn to fail. One day you'll look back and LOL about it "

Cara didikan anak menggunakan kaedah 'celebrating failure' ini saya pelajari dari seorang senior sewaktu kursus kepakaran dahulu. Beliau bercerita memberitahu anaknya yang menangis kerana gagal peperiksaan penggal dalam subjek Matematik Tambahan, beliau membawanya keluar dinner 'celebrating her failure' dan menekankan kepada anak-anaknya bahawa tidak semua orang boleh menghadapi kegagalan. Kini anak-anak beliau terus cemerlang dalam akademik. Saya ceritakan kisah ini kepada My Clone.

Jika My Clone dapat 'A' pula, saya ucapkan tahniah tetapi tak lah sampai ajak keluar dinner kecuali peperiksaan tahap kebangsaan. Sebagai insentif, saya cuma hadiahkan sedikit wang bagi setiap 'A' yang dimasukkan ke akaun berasingan untuk kegunaan dia sesuka hati. Itu sahaja. Tak ada 'celebration' lebih-lebih. 


"Have FAITH, Iman. Just like your name."

Itulah yang saya selalu beritahu dia berulang kali.

Saya berpegang kepada motto di bawah ini selepas belajar dari episod-episod hidup (dan saya letakkan di dalam majalah kampus Carpe Diem 1995);

'Have faith. Whatever happened had to happen'

No regrets.
No self pity.
Just have faith.
F.a.i.t.h.
Itulah asas nama sebenar My-Clone.

Itu jugalah asas rawatan perubatan eg rawatan kesuburan.
Bila tiba masanya anda hamil, anda akan hamil.
Just have faith.

.
.
.

Dengan usia 45 tahun, saya juga seperti anda, melalui banyak pengalaman hidup.
Pengalaman inilah yang membuat kita tunduk.
Semuanya telah tertulis di hadapan tanpa disedari.
Saya nampak berjaya tetapi saya juga pernah gagal (Tak tahu mana nak letak muka masa tu, dari best student MRSM Jasin dan top 20 seluruh negara SPM 1987, boleh failed all 3 subjects (hanya saya dan seorang lagi sahaja daripada lebih 150 mahasiswa) for that semester Tahun pra-klinikal, angau punya pasal, mujurlah saya lulus sewaktu re-sit papers dalam masa 2 minggu sahaja, kalau tak, nak kena ulang tahun pula dan terpaksa membayar balik pinjaman MARA).
Saya kini bahagia tetapi saya juga pernah berduka (Aduh! Sakitnya bila mengingatkan).
Saya memang selalu nak kumpul pahala tetapi saya juga telah berdosa. Net worth?.....hanya dengan rahmatNya, mudah-mudahan berjaya di akhirat.


Saya banyak belajar dari kesilapan.
Kesilapan saya sendiri (banyak....dan berharap saya tidak mengulanginya).
Juga kisah kesilapan orang lain (dan berharap agar saya tidak melakukannya).

Saya sangat bertuah kerana sentiasa dikelilingi orang-orang yang baik-baik, rakan lama dan baru, juga pesakit dll. Sungguh 'humbling' apabila melihat peribadi mereka, lebih-lebih lagi apabila mengetahui latar-belakang mereka yang berkedudukan/berpangkat/berketurunan lebih tinggi tetapi sungguh merendah diri dan mempunyai hati yang sangat mulia. Patut pun Allah sentiasa merahmati hidup mereka. Mereka juga tidak kedekut berkongsi pengalaman hidup pahit-manis sebelum berjaya, itulah yang saya jadikan panduan/pengajaran.

Saya juga bertuah kerana mempunyai My-Better-Half yang banyak bersabar mendidik saya, di samping anak-anak yang sangat berkelakuan baik. Tertunggu-tunggu panggilan telefon setiap hujung minggu dari yang sulung dan anak kedua yang berada jauh di benua lain. Tinggal 2 orang lagi sebelum mereka pula berusia 18-20 tahun dan 'terbang' meninggalkan kami berdua di sini demi mengejar cita-cita ....

Saya masih dalam fasa 'membayar hutang masa' dengan My Clone yang dahulunya banyak saya tinggalkan kepada keluarga ibu mertua (dan kerap juga kepada ibubapa saya) untuk menjaganya sewaktu saya belajar kursus kepakaran, on-call, berkursus, bermesyuarat di luar kawasan dll. Itulah sebabnya saya memilih untuk tidak lagi menyambut kelahiran (Obstetrik) yang 'demanding' kerana prioriti hidup buat masa ini.

Jika sebahagian kecil daripada hidup saya boleh memberi inspirasi kepada wanita lain, baguslah.
Ambillah apa-apa yang boleh dijadikan inspirasi tu, yang sebenarnya banyak saya ceduk (aka saya tiru mereka la tu, ehehe) inspirasi dari orang lain yang saya nyatakan di atas (pengakuan sebenar).

Tanpa mereka semua, tidaklah saya seperti ini.
Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya, memang jauh lebih baik daripada apa yang saya rancang.

Saya sedar saya masih banyak kekurangan dalam mendidik anak saya untuk 'kejayaan alam selepas mati' saya kelak ....
Itulah kejayaan yang sebenar bagi seorang ibu dalam mendidik anaknya.
Doakan saya kuat dan menjadi ibu yang baik (selain perempuan, isteri dan lain-lain).

Lepas baca artikel Nona tu, janganlah gelakkan/cemuh lebih-lebih ya, berdosa tau, ahaha.


Saya. Seorang. Manusia.
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita semua.
Hanya dengan rahmatNya, kita akan diterimaNya.
R.a.h.m.a.t.N.y.a.

Sebab itulah saya katakan : jangan pandang buruk/rendah pada orang lain, kerana siapa tahu dengan rahmatNya, kesudahan dia mungkin jauh lebih baik daripada kita. Doakan yang baik-baik sahaja.


"terima kasih, Nona"

Wednesday, 11 November 2015

Saya akan bercuti lagi

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate.


Cuti sekolah sememangnya kami tertunggu-tunggu, rumah riuh semula. Yang bongsu ini memang suka buat kuih. Biarlah dapur tsunami pun, telur ayam cepat je habis, dan 'kos' membuat memang susah nak untung, saya biarkan saja. Tak lama lagi, semua dah lebih 18 tahun....... 

.
.
.

Tahun ini, 'cuti sekolah' saya bermula lebih awal dari sepatutnya.
Saya akan bercuti dari esok 10hb sehinggalah 29hb November.
Bulan Disember pun begitu juga (tarikh akan diberitahu kemudian).
Prioriti saya masih pada keluarga/anak buat masa ini. Tunggulah sehingga yang bongsu ini habis Tingkatan 5, mungkin bermula 2017 barulah 'cuti sekolah' saya berubah kepada 'cuti semester'. Saya harap anda dapat memahaminya, terima kasih.


Pesanan berikut bolehlah dijadikan panduan.

1. Mereka yang menjalani rawatan kesuburan dan masih belum hamil.
- Sambung semua pil suplemen yang saya beritahu sahaja. Jangan ditambah dengan suplemen lain.
- Rawatan akan bersambung pada bulan Disember (kes-kes tertentu sahaja) ataupun pada tahun 2016.
- Sekiranya anda tidak didatangi haid, ada kemungkinan anda hamil sendiri, maka segeralah jalani pemeriksaan untuk pengesahan.

2. Mereka yang sedang hamil
- Sambung semua suplemen yang saya beritahu
- Sambung semua ubat hormon yang saya beritahu. Sekiranya telah habis, (mereka yang hamil IVF) bolehlah whatsapp saya bertanyakan sehingga bilakah ubat tersebut perlu disambung.
- Sekiranya terdapat masalah eg pendarahan dsb, bolehlah datang ke PHKL untuk diperiksa oleh sala seorang daripada 2 Pakar O&G yang 'cover' saya iaitu : Dr Hatta dan Dr Paul. Jangan bimbang, mereka berdua jauh leboh senior daripada saya daripada segi pengalaman menjaga ibu hamil.

3. Mereka yang telah dijadualkan menjalani rawatan IVF pada bulan Disember
- Saya telah berikan anda nombor hp saya. Silalah ber-whatsapp untuk perkara-perkara yang telah diberitahu. Bersabar. Saya akan menjawab (untuk perkara yang penting sahaja) walaupun beberapa jam lambat kerana ada perbezaan waktu berjaga yang ketara.
- Ikut arahan satu per satu. Ini kerana cara rawatan saya sememangnya berbeza dengan kebanyakan doktor IVF di sini (anda bolehlah bertanyakan rakan-rakan anda yang sedang/telah menjalani rawatan IVF untuk membandingkannya tetapi ingat, protokol/jenis ubat/dos/waktu pengambilan mungkin berbeza, maka ikut arahan rawatan saya satu persatu dan jangan ubah).

4. Mereka yang sedang menjalani rawatan sakitpuan (bukan kesuburan).
- Yang diberitahu ada 'ovarian cyst', perhatikan tanda-tanda komplikasi cyst eg sakit pada sebelah pelvis di mana terdapatnya cyst tersebut. Jika bimbang, bolehlah berjumpa doktor Hatta atau Dr Paul untuk pemeriksaan.
- Yang diberitahu ada fibroid, usah bimbang kerana fibroid lazimnya lambat membesar. Tetapi jika anda mengalami haid yang banyak (menorrhagia), anda disarankan berjumpa doktor.
- Yang diberitahu ada masalah jangkitan vagina, sekiranya ia berulang, anda juga bolehlah datang untuk pemeriksaan dan pengambilan swab untuk ujian 'culture and sensitivity'.


5. Apa-apa pun
- Bolehlah telefon nurse saya untuk pertanyaan lanjut
- Ataupun telefon nurse Dr Hatta/Dr Paul
- Ataupun pergi ke klinik/hospital berhampiran rumah atau tempat kerja anda.


Tuesday, 3 November 2015

Panduan Membuat Persediaan Menyediakan Anggaran Kos IVF



Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, Most Compassonate, Most Merciful.

KLCC tanpa jerebu :)
Gambar ini diambil dari dalam kereta berdekatan simpang 4 lampu isyarat trafik di Jalan Ampang.


Saya belum berpeluang untuk meninjau KL dari jambatan itu.


Seperti yang semua sedia maklum, di Malaysia, setiap langkah rawatan kesuburan tidak ditanggung oleh mana-mana pihak syarikat majikan ataupun syarikat insurans.

.
.
.

Hal ini memberi beberapa impak kepada rawatan IVF di sini:

1. Bilangan kes tidaklah ramai jika dibandingkan dengan negara-negara yang kerajaannya menanggung separa apatah lagi sepenuhnya rawatan IVF. Contohnya, Singapura baru sahaja memberikan tanggungan secara 'co-funding' rawatan IVF sehingga 75% (3 kali 'fresh cycles' dan 3 kali 'frozen cycles') kepada warga negara wanita di bawah 40 tahun menjalani IVF di hospital kerajaan. 

2. Perbezaan angka/bilangan kes memanglah sangat ketara. Contohnya, jumlah kes IVF dilakukan di sesebuah pusat IVF terkemuka di Eropah adalah jauh lebih tinggi (melebihi 1500 kes setahun) daripada bilangan kes IVF di sesuatu pusat IVF popular di Malaysia (hanya 300-600 kes setahun sahaja). 

3. Maka, sukar untuk doktor-doktor di Malaysia melakukan kajian saintifik secara pemantauan (observatory) mahupun kajian saintifik yang lebih signifikan hasilnya (iaitu kajian berbentuk 'randomised prospective controlled trial') menggunakan data yang lebih besar untuk digunapakai umum. Maka kita terpaksalah bergantung kepada hasil kajian negara-negara lain.

4. Bukan itu sahaja, ini menjadikan kita ketinggalan daripada peluang membuat penemuan teknik rawatan atau formula protokol IVF yang memberikan peratusan kehamilan yang lebih tinggi daripada sedia ada. Maka, doktor-doktor di sini hanya mampu 'meniru' formula mereka; jika bertuah mereka dapat menjalani 'clinical attachment' dengan mereka secara berkala/berterusan (bukannya one-off); ataupun jika tidak, bagi yang mempunyai kekangan masa/wang - hanyalah menghadiri persidangan klinikal (lebih murah) ataupun membaca journal serta bahan ilmiah berkaitan secara on-line mahupun hard-copy. Jika tidak rajin 'update' pengetahuan/teknik, kita akan lagi jauh ketinggalan.

5, Tambah meyukarkan, sebahagian pesakit-pesakit ini hanya datang pada usia lebih lewat kerana baru mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Maklumlah, untuk menyediakan wang bagi menampung kos IVF yang memakan berbelas ribu RM bukanlah sekejap kerana ada lagi keperluan hidup yang perlu ditanggung. Kelewatan ini memberi kesan kepada penurunan peratus kehamilan secara keseluruhan di Malaysia kerana semakin tinggi peratus wanita ini yang telah termasuk dalam usia melebihi 35 tahun. (Peratus kehamilan IVF mengikut umur masih setanding dengan negara luar). 

.
.
.

Bagi mereka yang dinasihati doktor mereka untuk menjalani IVF, ataupun mereka yang mempunyai perancangan untuk menjalani IVF (walaupun belum disarankan oleh doktor), eloklah membuat persiapan ini. Yang telah bersedia daripada segi kewangan, usahlah bertangguh. Semoga pada masa akan datang, rawatan IVF di hospital kerajaan akan ditanggung oleh pihak Kementerian Kesihatan secara sepenuhnya dan di hospital swasta ditanggung majikan pula.

Sementara itu,

Ingatlah 2 perkara :

1. Setiap tahun, kos IVF akan semakin meningkat.
2. Setiap tahun menunggu juga, usia wanita tersebut juga semakin meningkat dan ini akan memberi 2 kesan : keperluan dos ubat suntikan rangsangan bertambah (menjadikan kos semakin bertambah), namun peratus kehamilan pula menurun (disebabkan peningkatan umur). Dalam ertikata lain, ia menjadi kurang kos-efektif.



Jadual di bawah boleh dijadikan panduan untuk membandingkan pakej-pakej yang ada ditawarkan. Kadang-kala, sesuatu pusat IVF boleh menawarkan beberapa jenis pakej. Anda bolehlah memastikan dengan bertanyakan soalan-soalan berikut.

Saya suka berseloroh dengan pesakit apabila mereke bertanya;

"Doktor, nak tanya sikit, boleh?"

"Tanya memang boleh, jawab dengan tak jawab je yang belum pasti lagi"

.
.
.

PANDUAN MENYEDIAKAN BAJET MENJALANI KOS IVF (2015)








PROSES
Kos
(RM)
Perbandingan / Nota tambahan / Contoh
Untuk memudahkan urusan penyimpanan bajet, anggaran kos yang diberikan ini dilebihkan sedikit angkanya.
a

Caj doktor : meliputi caj kedua pasangan dan scan
Purata bilangan ‘appointment’ adalah sekitar 5 kali, mungkin kurang dan mungkin lebih sedikit.

Soalan yang boleh ditanya:
Berapa kalikah kami perlu datang dari mula ‘cycle programming’ sehingga dapat keputusan?
Adakah kesemua ini telah termasuk di dalam pakej?



Caj profesional doktor adalah dikawalselia oleh MMC (Malaysian Medical Council) dan tertakluk di bawah akta ‘Private Healthcare and Facilities Act 2006’. Kali terakhir jadual caj ini diubahsuai/dinaikkan adalah pada tahun 2013 (sebelum itu pada tahun 2002). Berkemungkinan caj masakini masih sama untuk beberapa tahun lagi.
b

Ujian darah :
-        Kedua pasangan : HIV, HepBs Ag, VDRL (seperti yang disarankan oleh KKM). Adakah ini termasuk dalam pakej?
-        Ujian darah yang lain  : bergantung kepada doktor, tiada ujian yang wajib untuk setiap pesakit di Malaysia.

Ujian air mani

Soalan yang boleh ditanya:
Adakah ujian-ujian ini termasuk di dalam pakej?
Jika tidak, berapakah anggaran dan juga kos maksima ujian darah?
Adakah embrio-embrio beku pesakit dikongsi di dalam tangki yang sama?



Di pusat IVF tertentu contohnya, sekiranya salah seorang pasangan didapati mempunyai jangkitan HIV atau HepB atau Sifilis, embrio-embrio beku (atau sperma atau telur) mereka tidak akan dimasukkan ke dalam tangki yang sama dengan embrio-embrio kepunyaan pasangan-pasangan lain).

Dalam hal ini, pasangan hendaklah memilih sama ada untuk :
-        ‘membeli’ tangki sendiri (dengan kos tambahan),
-        atau ‘berkongsi’ tangki dengan pasangan lain yang mempunyai salah satu jangkitan tersebut (kos rendah berbanding di atas),
-        atau tidak menyimpan embrio beku (pihak PHKL akan membuang lebihan embrio itu)







c
Ubat yang digunakan : dari bermula ‘cycle programming è stimulation è triggering’



i.                ‘Cycle programming’  : ini diberikan mengikut protokol IVF sama ada protokol agonist (‘long protocol’) atau protokol antagonist (‘short antagonist protocol’)
ii.              Ubat rangsangan telur (lazimnya menggunakan suntikan FSH):
a)     jenis suntikan FSH : recombinant-hFSH (rec-FSH) atau urinary-derived-hFSH (u-FSH)
b)     jumlah keseluruhan dos FSH diperlukan
iii.             Ubat agonist atau antagonist?
iv.             Ubat ‘triggering’ : r-hCG atau ru-hCG atau GnRH agonist?
v.               Ubat suplemen lain

Maka, soalan-soalan yang boleh ditanya:
-        Apakah protokol yang doktor akan gunakan?
-        Apakah jenis suntikan FSH yang digunakan?
-        Berapakah anggaran dos minima dan maksima suntikan FSH?

‘Antagonist protocol’ lebih mahal kosnya, namun kelebihannya ialah ia lebih ‘convenient’ dari segi bilangan hari suntikan yang sedikit (sekitar 10-12 hari), jumlah dos suntikan FSH dan bilangan follow-up dan bagi pusat IVF yang berprestasi tinggi, peratus kehamilannya lebih tinggi daripada peratus pusat IVF lain yang lebih mengamalkan ‘agonist protocol’ (suntikan selama sekurang-kurangnya 3 minggu):
i.                ‘Cycle programming’ : sama ada pil atau suntikan (di bawah RM250)
ii.              Inilah ubat yang paling mahal dalam rawatan IVF
a.      Terdapat 2 sumber utama ubat suntikan rangsangan (kedua-duanya suntikan FSH). Suntikan dari sumber recombinant-hFSH (rec-FSH) kebiasaannya sekitar 2 kali ganda lebih mahal daripada sumber urinary-hFSH (u-FSH).  Contohnya; kebanyakan pesakit saya menggunakan dos 150 IU setiap hari untuk sekitar 8-10 hari (keseluruhan 1200-1500IU). Pada dos sejumlah ini, rec-FSH lazimnya sekitar RM3500, berbeza dengan u-FSH hanya sekitar RM1600.
b.      Secara amnya, lebih berusia wanita itu, jumlah dos suntikan FSH adalah lebih banyak (maka lebih mahal). Contohnya, pesakit berusia 40 tahun lazimnya memerlukan dos 2 kali ganda ie 3000IU, maka kos suntikan FSH juga 2 kali ganda.
iii.             Ubat agonist digunakan dalam ‘agonist/long protocol’ manakala ubat antagonist digunakan dalam ‘antagonist short protocol’. Kos ubat antagonist adalah sekitar RM2000 manakala kos agonist pula hanyalah sekitar RM450.
iv.             Ubat ‘triggering’ tidak banyak beza dan kosnya sekitar RM160.
Contoh;
Sekiranya menggunakan ‘antagonist protocol’ dengan dos suntikan FSH sebanyak 1200IU:
-        i + ii + iii + iv = sekitar RM5000 (jika suntikan rec-FSH digunakan)
-        i + ii + iii + iv = sekitar RM3500 (jika suntikan u-FSH digunakan)
d
OPU (juga dikenali sebagai prosedur sedut telur).

i.                Wad (lazimnya daycare) dan bilik berkongsi (2-katil atau 4-katil)
ii.              Jenis bius : sedation atau bius penuh? Adakah khidmat pakar bius digunakan?
Soalan yang boleh ditanya:
-        Apakah jenis bius yang akan digunakan dalam pakej ini?
-        Adakah pakej ini termasuk kos untuk pakar bius ada di dalam bilik OPU untuk memantau saya?

i.                Boleh dikatakan kesemua pakej hanya menawarkan day-care bed. Pesakit boleh pulang pada petang hari yang sama.
ii.              Kebanyakan pusat IVF hanya memberikan bius pelali sahaja (sedation) dan diberikan oleh doktor IVF sementara ‘vital signs’ monitoring sedasi pesakit dilakukan oleh jururawat.. Sekiranya bius penuh dimasukkan dalam pakej IVF, ini menyumbang kepada peningkatan kos pakej sebanyak sekitar RM2000 (khidmat pakar bius, peralatan mesin bius dan monitoring, ubat bius)
e
Di dalam makmal IVF :
i.                Jenis prosedur : IVF atau ICSI? Adakah ICSI termasuk dalam pakej?
ii.              Berapa lamakah embrio dikultur dalam inkubator? Jika saya mahukan embrio dikultur lebih lama (‘extended culture’) sehingga hari ke-5 (tahap blastocyst), adakah ia termasuk di dalam pakej?


i.                ICSI lebih mahal berbanding IVF (Lazimnya ada tambahan sekitar RM1000 jika tidak menggunakan pakej) kerana ICSI memerlukan masa tambahan,prosedur tambahan dan kecekapan embriologis. Embriologis yang mahir dan makmal IVF yang bagus lazimnya memberikan peratus ICSI fertilization rate >70%. Ini bermakna, sekiranya 10 telur MII dilakukan ICSI, secara purata 7 akan menjadi embrio.
ii.              Berapa hari embrio dikultur adalah bergantung kepada bilakah dirancang prosedur ET: 2 hari atau 3 hari atau 5 hari atau 6 hari?

f
ET (Embryo Transfer)
- Bilakah embrio dimasukkan ke dalam rahim (ET)? Day 2 atau Day 3 atau Day5/6?
- Sekiranya saya memilih menjalani blastocyst-stage ET, adakah ia juga termasuk di dalam pakej?
- Berapa peratuskah pesakit IVF/ICSI di sini yang menjalani ET pada Day-5/6 (blastocyst stage)?



-Ada pusat IVF yang hanya melakukan ET pada Day 2 atau Day 3 sahaja
-Ada pula yang turut melakukan ET pada Day5 tetapi hanya memilih kes-kes tertentu sahaja dan dalam peratus yang rendah eg hanya 10% dari keseluruhan kes IVF/ICSI.
-Ada juga pusat IVF yang ‘push’ hampir kesemua kes untuk kultur embrio sehingga Day-5 sebelum melakukan ET.

Ketahanan embrio untuk ‘membesar’ di dalam makmal IVF sangat bergantung kepada kualiti makmal IVF tersebut. Maka hanya segelintir pusat IVF yang berani melakukan kultur embrio sehingga Day-5 dengan rutin/kerap.

g
‘Embryo freezing & storage for the 1st year’

Soalan yang boleh ditanya :
i.                Apakah jenis proses pembekuan embrio yang dilakukan di sini? Kaedah ‘slow freezing’ ataupun /vitrification’?
ii.              Berapakah caj pembekuan embrio? Adakah ia termasuk dalam pakej?
iii.             Berapakah caj penyimpanan embrio beku? Adakah ia termasuk di dalam pakej?
iv.             Jika tidak, adakah had maksima bagi caj ini?




i.                Kebanyakan pusat IVF berprestij menggunakan teknik pembekuan secara ‘vitrification’
ii.              Ada jenis pakej yang memasukkan caj pembekuan embrio dan penyimpanan embrio untuk setahun yang pertama (bermula bulan OPU) tanpa mengira bilangan embrio yang dibekukan. Pada tahun berikutnya, caj RM1000 dikenakan setiap tahun embrio disimpan.
iii.             Bagi pakej yang tidak memasukkan caj ini, ia akan dicaj secara berasingan. Contohnya, ada pusat IVF tertentu mengenakan caj di bawah :
-        RM1000 untuk 1-4 embrio pertama yang dibekukan
-        Tambahan RM1000 untuk embrio/embrio-embrio seterusnya
-        Ceiling/maksima caj adalah RM2000 tanpa mengira bilangan embrio (eg sama ada 5 ataupun atau 20 embrio).
-        Percuma untuk penyimpanan setahun yang pertama.
-        RM1000 caj penyimpanan untuk setiap tahun berikutnya.

h
Ubat ‘Luteal phase support’ (LPS)
i.                Adakah secara pil oral ataupun kaedah vaginal ?
ii.              Adakah ia termasuk dalam pakej?
iii.             Jika ada, untuk berapa lamakah ubat ini diberikan sebelum saya terpaksa membelinya dengan kos tambahan?



i.                Kajian membuktikan ubat hormon progestin secara vaginal lebih signifikan memberikan kesan LPS yang berkesan/baik.
ii.              Itu sebabnya ubat progestin vaginal adalah lebih mahal.
iii.             Ubat vaginal pula berjenis-jenis. Jenis yang perlu digunakan sekali sahaja adalah lebih memudahkan/convenient, maka tidak hairanlah ia paling mahal berbanding ubat yang perlu dimasukkan lebih kerap.

Secara perbandingan, kos ubat pil progestin oral adalah sekitar RM 130 berbanding kos vaginal progestin (sekitar RM450) untuk tempoh 15 hari. Lebih elok sekiranya di dalam pakej telahpun termasuk kos ubat LPS secara vaginal progestin. Untuk tempoh sekurang-kurangnya 15 hari iaitu sehingga hari ujian pengesahan kehamilan.

i
Pengesahan kehamilan
i.                Ujian darah : BhCG
ii.              Ujian tambahan : progesteron


Sekitar RM100






Blastocyst Elective Single Embryo Transfer
'Blastocyst eSET - the way forward'


Allah is All Knowing