Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 29 December 2014

Selamat tahun baru

Bismillahirrahmanirrahim.


Bulan Disember hampir tamat.
Bulan terakhir tahun 2014.

Bergambar bersama krew dan pegawai PR PHKL selepas penggambaran slot rancangan Sufiyah yang dijangka ke udara mulaiJanuari 2015, in sya Allah.

Bulan terakhir bekerja 2014 ini saya masih sempat menerima satu sesi 'shooting' mengenai 'IVF' dan 'kenali blogger'.
Rupanya ada juga yang bukan pesakit masalah kesuburan yang membaca blog saya ini.
Saya selalu bergurau;

"Jangan percaya bulat-bulat apa yang saya goreng dalam blog tu"  



Hari terakhir bekerja pula, saya dikunjungi pelawat-pelawat kecil. Kembar 3 ini dah besar rupanya. Yang duduk di hadapan itu adalah nenek pengantin3.
Terima kasih kerana sudi datang ke sini.

Tidak seperti dahulu, kini semakin ramai yang 'sporting' memberi kebenaran cerita dan gambar diselitkan di sini. Semakin ramai yang faham bahawa masalah kesuburan bukanlah suatu hukuman atau sumpahan, tetapi hanyalah satu penyakit dan kebanyakannya boleh diubati, in sya Allah.

.
.
.

Saya sedang bercuti dari bekerja.
Bulan ini saya hanya bekerja sebanyak 12 hari sahaja.
Hmm...sungguh tidak produktif jika mendapat pekerja seperti saya.
Rakan-rakan sekerja saya selalu mengusik saya;

"Adilah ni asyik bercuti je"

Dan saya akan selalu berseloroh menjawab;

"I'm a wife. I believe that the man (husband) should work harder"

Sebenarnya bukan apa, saya seorang yang tidak mempunyai daya tahan stress sekuat rakan-rakan doktor lain.
Serta kini prioriti kehidupan saya telah berubah, tidak seperti 10 tahun yang lalu.


Cuma saya masih suka membaca, walaupjn kadang-kadang membaca bahan yang tidak berapa bermanfaat pun.
Kali ini, saya kena membaca betul-betul mengenai 'embryo degeneration'.
Baca semula segala-galanya mengenai embryo lysis.
Mengenai apakah sebabnya.
Kualiti embrio.
PGD dan PGS.
Freezing : slow freezing vs vitrification.


Tajuk asal (Selamat Bercuti) ditukar kepada Selamat Tahun Baru.
Terasa janggal untuk mengucapkan selamat bercuti di tengah-tengah masalah banjir yang semakin teruk ini.
Semoga semuanya selamat.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Aamiiiiiin.
Alhamdulillah.

7 comments:

  1. Salam.. Selamat menyambut tahun baru & selamat bercuti :) Sy nak tanya doc, sy baru call klinik utk tanya result bhcg dan nurse bagitau result bhcg rendah (x pregnant).. Soalan: Perlu x sy sambung ambil utrogestan sehingga habis sbb sy belum dtg haid.. tq

    ReplyDelete
  2. Nama penuh? Buat IVF ke? Bila buat ET? Setahu saya ada seorang sahaja Azura yang buat IVF November lepas (dah pregnant pun) dan tiada Azura yang buat bulan Disember ni.

    ReplyDelete
  3. Wan norazura.. Buat iui 17 dec..

    ReplyDelete
  4. Ubat ada balance utk 4 hari lagi (16 biji).. If result bhcg rendah, nak teruskan ambil Utrogestan, or nak stop? Period hari ni pun tak dtg lagi.. Perut rasa sakit sikit mcm nak period..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Berhenti ubat, period akan datang selepas berhenti ubat, biasanya flow period akan macam biasa selepas 3-4 hari berhenti Utrogestan

      Delete