Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 21 December 2014

Azoospermia


Kerusi putih untuk pasangan suami-isteri.
Kerusi biru jika ada peneman tambahan.
Apabila ke klinik saya, isteri biarlah duduk di sebelah 'luar' iaitu di kiri meja sementara suami pula di bahagian 'dalam' iaitu kerusi bersebelahan dinding.
Logiknya, ini supaya isteri tidak perlu 'melangkah' hadapan suami apabila bangun bergerak ke katil untuk diperiksa.
Senang kan?



Bismillahirrahmanirrahim.


Kali ini saya tulis mengenai masalah kesuburan lelaki.


AZOOSPERMIA

iaitu 

TIADA SPERMA dalam air mani.
(walaupun satu ekor) di dalam keseluruhan kandungan air mani yang diperiksa di bawah mikroskop. 
Ya, mempunyai air mani (banyak atau tidak) tidak semestinya bermakna di dalamnya ada sperma (banyak atau sedikit)


Apabila pasangan datang berjumpa saya untuk masalah kesuburan, lazimnya saya tidak melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pasangan lelaki ie suaminya.

.
.
.

Cukup untuk saya bertanya apakah perkara yang berkaitan iaitu :

- merokok? Kuantiti merokok?
- adakah ini perkahwinan pertama? Pernahkah ada anak sebelum ini?
- Apabila 'bersama', ada tak masalah susah nak keluarkan air mani? ie. adakah mempunyai masalah susah 'erection' atau susah 'ejaculation'? 
- pernahkah menjalani ujian air mani?

Bagi mereka yang pernah menjalani ujian air mani, saya akan minta salinan keputusan, jika keputusan ujian didapati kurang baik, saya akan bertanya lanjut:
- adakah mengalami demam panas dalam masa 3 bulan menjalani ujian? Persekitaran pekerjaan?
- pernahkah mengalami demam panas eg beguk sewaktu kecil dahulu?
Saya akan nasihati mereka untuk mengulangi ujian tersebut selepas 3 bulan, atau terus menjalani rawatan IUI dll, mengikut pilihan mereka.

.
.
.

Bagi yang belum pernah menjalani ujian air mani, saya akan nasihatkan mereka untuk menjalani ujian air mani terlebih dahulu.


Secara ringkasnya ujian air mani disebut SA (Seminal Analysis)

.
.
.

Tetapi, sekiranya keputusan SA menyatakan azoospermia, kebanyakan makmal IVF (termasuk PHKL) akan melakukan ujian lanjutan iaitu 'centrifugation' dan memeriksa sekali lagi hasil yang telah dipekatkan/diasingkan. 
Ini kerana kadang-kala, setelah dilakukan proses ini, rupa-rupanya terdapat beberapa ekor sperma kelihatan. Maklumlah, sebelum itu kan air mani bolehlah diumpamakan seperti 'lautan', apabila sperma terlalu sangat-sangat (jika ada istilah tersangat sedikit) sedikit, ia mungkin terlepas dari pandangan mata.
Keadaan ini dinamakan CRYPTOZOOSPERMIA.
Ini berbeza dengan SEVERE OLIGOSPERMIA

Azoospermia = tiada sperma dalam air mani yang diperiksa.


Setelah di'centrifuged', dan kemudiannya diperiksa, masih tidak kelihatan sperma.
Maka keputusan akan bertulis : AZOOSPERMIA (STILL NO SPERM AFTER CENTRIFUGATION)

.
.
.

Jadi, apa yang akan dilakukan selepas mendapat keputusan azoospermia ini?

Saya akan minta ulangi ujian sekali lagi (jika ini kali pertama). Tidak perlu menunggu 3 bulan.

Ada 2 punca azoospermia :
1. Sebenarnya ada sperma tetapi terhalang laluan keluar (masih ada harapan untuk mendapatkannya menggunakan kaedah pembedahan kecil)
2. Sememangnya testis tidak dapat menghasilkan sperma (dalam keadaan ini, besar kemungkinan lelaki tersebut tidak dapat menghasilkan benih dari dirinya sendiri, tetapi ada keadaan eg akibat pengambilan ubat tertentu sehingga menyebabkan azoospermia; rawatan secara ubatan dapat memulihkan keadaan ini)

Sama ada punca (1) atau (2), ini dapat diketahui melalui ujian darah hormon ke atas lelaki itu.


(InsyaAllah, bersambung kemudian)


2 comments:

  1. Assalam Dr Adilah, Salam Ramadhan.

    Suami saya di sah kan menghadapi Azoospermia selepas beberapa kali (1-5) membuat Sperm Analysis. Usia kami below 30 dan usia perkahwinan 3 tahun. Alhamdulilah hasil pemeriksaan isteri subur.
    Untuk meneruskan rawatan PESA/TESA atau IVF/UCSI agak mengambil masa untuk mengumpul kos rawatan. Saya inginkan nasihat Dr Adilah apakah Supplement yang perlu di ambil untuk kami suami isteri sebelum meneruskan rawatan seterusnya. Kami buntu hanya doa pengubat kami.
    Terima kasih atas bantuan dan nasihat Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika azoospermia disebabkan oleh saluran tersumbat, peluang lazimnya hanya dengan kaedah pembedahan. Di beberapa hospital kerajaan kini ada kemudahan IVF, kosnya jauh lebih mudah. Contih hospital kerajaan yang melakukan ivf adalah HKL dan Hospital Sultanah Bahiyah

      Delete