Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 13 November 2014

Transporter lagi dan lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

(Laptop saya masih belum dibaiki, maka tiada gambar berkaitan. Saya masih menggunakan laptop Prof)

.
.
.

(kan saya dah kata….tiada gambar berkaitan… Kenapa Prof ambil gambar lantai ni ek?)


.
.
.

Ingat dahulu kisah Transporter ? (klik sini Menggunakan Embrio Beku Yang Dipindahkan Dari Hospital Lain )

Beliau telahpun selamat bersalin pada 17 Ogos 2014 di HUSM Kelantan pada usia kandungan 38 minggu, bayi perempuan seberat 2.85kg secara Caesarean section.

.
.
.

Kini saya dah ada Transporter 2 dan Transporter 3.

.
.
.

Dan mereka juga hamil.

.
.
.


Kisah Transporter 2 

Beliau pernah menjalani fresh IVF di hospital lain di KL ini, ada embrio beku yang masih disimpan di sana.
Dibekukan pada Day3.
Embrio beliau pun dipindahkan ke PHKL.

Bermula haid, beliau mengambil ubat makan.
Saya 'monitor' sehingga beliau 'ready' untuk FET.
Apabila sampai waktunya, embriologis mengeluarkan embrio tersebut dan meneruskan kultur sehingga mencapai blastocyst.
Saya buat FET 18 September 2014
Satu embrio sahaja.
Luteal support pula saya terpaksa tambah dengan suntikan hormon progesteron.

(Sebenarnya kasihan nak minta pesakit ambil suntikan ini kerana ia sakit, maklumlah ianya minyak dan disuntik ke dalam otot pula tu. Itu sebabnya saya tulis "KINDLY ADMINISTER AS SLOW INJECTION OVER 3-5 MINUTES USING AT LEAST 21G NEEDLE" untuk mengurangkan kesakitan)

Seminggu selepas FET, ketika saya di Makkah, beliau disahkan hamil dengan BhCG 12 IU/L (memang awal lagi, itu sebabnya paras masih rendah) pada 25 September.
Seminggu kemudiannya, ia naik kepada 436 IU/L
Kalau ikut perkiraan, sekarang pun dah 10 minggu lebih, jangkaan bersalin beliau adalah awal Jun 2015.

.
.
.

Kisah Transporter 3

Beliau telah pernah menjalani 2 fresh IVF di 2 hospital berlainan di KL dan mempunyai embrio beku di kedua-dua hospital tersebut. 
(Saya dah lupa mengapa embrio beku di hospital pertama tidak digunakan dahulu sebelum beliau menjalani fresh IVF kedua di hospital lain).

Sewaku beliau berjumpa saya pertama kali pada Mei 2014, beliau dah pun merancang untuk menjalani fresh IVF kali ke-3.

Seperti biasa, saya cadangkan agar;

"Apa kata kita guna pindahkan embrio tu ke sini dan kita guna dahulu embrio beku tu? Lebih murah dan kesan samping/komplikasi pun kurang"

Mungkin beliau kurang yakin pada awalnya. 
Tak apa, saya faham, ambillah masa untuk berfikir. 
Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan perasaan mereka yang pernah gagal dalam IVF, apatah lagi gagal 2 kali. Ditambah pula saya banyak cuti tahun ini.

Akhirnya, 

Beliau setuju untuk kami meng'import embrio beliau dari kedua-dua hospital tersebut.
Embrio beliau pun dipindahkan ke PHKL.

Bermula kedatangan haid beliau pada 6hb Oktober 2014, saya memberikan suntikan antagonist dan ubat makan untuk sejumlah hari yang ditetapkan.

Seperti biasa, monitoring dilakukan untuk menentukan hari apakah beliau telah bersedia untuk FET, serta hari apakah saya dan embriologis 'free' (memang 'convenient' hidup kami kerana setakat ini tiada 'thawing' mahupun FET pada hari cuti)
Embriologis melakukan 'thawing' pada hari Isnin dan meneruskan kultur embrio sehingga blastocyst (kerana embrio beliau juga dibekukan pada Day3)

FET kemudiannya dilakukan pada cycle Day24, pada 29hb Oktober (hari Rabu)
Saya masukkan 2 blastocyst.
Yang ini pun saya minta tambah suntikan hormon progestin/progesteron.

Ujian BhCG 8 hari kemudiannya 20 IU/L
Rupa-rupanya, sehari sebelum itu, beliau telah menangis kerana kecewa apabila UPT menunjukkan 1 line.
Sehinggakan beliau tak nak datang pada 6hb November keesokannya kerana menyangka tidak hamil.
Sehinggakan nurse saya terpaksa 'call' beliau dan memujuk beliau untuk datang (sepatutnya kena datang pagi sebab ambil masa 2.5-3 jam nak tahu keputusan)

Bila dapat keputusan, saya pun bagitau.
Itupun dengan keputusan 20 IU/L, beliau susah nak percaya.
Maka saya pun cadangkan beliau ulangi ujian darah selang 2 hari selepas itu.

Naik kepada 34 IU/L.

Tadi datang appointment, scan masih belum nampak dengan jelas. Iyalah, kalau ikutkan usia kandungan baru sahaja 4 minggu 4 hari).
Beliau masih tak yakin (saya rasa lebih kepada risau). 
Beliau meng-offer diri untuk menjalani ujian BhCG sekali lagi (ini belum lagi cerita ujian UPT yang dilakukan di rumah dah nampak 2 line dah)

Saya berseloroh;

"Ini nampaknya menyerah diri untuk didera. Kalau lepas ni nak buat ujian darah lagi pun boleh. Datang je minta borang" 

Nak ambil darah kan sakit juga. Suaminya pun gelak sahaja. Bukan kami yang nak kena dicucuk jarum kan?

(dalam hati : janganlah nak minta datang scan seminggu 2-3 kali sampai nampak janin)

Petang tadi nurse saya call dan beritahu; 

"Dr, BhCG Puan ….. 200 lebih"

Alhamdulillah…..


Beliau dijangka 'due' pertengahan Julai 2015.


Maka setakat ini, kesemua 3 kes Import Embrio kami berjaya hamil. 

.
.
.

(Sesi Pengakuan ….. ) 

Kadang-kadang terdetik perasaan geram apabila menghadapi pesakit yang bertanya pelbagai soalan sehingga waktu malam dan asyik risau tidak menentu. 
Saya juga manusia dan telah berkeluarga.
Maafkan saya.

Tetapi selepas itu apabila direnung kembali, saya malu sendiri. Sekali lagi, maafkanlah saya. Siapalah saya yang tidak mungkin dapat tahu apa yang mereka rasa :

- kepayahan nak hamil dengan tanggapan orang sekeliling
- kesanggupan membuka aurat kemaluan berhadapan dengan doktor dan kakitangan hospital berkaitan.
- kesanggupan menjalani rawatan IVF dengan menyuntik diri sendiri berhari-hari
- menjalani pembiusan dan prosedur OPU dan ET dalam posisi mendedah kemaluan di hadapan beberapa orang (saya dan jururawat)
- menunggu hari keputusan kehamilan (ramai yang berkongsi bahawa inilah tempoh yang paling 'menyakitkan' dan mendebarkan)
- menghadapi keperitan apabila diberitahu "Keputusan tak elok. Ujian darah kata tak hamil…."

Ini kalau sekali.

.
.
.

Kalau dua kali?

Inilah pengorbanan seorang wanita yang ingin bergelar ibu.


Saya suka bergurau di hadapan suami mereka ;

" Lepas (keluar bilik klinik) ni, bolehlah minta suami belikan hadiah. Cakap je apa nak, I tolong sampaikan. Masa inilah nak ambil kesempatan jadi Mem Besar! "



Ada suami yang sebelum tu tak ke dapur, tetapi apabila isteri hamil, terus mula belajar memasak dan dah pandai pun!


Ilmu manusia tidak sampai setitik air laut. Ilmu dimiliki Allah tidak terjangkau, lebih 7 lautan pun masih belum menandingi.



Alhamdulillah dengan kehamilan mereka.
Alhamdulillah dengan ilmu yang diberi.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


5 comments:

  1. Terima kasih Dr. Menjawab psoalan kami.. Maafkan kami andainya buat Dr. Geram.. hehe

    ReplyDelete
  2. Nangis sebak bila baca part pengakuan doktor tu.Syukur alhamdulillah doc memahami perasaan n situasi kami yg mnjalani berkali2 ivf ni sebab sy akui itu yg dirasai setelah gagal 2x ivf...Apapun masih x putus asa ,masih gigih kumpul duit n plan nk fet ngn doc prtengahan taun dpn.insyaallah..itupun hrp2 frozen embrio sy masih elok dlm simpanan pihak hospital..

    ReplyDelete
  3. Tq Dr sbb sudi melayan kerenah2 pesakit2 Dr.

    ReplyDelete
  4. bergenang air mata saya baca sesi pengakuan doktor. saat menunggu keputusan adalah saat yg mendebarkan. 2ww juga. semoga doctor dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus membantu orang2 istimewa seperti kami yang lambat dikurniakan zuriat.

    ReplyDelete
  5. Mulianya hati seorang doktor bernama Adilah Ahmat. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan di dunia dan di akhirat.. Saya masih mengumpul kekuatan untuk menghadapi dugaan mendatang. Doakan saya Dr. semoga Allah mempermudahkan semuanya..

    ReplyDelete