Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 6 November 2014

(sambungan) Panduan Sewaktu Menjalani Rawatan IVF





(kita sambung sedikit lagi)


Yang ini pun berbunyi logik kerana…
(anda mesti memahami apa yang berlaku di dalam badan anda dahulu)



Di dalam rawatan IVF,



Anda mengambil ubat (kebiasaannya suntikan yang mengandungi FSH) rangsangan membesarkan beberapa folikel (kantung) telur.

(FSH = Follicle Stimulating Hormone, patut pun diberi nama sedemikian)

Maka berlakulah pembesaran folikel-folikel telur di dalam ovari kanan dan kiri.
Perubahan ini akan turut menambah saiz ovari kanan dan kiri anda.

Hasilnya,
Daripada saiz ovari sebesar seperti buah badam (yang masih di dalam kulit kerasnya) iaitu sekitar 3cm x 2cm x 1 cm sahaja, ovari boleh menjadi besar seperti saiz buah lemon atau mungkin lebih lagi bergantung kepada responnya terhadap dos suntikan FSH tersebut.

Bayangkan kini anda 'membawa' ovari sebesar sebiji buah lemon di kanan dan juga di kiri ruang pelvis.
Di dalamnya pula mengandungi beberapa folikel telur yang semakin membesar sehingga mencapai saiz sekitar diameter 2cm setiap satu.
Kantung folikel yang sedang 'subur' sangat nipis dan membonjol-bonjol daripada permukaan ovari, menunggu masa untuk 'pecah' sahaja.

Bayangkan jika bilangan folikel telur berlebihan lagi.
Bayangkan sekiranya ovari anda menjadi lebih besar daripada itu.
Perubahan pada ovari ini mula ketara selepas 5 hari memulakan suntikan FSH, sehinggalah selepas anda menjalani OPU dan beberapa hari selepas itu lagi.



(sudah faham?)


Maka;

Saya pun memberi nasihat berikut :


1. Untuk mengelakkan 'ruptured ovarian follicular cysts causing intra-peritoneal haemorrhage', elakkan perbuatan yang menekan kawasan pelvis atau abdomen seperti :

- saja-saja menekan dengan tangan sendiri ataupun berurut di kawasan itu,
- membongkok ke hadapan dalam posisi 'head-knee' eg membongkok untuk memakai kasut/tali kasut, sujud, membongkok mencari barang yang terjatuh ke lantai dsb.
- melakukan hubungan seks penetratif yang berlebihan menekan abdomen atau bertukar-tukar posisi


2. Untuk mengelakkan ovari tersebut terpintal pada pangkal/tangkainya ('twisted enlarged ovary due to multiple follicular cysts'), elakkan pula aktiviti berikut:

- berlari-lari
- melompat-lompat
- menaiki tangga dengan cepat/berkali-kali
- senaman lasak
- berenang


Ini tidaklah diajar di dalam buku.
Tetapi berbunyi logik kan?


p/s kedua-dua keadaan di atas ie. ruptured ovarian follicular cysts causing intra-peritoneal haemorrhage dan twisted enlarged ovary due to multiple follicular cysts adalah keadaan 'emergency' dan perlu dijalani pembedahan segera.


Jaga diri ya!


Sekian
Saya sudahi dengan ayat yang sepatutnya saya tulis setiap kali sebelum ini

Alhamdulillah dengan ilmu yang diberi.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya 


No comments:

Post a Comment