Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 20 November 2014

Perubahan Cuti Saya (dan plan IVF anda)



Bismillahirrahmanirrahim

Cuti sekolah semakin hampir.
Seperti biasa, saya juga akan 'bercuti sekolah' demi menyertai 'family getaways' dan menemani anak di rumah sempena  menghormati 'mother-daughter bonding sessions'.
Atas sebab-sebab peribadi, cuti saya hujung tahun ini ada sedikit perubahan berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Cuti-cuti saya:
29.11.2014 - 07.12.2014 : 9 hari
12.12.2014 -14.12.2014 : 3 hari
25.12.2014 - 04.01.2015 : 11 hari

.
.
.

Maka;

Kepada yang akan menjalani rawatan IVF pada bulan Disember,

'Cycle programming' akan dilakukan dalam bulan November sekarang.
Suntikan pertama akan bermula dalam minggu pertama Disember.
'Monitoring' akan bermula 08.12.2014
Prosedur OPU pula dijangka akan dilakukan sama ada pada :

- minggu kedua 10.12.2014 (atau 11 atau jika terpaksa, 12hb November) atau
- minggu ketiga 17.12.2014 (atau 18 atau 19 Disember)

dan prosedur ET pula akan dilakukan 5 hari selepas OPU.

Sila hubungi saya secara email DAN (bukan atau) whatsapp dan kemukakan penyataan serta pertanyaan seperti yang saya telah beritahu/tuliskan. Saya akan membalas cuma kelewatan beberapa jam memandangkan ada perbezaan waktu. Soala-soalan lain mungkin tidak akan dijawab melainkan perlu.

.
.
.

Anda masih boleh menjalani IVF Disember ini sekiranya anda dijangka didatangi haid sebelum atau pada 6 Disember.

Selepas tarikh itu, anda perlu menunggu sehingga haid pada atau selepas 24.12.2014 untuk memulakan suntikan pertama pada hari yang ditetapkan.

Ini bermakna, sekiranya haid anda jatuh pada mana-mana tarikh di antara 07.12.2014 sehingga 23.12.2013, 'cycle' IVF tersebut akan ditunda kepada bulan berikutnya, kecuali dalam kes-kes tertentu yang dijangka hanya menjalani OPU kemudian embryo feezing dan Frozen Embryo Transfer (FET) pada bulan kemudian.

.
.
.

Sefaham saya, IVF Januari 2015 dan mungkin juga Februari 2015 masih menggunakan pakej tahun ini. Sila hubungi pihak hospital (PHKL) untuk kepastian dan pendaftaran, nombor telefon sama seperti yang tertera dalam brosur Forum IVF pada post terdahulu.

.
.
.

Bagi yang ingin menjalani IVF pada Januari 2015;

- Sekiranya anda belum pernah diperiksa oleh saya, 'appointment' pertama adalah pada sekitar Day-12 (dikira dari Day-1 haid bermula) iaitu di antara Day-10 sehingga Day-13 atau Day-14 mengikut kesesuaian hari anda dan saya, dalam masa 3 bulan sebelum menjalani IVF.

- Sekiranya anda telah diperiksa pada hari sedemikian, maka appointment berikutnya pada sekitar Day-18 iaitu di antara Day-16 sehingga Day-20 Disember ini. 

- Jika kurang pasti, anda masih boleh bertanyakan pembantu klinik saya menggunakan talian pada sebelah kanan blogpage ini.



Selamat bercuti dan menikmati suasana kurang kesesakan jalanraya !



No comments:

Post a Comment