Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 5 November 2014

Panduan Pemakanan Sewaktu Menjalani Rawatan Kesuburan






Penat menjawab soalan ini apabila ditanya satu persatu siang dan malam kerana terdapat beribu-ribu jenis makanan yang ada..….


"Doktor, boleh tak saya makan ni?"

"Maaf doktor, saya bertanya lagi, boleh tak saya makan ni?"

"Salam doktor, ada orang kata jangan makan (sekian, sekian), betul ke kena elakkan?"

"Saya ada baca yang …….. tak boleh diambil , betul ke?"

.
.
.

Perlu difahami, nombor telefon bimbit saya hanya diberikan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan IVF bagi mereka untuk terus menghubungi saya sekiranya mengalami kemungkinan komplikasi OHSS atau pendarahan dalam masa 24-48 jam selepas OPU. Tiada caj dikenakan (sebenarnya belum ada caj konsultasi pun dikenakan setakat ini ke atas mereka yang lain)

.
.
.

Itu sahaja.

.
.
.

Sekiranya terdapat permasalahan lain, bolehlah hubungi pembantu klinik saya, atau menunggu sehingga temujanji klinik akan datang, atau jika perlu, anda masih boleh 'whatsapp' saya atau pergi ke mana-mana klinik berhampiran. Saya masih tetap akan membalas apabila perlu. Jika saya tak membalas, faham-faham sahajalah. Tidak perlu menghantar soalan lagi dan lagi.

.
.
.




Secara prinsipnya :

1. Makanlah makanan yang segar dan berkhasiat dan dalam komposisi yang betul seperti di dalam piramid makanan (boleh rujuk mengenai 'piramid makanan' atau beli buku yang ada dikeluarkan oleh penulis tempatan mengenai kalori dalam jenis-jenis makanan yang lazim terdapat di Malaysia)

2. Ada yang suka percaya bulat-bulat dengan apa yang diberitahu oleh 'doktor google' , ada pula yang dipengaruhi oleh apa yang dipesan oleh rakan-rakan atau 'orang tua-tua'. 

Pendapat saya senang sahaja :

Sekiranya apa yang dilarang itu tidak membebankan eg "jangan makan nenas atau tapai", eloklah dielakkan.
Sekiranya apa yang disuruh makan itu mudah dicari dan anda pula gemari "makanan sayur dan buah-buahan segar", eloklah diikuti.
Maka…..tak salah nak ikut pesanan mereka asalkan (saya ulangi) tidak membebankan dan berbunyi 'logik'.

Hormati orang tua-tua. Lagipun mereka ini lebih lama makan garam daripada kita. Mereka menasihati mengikut pemerhatian mereka. Mungkin betul, mungkin juga tidak.

Anda yang juga dah pernah merasa garam (walaupun tak sebanyak mereka), masih boleh membuat pertimbangan dan keputusan sendiri.

Yang mudah dielakkan, elakkanlah. Tak kempunan kan?

Kalau mereka pesan 'jangan makan nasi' , anda masih nak kena patuhi juga?

.
.
.

Belum ada kajian perubatan yang mengatakan sesuatu makanan itu mengurangkan peluang kehamilan.
Dahulu saya ada menulis mengenai pengambilan makanan yang mengandungi banyah bahan anti-oksida. Ini elok untuk kesuburan. Saya juga memberi contoh jenis makanan yang mudah didapati di pasaraya tempatan, malah murah pula.

3. Kesederhanaan. Moderation.
Islam sangat menggalakkan kesederhanaan.
Janganlah terlalu taksub dengan sesuatu makanan.
Makanan bukanlah Tuhan.



Mujurlah setakat ini, belum lagi ada yang bertanya ;

"Doktor, perlu ke saya pindah ke kampung saya dan berulang-alik sepanjang rawatan ni sebab di KL ni banyak pencemaran udara?"

Takkan saya nak jawab;

"Pakai topeng gas boleh juga"


Sekian.

1 comment:

  1. Thanks doc for the info.
    Part yang akhir tu memang lawak. :D

    ReplyDelete