Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 25 November 2014

Gred Embrio Tak Cantik ?

(Laptop saya dah baik, yes!)



Bismillahirrahmanirrahim.


'Entry' ini bertujuan meredakan kerisauan mereka yang diberitahu 'gred embrio kurang cantik'.

.
.
.

Saya beri contoh terkini.

Usianya baru 29 tahun (muda lagi pun....saya dah Form 3 baru emak dia bersalinkan dia)
Tempoh perkahwinan 5 tahun (September 2009)

Pernah dapatkan rawatan kesuburan di KL juga, sebelum ini.
Pernah cuba ubat makan bercampur suntikan FSH
Apabila beliau berjumpa saya pada 15.08.2014, beliau terus kata 'nak buat IVF'

Scan - ada fibroid kecil bersaiz 2.5cm jenis subserosal ie tak ganggu ruang tengah rahim, tak kacau IVF.
HSG - tak ada masalah
September, saya nak cuba plan IUI dengan ubat makan ditambah suntikan FSH, ada respon pada kantung telur tetapi endometrium pula nipis.
Selepas itu, beliau nekad nak buat IVF.

Oktober, bermulalah fasa 'cycle programming'
AMH dan AFC pun rendah (walaupun usianya masih muda), saya tambah dos suntikan FSH menjadi 2 kali ganda
2400 IU (jumlah keseluruhan unit dos suntikan FSH beliau)
OPU 12.11.2014 dapat 6 telur : 5 MII dan 1 MI
Embriologis whatsapp : "all eggs with vacuol (lompang kosong di dalamnya)'
Embriologis pun buat ICSI pada 5 MII tersebut : 4 jadi embrio


Pada Day-5 beliau disuruh standby untuk ET.
Tetapi pagi itu, embriologis 'checked' embrio dan kata 'still at morula stage'
Saya pun kata 'postpone to tomorrow'
ET terpaksa ditangguhkan kepada keesokannya Day-6.
Daripada 17.11.2014 ditunda kepada 18.11.2014 (terima kasih kepada pihak OT yang kerugian membatalkan slot 17hb dan kelam kabut mencari 1 slot 18hb untuk kami)




Pada hari ke-6 baru 2 embrio jadi blastocyst, masih belum mula hatching pun. Gred embrio blastocyst pun tak lah yang paling cantik : hanya 3BB dan 2BC. Saiz juga berbeza (lihat gambar di atas).


1 lagi embrio masih tahap morula (lewat 2 hari) - apabila dikultur sehingga keesokannya masih morula juga - maka dibuang
1 lagi embrio masih tahap Day-3 (lewat 3 hari) - dibuang juga

Hari ini BhCG 60 IU/L

Saya bagitau pada dia yang saya akan bercuti minggu hadapan, hanya boleh check semula pada 8hb Disember sahaja. Lambat lagi tu.

'kalau tak percaya, minggu depan buat UPT sebab minggu ni baru 4 minggu'

Dia jawab;

'Saya dah buat pun'

.
.
.

Laa.....cepatnya.....

.
.
.

Maka Puan-puan,
Janganlah putus harapan bila diberitahu embrio tak cantik.
Grading hanyalah berdasarkan penilaian 'mata' manusia sahaja.
Memang ada embrio yang cantik tapi tak menjadi, ada embrio yang kurang cantik tetapi 'pregnant' pula.



Teringat pula kisah 'miracle baby' yang diberi nama Maryam Uzara (binti sekian sekian), tujuh telur (5 MII, 1 GV dan 1 abnormal). Buat ICSI pada 5 MII, hanya 3 sahaja fertilized. Daripada 3 embrio, hanya satu sahaja yang terus membahagi/membesar sementara 2 lagi 'arrested development'. Dengan hanya satu embrio, kami membuat keputusan untuk 'push' teruskan kultur sehingga Day 5. Jadi blastocyst pun. Gred embrio blastocyst memanglah cantik (3AA), 'pregnant', dah bersalin pun 10 Ogos tahun ini. Percaya atau tidak, Maryam dah mula angkat kepala, pusing badan dan meniarap pada usia 20 hari! Masuk usianya sebulan, dah mula bising mulut. Sehinggakan doktor kanak-kanak beliau terpegun dengan perkembangan Maryam yang begitu cepat, bukan sahaja pada pergerakan tetapi pada kecerdikan juga. Sehinggakan pihak media di negara bapanya bekerja ingin membuat rakaman eksklusif aktiviti Maryam Uzara ini. 

.
.
.

Semua ini kuasa Dia.

Sekarang sewaktu ET, saya tambah bacaan.
Biasanya apabila tiub (embryo catheter) yang mengandungi embrio telah berada di dalam ruang rahim pada point yang saya kehendaki, saya akan bagitahu pesakit;

"Sekarang kita nak masukkan embrio. Baca Bismillah sama-sama ya"

Kami akan baca Bismillahirrahmanirrahim bersama-sama, barulah embriologis tekan picagari yang bersambung pada tiub yang mengandungi embrio itu sementara saya menjaga posisi penghujung tiub dan jururawat pula memegang 'probe' scan.


Sekarang, selepas baca Bismillahirrahmanirrahim, saya akan tambah pula dengan bacaan  'La haula wa la quwwata illa billah' sambil hati ini tunduk menyedari apa makna bacaan itu.
(bersama doa lain tetapi di dalam hati sahaja dan dalam bahasa Melayu, pesakit saya juga ada yang kumat-kamit membaca doa/bacaan sendiri)

.
.
.

Bukannya niat saya nak tunjuk alim pun.
Tetapi itulah sebenarnya yang kita semua patut buat pun.
Dulu-dulu dahulu kala, saya malu, kadang-kadang janggal nak ucapkan 'InsyaAllah' apabila beritahu pada pesakit;

"OK, next appointment .... (sekian haribulan), insyaAllah"

Malu jika dianggap nak tunjuk 'alim' sedangkan penampilan pakaian dahulu tidak sebegitu. 
Tetapi apabila difikirkan semula, memang kita ini beragama.
Memang tuntutan untuk kita mengucapkan insyaAllah pada setiap kali sedemikian.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu : "sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi" , kecuali (dengan menyebut) "Insya Allah" (terjemahan al-Kahfi 18-23-24...)

Sekarang, dah tak janggal dah.
Cuma, sebab dahulu tak biasa, sekarang asyik lupa sahaja.
Banyak kadang, pesakit yang ingatkan, mereka yang sambung ayat saya dengan "insyaAllah"
Ehehe (haaa...malu), terima kasih kerana mengingatkan.

.
.
.

Hampir setiap kali selepas mengetahu keputusan pesakit hamil, saya akan whatsapp embriologis saya untuk ucapkan tahniah.

Kerja kami doktor-doktor ni tak menjadi kalau embriologis tak bagus.

Pada pendapat saya, 2 faktor lebih utama daripada doktor dalam kejayaan IVF:

Pertama - QC IVF lab itu sendiri (kalau lebih >80% kes embrio berjaya dikultur sehingga tahap blastocyst atau Day 5 tu dah kira sememangnya kualiti terjaga)

Kedua - embriologis (tak kira sama ada telur MII cantik atau tidak, fertilization rate mengunakan ICSI sepatutnya >70%. Kalau saya bagi dia 10 telur MII, sepatutnya 7 atau lebih akan jadi embrio keesokannya. IVF tak kira ya, setakat campurkan telur dengan sperma sahaja)

Ketiga - barulah doktor. IVF bukan seperti bidang lain dalam gynae. IVF kena 'fine-tune' kerana setiap pesakit menggunakan 'approach' tersendiri dan bukannya ada 2 jenis pendekatan sahaja, ada 'baaaaaanyak' dan ini tiada dalam buku teks.

Keempat - pesakit sendiri

Kalau tak menjadi, bukanlah salah embriologis, lebih-lebih lagi jika embriologis tu cekap dan kualiti penjagaan IVF lab baik. Mungkin ubat tak cukup, mungkin faktor umur pesakit, mungkin belum ada rezeki sahaja.



Update Transporter 2 : scan semalam, dah nak masuk 13 minggu dah. Selepas ini dah boleh pindah ke doktor lain.

Update Transporter 3 : ingatkan satu kantung, rupanya scan semalam nampak lagi satu (cuma yang lagi satu ni belum nampak yolk sac). Beliau terpaksa berehat di hospital sejak Jumaat lepas kerana ada pendarahan, mujurlah kini dah berhenti.


Alhamdulillah.

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. entry Dr. Benar2 menjawab persoalan member group ttc.. topik yang kami baru je bincangkan smlm..

    ReplyDelete