Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 18 October 2014

Slot Temujanji

Sekarang handphone pun dah ditayangkan waktu. Marilah kita tepati waktu. 
Masa itu jauh lebih mahal daripada handphone ataupun jam tangan kita.



SLOT TEMUJANJI

Saya ingin cuba sekali lagi.
Ini untuk mengurangkan waktu menunggu yang didapati mengambil masa sehingga 4 jam!
Semuanya kerana tiada slot tetap.
Semuanya disebabkan oleh sistem 'first-come-first-serve'



Hmmm...sebenarnya.....



Telah ku cuba kaedah menetapkan slot sebelum ini beberapa kali, tetapi tidak berjaya kerana :

1. Yang tak jadi nak datang tak call untuk beritahu atau hanya beritahu pada pagi hari tersebut. (hmm.....apa nak buat dengan mereka ini?)
Maka, slot tersebut 'kosong' dan saya hanya duduk menunggu kerana pesakit seterusnya belum datang lagi. Di beberapa negara lain, sekiranya pesakit tak datang, mereka tetap dicaj kerana telah menggunakan masa yang boleh diberikan kepada orang lain.

2. Yang datang lewat kerana kesesakan trafik dsb
Yang ini memanglah masalah besar. Di Hamburg dahulu, tiada masalah ini. Kebanyakan pesakit menggunakan pengangkutan awam yang memanglah menepati masa. Maka di bilik menunggu, pada sesuatu masa hanyalah ada 0-2 pasangan sahaja yang menunggu giliran, tidaklah macam sampai berderet-deret di luar pintu klinik saya.

3. Yang datang 'just on time' sedangkan waktu tambahan pendaftaran juga mengambil masa.
Maka silalah luangkan masa 15 minit awal untuk pendaftaran atau mungkin awal lagi sekiranya anda menggunakan GL dan menjangka ada kelewatan kelulusan.

4. Yang datang awal tetapi ada masalah 'parking full' dan terpaksa berpusing-pusing mencari tempat sehingga sejam!
Harap-harapnya apabila bangunan baru telah siap dan boleh digunakan, masalah parking ini akan selesai.

5. Yang datang lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.
Yang ini kenalah faham, kalau ada masa, saya akan tengok awal. Kalau tak, tunggulah ya

6. Yang 'walk-in'
Yang ini pun sama. Selepas kesemua yang telah ada appointment datang, barulah giliran anda pula. Atau, anda bolehlah bertukar kepada doktor pakar lain yang ada kekosongan masa ataupun ke Bahagian Kecemasan di tingkat bawah berhampiran lobi.


Maka, setelah gagal menggunakan waktu temujanji, saya pun asyik kembali menggunakan sistem 'first-come-first-served'.

Ambil nombor giliran,
Daftar
Tunggu.

.
.
.

Kesannya;
Ada yang datang seawal 6.30am semata-mata untuk mendapatkan nombor awal.
Apabila saya masuk kerja pada pukul 8am (kadang-kadang awal 7.30 dan kadang-kadang lewat 8.30am), nombor dah mencapai 2 digit.
Sebenarnya waktu mula bekerja staf kaunter pendaftaran adalah pukul 8.30am kerana klinik sebenarnya bermula pukul 9am. Tetapi bagi yang biasa datang awal dah faham, saya akan tengok dahulu pesakit kerana saya juga datang lebih awal, kemudian barulah mendaftar di kaunter. Saya ada nurse baru dan nurse saya sekarang datang kerja awal. Selalunya staf kaunter pendaftaran pun datang lebih awal.


Saya bukannya robot bionik.
Paling cepat saya boleh tengok ialah 12 minit, biasanya 15-20 minit.
Ada yang merasakan sekejap sahaja, cuba guna stopwatch, heheh.
Apa pun, asalkan saya tahu apa yang saya nak periksa/cari dan saya buat apa yang saya perlu buat.
Pesakit masuk, tanya sikit-sikit, pesakit baring, periksa/scan, kembali ke kerusi, bincang, tulis nota, tulis preskripsi/borang ubat/slip kemasukan wad/pembedahan.
Ini kalau follow-up.
Maknanya hanya 3-4 orang sahaja dalam sejam.
Sekitar 20 orang dalam sesi pagi sehingga pukul 1.30pm, kalau non-stop.

Kalau 'new case' biasanya mengambil masa 30 minit atau lebih.

Camno?

.
.
.

Maka demi untuk mengurangkan waktu menunggu, saya akan buat semula sistem waktu tetapi kali ini diubahsuai dan dikumpulkan kepada slot yang lebih besar.

1. 8.30am-11am (kena buat pendaftaran 7.30-9.30am)
2. 11am-1pm (pendaftaran 9.30am-11.30am)
3. 1pm-2pm (pendaftaran 11.30am-12.30noon)

Walaupun mungkin tidak tepat waktunya, setidak-tidaknya waktu menunggu tidaklah terlalu lama. 

Harap-harapnya kali ini ia berjaya.
Harap-harapnya janganlah kesemua datang pada akhir waktu pendaftaran pula.

Kalau berjaya, mungkin selepas itu, boleh bertukar sepenuhnya kepada 'on a time basis'.



Ada cadangan yang lebih baik?



p/s
Peringatan untuk diri sendiri (Ouch!): Kuatkan hati untuk bangun sepertiga akhir malam, jangan membazir masa dengan tidur lama kerana kita boleh tidur sepuas hati apabila mati nanti. 

3 comments:

  1. Oh..sudah terjawab mengapa di tempat saya pun first come first serve dan kena tunggu lama..begini rupanya masalahnya..tq dr

    ReplyDelete
  2. Jom same2 kita kuatkan hati utk berjaga sepertiga akhir mlm.��������

    ReplyDelete
  3. Ok doc. Nanti itorg bg feedback appointment scheduling baru tu mcm mana ye.

    ReplyDelete