Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 3 October 2014

(selingan) Salam dari Makkah

(Baca dulu disclaimer ni: post ini bukanlah bertujuan mengajar tetapi mengulangi apa yang saya faham. Jika salah, silalah betulkan)

.
.
.

Esok; Jumaat 3hb Oktober 2014, kami akan wukuf di Arafah.
Kalendar Arab Saudi awal sehari tahun ini.


Bagi mereka yang belum tahu, wukuf adalah 'highlight' atau kemuncak haji seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Al-hajju 'arafah"
Inilah waktu yang ditunggu-tunggu para jemaah kerana peluang keemasan yang tidak ada pada hari lain.

Satu-satunya hari di mana Allah turun ke langit paling bawah pada siang hari bersama-sama para malaikatNya untuk menyaksikan mereka yang datang berwukuf dan memberi pengampunan kepada mereka sehingga mereka pulang bersih daripada dosa seperti keadaan bayi baru dilahirkan. (selain wukuf, Allah juga turun ke langit terbawah pada setiap malam waktu se-pertiga akhir)

Selain itu, jika orang yang berwukuf itu memohon diampunkan dosa-dosa orang yang lain yang tidak datang berwukuf, Allah juga akan mengampunkan dosa mereka.

Kita mestilah bersangka baik dengan perkara ini. Sekiranya kita sangsi sama ada Allah akan mengampunkan atau tidak; serta sama ada Allah akan memakbulkan atau tidak, maka ini tidak disukai Allah dan mungkin akan dibalikkan kekurangan/dosa tersebut kepada kita berlipat ganda.

.
.
.

Saya baru dapat seorang lagi Cikgu baru.
Beliaulah guru pembimbing haji kami.
Seronok bercampur 'saspen' jadi anak murid semula ni.
Seronok sebab dapat kawan-kawan baru yang kebanyakannya orang Kelantan kerana ibu pejabatnya di Kelantan. Hmm....balik haji ni saya dah pandai sedikit cakap loghat Kelantan.
'Saspen' sebab biasalah, dah jadi anak murid ni mesti kena tanya soalan.
Bila kena jawab soalan, mulalah buka mulut sedikit sahaja sebab tak yakin dengan jawapan yang asyik salah pun. Perlahan je suara ni keluar :))



Inilah guru pembimbing haji kami - Ustaz Haji Dr Abdul Basit bin Haji Abdul Rahman. Muka dia je nampak serius, tetapi Ustaz ni lawak juga orangnya. Di Makkah, beliau masih mengadakan perjumpaan/sesi ulangkaji.

Di sebelahnya kiri gambar pula, Cikgu lama saya. Dia pun sekarang dah dapat gelaran tambahan selain Cikgu, Prof, Jeonha dan bla bla bla.
Sekarang saya pun panggil dia Ustaz
Kadang-kadang saya bergurau panggil dia 'U-staz U-start U-stop'
Kejap lagi nak kena minta maaf ni.



Cikgu baru saya ini lebih dikenali sebagai Abu Anas Madani. Ada yang memanggil beliau Ustaz Basit, ada juga yang memanggilnya Dr Basit. Bila membaca latar belakang pendidikan beliau, baru ku sedar bukan calang-calang orangnya.
Beliau ada menulis buku2 mengenai Makkah dan Madinah.
Beliau juga penulis blog.
Antara post saintifik blog yang menarik hati saya adalah mengenai ini Proses Kejadian dan Peniupan Roh
Memang berguna untuk kami memahami apabila membahaskan dengan pesakit-pesakit mengenai isu pengguguran kandungan (ya, sehingga tahun lepas, masih ada pasangan suami isteri yang datang kepada saya meminta menggugurkan kandungan atas alasan 'tak bersedia'.....dan mereka menggunakan alasan tempoh kandungan tersebut)


Cikgu baru saya ini memberi panduan menggunakan peluang keemasan tersebut dalam sebuah ayat ringkas tetapi sungguh memberi kesan yang mendalam:

300 minit 
S.A.H.A.J.A. 
(waktu afdal berdoa sewaktu wukuf : antara Zuhur dan Maghrib, selepas itu jamaah dibawa ke Muzdalifah)

Mintalah apa sahaja, akan dimakbulkan.

Haaaaa? Apa sahaja?
Bayangkan eg. kalau pihak istana membuat tawaran hadiah percuma kepada sesiapa sahaja yang datang serta pengampunan kepada pesalah-pesalah yang datang......

Maka bayangkan berapa helai teks doa yang saya dan saya pasti jemaah lain juga sediakan.
Doa teks buatan sendiri, copy-paste doa orang lain, doa dari ayat2 al-Quran, doa dari hadith....
Cukup ke 300 minit tu?
Kalau 1 minit 1 doa, 300 minit baru 300 doa.

Dan Ustaz ini pun memberi panduan menyediakan doa-doa.

Seperti yang saya nyatakan dahulu, mulia sungguh pekerjaan guru ini.

They teach.
They lead.
They inspire.
Amazing!


Banyak benda yang nak di-explored mengenai sejarah Mekah, Madinah serta keajaiban telaga Zam-zam.
By knowing, we want to know more


Maka;
Pohon doakan saya sempat membaca kesemua doa-doa yang telah saya sediakan untuk wukuf esok. 
Juga doakan kami semua jemaah selamat di sini, keluarga kami terpelihara di Malaysia serta kami selamat pulang dengan mendapat haji mabrur.
Aamiiiiin.


Ada lebih 100 mukasurat bertaip saiz 8 kertas A4 untuk diri sendiri dan keluarga.

Termasuk doa diampunkan segala dosa dahulu dan akan datang, sengaja dan tidak sengaja, kecil dan besar bagi saya sendiri, keluarga, guru-guru, kak Faudziah, rakan-rakan, pesakit-pesakit dan mereka yang saya kenali serta bebas siksaan kubur, masuk syurga tanpa dihisab dan tidak ke neraka walaupun sesaat.

Termasuk juga doa cemerlang semua A di dalam peperiksaan pt3 bagi My Clone bersama kesemua rakan sekolahnya, sepupunya, serta anak kawan-kawan saya serta doa supaya soalan tidak bocor dan tidak perlu 'resit exam'.

Termasuk doa kesemua pesakit-pesakit saya diizinkanNya berjaya dalam rawatan dalam masa setahun mencuba tanpa sebarang komplikasi.

Juga termasuk doa-doa rahsia (heheh) yang hanya diketahuiNya.
Bergenang airmata apabila mengenangkan saat esok hendak membentangkan pengakuan ke atas dosa-dosa selama ini yang saya sendiri malu nak ucap.

.
.
.

Terima kasih banyak-banyak Ustaz, kerana telah membuka mata saya akan banyaknya ilmu agama yang saya belum ketahui.
Dengan Ustaz ni, saya ada perasaan sedikit cemburu kerana dia berpeluang berwukuf setiap tahun.
Wow!
Bayangkan 'kekayaan' dan anugerah yang beliau perolehi......
Saya rasa macam nak jadi mutawifah haji (mutawif perempuan) sambilan pula.
Maklumlah, bukan senang nak mendapat giliran menunaikan haji walaupun menggunakan pakej.
Kami juga membuat rayuan.



Maka;
Kepada yang belum menunaikan haji;


Silalah mendaftar untuk haji kerana jika diikutkan bermula pendaftaran, tahun giliran anda berpuluh tahun lagi.

6 langkah (seperti rukun haji dan wajib haji pun 6 perkara)
1. Buka akaun Tabung Haji
2. Buat pendaftaran haji dengan Tabung Haji (perlu ada baki minima RM1300 di dalam akaun), kemudian barulah anda diberikan slip yang memberitahu 'tahun giliran haji' anda
3. Buat rayuan
4. Berdoa agar segera dijemputNya ke sini dan yakinlah dengan pilihanNya tahun bilakah kita dapat ke sana.
5. Kumpul duit sehingga mencukupi sama ada untuk muassasah ataupun pakej.
6. Sediakan teks doa wukuf dari sekarang yang dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah, selawat ke atas Nabi, ucapan Alhamdulillah (jangan tunggu nak dapat baru nak berterimakasih dengan Allah). Kemudian buat 'rehearsal timing' cukup tak 300 minit. Nak mengadap Sultan pun kena beradab, inikan pula nak mengadap Pemelihara kita yang Maha Pengasih, Maha Pengampun lagi Maha Pemberi.



(Panduan menyediakan doa : sekiranya berdoa untuk keduniaan eg ingin mendapatkan cahayamata, jangan lupa akhirilah dengan untuk akhirat ie 'Ya Allah Maha Mengasihani, kurniakanlah hamba cahayamata dan jadikanlah dia anak yang soleh/solehah' atau 'Ya Allah Maha Pemurah, limpahkanlah lagi rezeki hamba agar hamba dapat membantu lebih ramai lagi di jalanMu'.


....Maka di antara manusia ada orang yang berdoa : "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia" dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. (sebahagian ayat 200 al-Baqarah)

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa : "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitunganNya (al-Baqarah 201-202)

Semoga apa yang kita usahakan dan doakan itu cepat dikabulkan.


Yang sama penting ialah membaca dan menghadiri ceramah berkaitan haji
1. Barulah kita menyedari apa tujuan kita berada di sana
2. Sejarah berkaitan setiap rukun dan wajib haji
3. Persediaan
4. Tips (banyak ada di blog2)


Ustaz Basit juga berkali-kali memberi peringatan kepada kami untuk tidak melakukan 3 perkara apabila telah berniat ihram haji sehinggalah tahallul thani :
1. berbual-bual mengenai seks atau melakukan seks
2. berbuat fasik
3. berbantah-bantahan mengenai sesuatu perkara termasuk perkara ibadat walaupun kita merasa di pihak yang benar. Contohnya di sana umat Islam datang dari perbagai negara dan kita saksikan ada variasi dalam ibadat solat. Begitu juga jangan berbantah di antara kita dan jamaah haji Malaysia yang lain.

Larangan ini ada di dalam surah al-Baqarah 2:sebahagian ayat 197

".....barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh rafas, berbuat fasik dan berbantah-bantahan semasa mengerjakan haji....."

.
.
.

Saya juga menyokong pendapat bahawa yang sangat penting sekiranya memilih pakej haji, perkara yang teratas dalam senarai keutamaan adalahlah 'SIAPAKAH GURUNYA/pembimbing haji itu' kerana biarlah ilmu yang disampaikan memberi kesan berterusan sehingga selepas kita selesai haji, ajaran yang bukan sahaja berkait dengan manasik haji, tetapi juga ilmu serta kesedaran yang menggerakkan hati untuk kita sendiri pula kemudiannya terus mendalami ilmu tersebut;  bukannya 'hotel manakah' atau 'khemah manakah' atau 'berapakah kosnya' kerana yang lain-lain itu lebih kurang sama sahaja dan hanyalah besifat 'secondary'. (Pening agaknya Ustaz Basit apabila menjawab soalan/kemusykilan kami sewaktu tazkirah dan juga di dalam group whatsapp. Itu belum lagi apabila bertanya semula apa yang diajar semalamnya sebab dah lupa. Tetapi beliau masih melayan pertanyaan kami.)


Hmmm...haji.....
Bertahun menunggu dan mengirim doa mereka yang ber-umrah atau berhaji untuk kami dijemput, tetapi asyik kecewa sebelum ini, akhirnya tahun ini kami berada di Makkah.
Tahun di mana wukufnya hari Jumaat.
A blessing.
Alhamdulillah.


Sekian sahaja ulangkaji untuk diri sendiri (doakan ya)






4 comments:

  1. Smg mendapat haji yang mabrur doc...amin...

    ReplyDelete
  2. Semoga semua jemaah mendapat haji mabrur dan semua selamat pergi dan balik ke tanah air.
    Terima kasih Dr doakan pesakit2 Dr.

    ReplyDelete
  3. Dr Hajah Adilah & Dr Haji Hatta
    Semoga memperolehi haji mabrur.

    seronok bersama dengan dua pasangan hebat ketika di Arafah dan Mina.

    yang dipanggil ustaz walaupun bukan ustaz.

    ReplyDelete