Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 9 September 2014

Forum IVF 13 September (Sabtu)




Semacam je kan?
Perhatikan 'kebocoran' pada pukul 4. Sebenarnya dalam tu dah kosong dah. Yang tinggal hanyalah kelongsong embrio ie ZP (Zona Pellucida).





Habis tu, mana perginya blastocyst?

.
.
.


Haaa.....inilah blastocyst yang dah 'completely hatched' keluar dari ZP.
Saya baru masukkannya (ET) Khamis minggu lepas (4hb), frozen ET (beliau keguguran 'missed miscarriage' selepas fresh ET November lepas). Lusa (11hb) dah boleh tahu keputusan.
Lepas ET, embrio ni hanya tinggal nak 'implanted' sahaja.



Kepada yang nak bertanya;


"Kenapa tak dijadikan embrio terus boleh 'implanted'?
Kenapa nak buat ada kelongsong ZP?"

Inilah jawapannya;
Ada sebabnya mengapa embrio dijadikan sedemikian rupa. Kalau secara alami (natural), embrio terbentuk pada kawasan berhampiran penghujung dalam tiub falopian. Kemudian barulah embrio 'ditolak' perlahan-lahan selama kira-kira 4-5 hari sebelum ia sampai ke dalam ruang rahim.

Bayangkan kalau embrio dah 'hatched' sewaktu di dalam tiub falopian.....
.
.
.
Embrio akan mudah terlekat pada permukaan dalam tiub falopian.
Maka kelongsong ZP menjadikan bentuk embrio supaya bulat, senang ditolak dan sukar melekat pada permukaan dalam tiub falopian.




1 comment:

  1. Alhamdulillah.. syukur... Semoga kandungan kali ni selamat sampai melahirkan.. terima kasih banyak2 Dr..

    ReplyDelete