Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 19 September 2014

Saya Bercuti Lagi

Kali ini sebulan tempohnya, dah lama tak cuti selama ini (sebenarnya tak pernah pun cuti selama ini semenjak saya mula bekerja).



Dulu-dulu, aruah datuk & nenek saya pergi haji naik kapal laut. Ustaz yang mengajar kami kursus haji cerita; masa dia kecil-kecil dulu, dia pernah ikut bapanya yang merupakan guru agama mengajar haji menaiki kapal laut. 15 hari perjalanan pergi dan 15 hari perjalanan balik. Dalam masa 15 hari itulah, kursus haji disambung ajar, kiranya ada kelas di dalam kapal. Sekarang, 8 jam dah sampai, syukur.

.
.
.
.
.

Berbalik kepada pengumuman cuti saya;
Saya akan masuk klinik semula pada 20hb Oktober.
Sepanjang tempoh itu, Dr Idora Mohamed dan Dr Paul Ng akan 'cover' saya. Mereka berdua lebih senior daripada saya, janganlah risau. 

Mereka yang baru sahaja disahkan hamil selepas IVF, sila sambung SEMUA ubat yang sedang digunakan kecuali multivitamin (bolehlah ditukar kepada multivitamin prenatal).

Mereka yang akan memasuki 13 minggu kehamilan, ikut arahan yang telah saya beritahu. Ada ubat yang boleh dihentikan pada minggu ke-10, ada pula yang perlu diteruskan sehingga minggu ke-13. Malah bagi yang lebih berisiko keguguran, ada ubat yang perlu disambung sehingga minggu ke-16. Apa pun, jika anda terlupa atau keliru, tidak salah jika anda menyambung kesemua ubat tersebut sehingga minggu ke-16, cuma ia akan kelihatan sebagai pembaziran sahaja.

.
.
.
.
.

Blog akan ber-hibernasi sehingga saya pulang ke tanahair.
Begitu juga dengan talian hp, besar kemungkinan kali ini saya tidak akan membalas pertanyaan.



Kali ini pun, saya cuma sempat nak update 3 kes terakhir yang saya tulis sebelum ini.

Ingat cerita mengenai  On Call (July 2014) ?
Baru-baru ini beliau telah bersedia untuk FET.
Saya masukkan 1 embrio (hatching blastocyst) 



7 hari selepas itu, ujian BhCG mengesahkan beliau hamil.

.
.
.
.
.

Ingat lagi kisah yang ini? Hatching Blastocyst July 2014
Ingat kisah dia yang tidak hamil walaupun embrionya cantik?
Kali ini dia menjalani FET.
Saya masukkan 2 embrio (blastocyst)


Beliau juga hamil. Sebenarnya ini ujian kedua selepas seminggu, itulah sebabnya paras hormon BhCG beliau lebih tinggi berbanding kisah di atas. Scan dah nampak satu kantung.





Terima kasih di atas ucapan selamat yang diterima sewaktu di klinik dan juga di alam siber. 
Terima kasih juga di atas pemberian telekung (kaya telekung saya bulan ini), makanan untuk dibawa ke sana, kuih segar dan kuih frozen untuk dimakan di sini, bunga-bunga (harum bilik klinik saya), beg, buku-buku dan skrip doa/bacaan. 
Saya akan mendoakan diberikan yang baik-baik untuk anda semua.


Ada juga pesakit-pesakit saya yang akan ke Tanah Suci; mereka ke sana pada 14hb, 21hb dan 28hb. 
Esok kami pula akan berlepas, insyaAllah.
Doakan kami semua jamaah selamat pergi dan selamat pulang serta haji mabrur.
Aamiiiiiin
Alhamdulillah.






7 comments:

  1. selamat menunaikan ibadah haji dan beroleh haji mabrur Dr.

    ReplyDelete
  2. Selamat menunaikan haji Dr. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadat dan mendapat haji yang mabrur. Dr. Dah bantu ramai pesakit2 Dr. Hanya Allah yang mampu membalas.. semoga urusan Dr. Dan Prof. Dipermudahkan sepanjang berada di Tanah Suci.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Semoga doc mendapat haji yang mabrur.. Selamat pergi dan pulang. Aaminn.. :))

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dokter..... semoga dipermudahkan urusan ibadah disana.

    ReplyDelete
  5. selamat pergi dan kembali dr.. moga Allah permudahkan..Amin

    ReplyDelete
  6. Selamat menunaikan ibadah haji doktor. Selamat pergi & selamat pulang.. Amin.. :)

    ReplyDelete
  7. Selamat menunaikan ibadah haji doktor. Selamat pergi & selamat pulang.. Amin.

    ReplyDelete