Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 7 August 2014

Forum IVF Sabtu 9hb Ogos



Forum IVF di PHKL datang lagi.



Seperti biasa :

- Sila beri perhatian kepada waktu forum bermula (8.30 am waktu Malaysia ya). Jalanraya masih belum sesak, parking lot di PHKL pun masih belum penuh.

- Yang belum sempat sarapan, makanan ada disediakan.

- Tidak lama (ceramah sekitar 30 minit sahaja, diikuti 30 minit soal-jawab bersama saya sebelum sesi diambilalih oleh embriologis saya). Setakat ini, belum ada peserta yang tidur sewaktu sesi ceramah :))

- Bilangan peserta/pasangan adalah terhad untuk memaksimakan tumpuan penceramah (saya lah tu) terhadap peserta :)

- Topik hanya berkisar kepada IVF (atau ICSI) sahaja

- Maka memandangkan bilangan terhad, ia digalakkan kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjt mengenai IVF atau yang merancang untuk menjalani IVF di mana sahaja (tidak semestinya di PHKL)

- Tiada komitmen atau ikatan untuk mendesak/memaksa anda mendaftar program IVF di PHKL.



Jika pada sesi yang lepas; peserta wanita diberikan 'hadiah' boucer ujian darah AMH (Anti Mullerian Hormone) dan vitamin D yang bernilai lebih RM500 secara percuma, kali ini saya tidak pasti pula apa hadiahnya.




My latest addition to blastocyst pregnancy.
Ingat lagi cerita dalam post lepas mengenai kes FET Julai ? link di sini
Saya gunakan protokol kedua FET ubat makan dan suntikan antagonist
Saya masukkan 2 blastocyst pada bulan puasa baru ini sebelum saya bercuti. 'Luteal phase support' ditambah jenis ubatnya memandangkan beliau ada PCOS dan dijangka lebih berisiko mengalami 'threatened miscarriage'.
Hari pertama klinik dibuka selepas cuti raya 4hb Ogos - scan menunjukkan kandungan kembar 2.



Ini pula scan pesakit yang menjalani OPU-ET Julai seperti yang diceritakan dalam post lepas Julai 2014. Memang satu sahaja. Lega......




Kepada yang tidak sempat menghadiri forum IVF ini, isi forum bolehlah diringkaskan kepada ayat di bawah......



Day5/Day6 BLASTOCYST TRANSFER

- consistently >50% pregnancy rate (inclusive of ALL OPU-ET patients)
- the way forward at PHKL (leaving Day2/Day3 Embryo Transfer in history) ....




1 comment:

  1. Salam doc. Sorry to post this question at ur blog. But i have a query. Since my lucrin depot injection in april, u said that i ll be getting my period end of august or early sept (if tak pregnant) so now is mid sept n still x period (n pregnant).. shld i go to your clinic and asap or shld i just wait for the period to come? Thanks doc n sorry again for barging in here.

    ReplyDelete