Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 1 July 2014

Rancang IVF Anda Tahun Ini - Jadual Cuti Saya (dengan pembetulan bulan Ogos)

Ada orang yang pernah komplen "Doktor asyik cuti je tahun ni, saya asyik kena postpone je follow-up dengan doktor". Ada yang merungut susah nak jadualkan rawatan kesuburan sebab asyik miss cycle tu.

Hmm... secara kebetulan memang tahun ini saya banyak mengambil cuti.
Mac : cuti belajar IVF seminggu
April : cuti atas sebab peribadi :)
May/June : cuti sekolah anak 2 minggu



Atas permintaan pesakit-peaskit yang merancang untuk membuat IVF, maka kali ini saya senaraikan jadual cuti saya pada tahun ini:



25 Julai - 3 Ogos : cuti raya

22 Ogos - 24 Ogos : cuti menghadiri seminar infertiliti

25 September - 14 Oktober (atau mungkin hingga 19 Oktober) : cuti menunaikan Haji, insyaAllah.

15 Disember - buka sekolah Januari 2015 : cuti rehat/sekolah




Kepada yang ingin menjalani IVF:



1. Bulan Julai ini tidak digalakkan kepada yang beragama Islam kecuali yang menggunakan 'frozen sperm'. Walaupun ada permintaan menggunakan 'fresh sperm' tanpa si suami perlu membayar puasa 2 bulan berturut-turut atas alasan musafir, pada pendapat saya yang kurang alim ini, eloklah dielakkan kerana ia boleh bersifat helah. Biarlah kita buat dalam keadaan dan waktu yang sesuai.


2. Bulan Ogos (pembetulan) - no problem asalkan prosedur OPU dan ET bukan dalam minggu cuti hari raya. Untuk memulakan suntikan rangsangan pada minggu cuti raya tiada masalah. 

Ini bermakna jika haid anda bermula pada mana-mana hari di antara 12 - 27 hb JULAI, terpaksalah ditunda ke haid bulan berikutnya pula. Selepas itu ie 28 JULAI dan seterusnya, anda bolehlah memasuki jadual IVF cycle bulan Julai (tetapi prosedur OPU dalam awal bulan Ogos).


3. Bulan September - terhad kepada yang haidnya dijangka bermula selewat-lewatnya 5hb. Sekiranya haid bermula 6hb dan selepasnya pula, terpaksa ditunda kepada bulan berikutnya.


4. Bulan Oktober - mereka yang haidnya bermula seawal 5hb boleh memasuki cyce IVF ini. Perancangan ubat-ubatan akan diberitahu lebih awal supaya anda tidaklah perlu menghubungi saya sewaktu 5-14hb nanti. Walaupun ada kemudahan wifi/whatsapp, saya pohon tidak dihubungi. Jangan risau, plan rawatan mudah sahaja difahami.


5. Bulan November - no problem


6. Bulan Disember - hanya menunggu hari OPU dan ET sahaja bagi mereka yang telahpun memulakan suntikan IVF pada penghujung November. Hanya pada penghujung bulan, jika haid bermula seawal 28hb Disember, bolehlah mulakan rawatan IVF cycle itu.



Menara Komtar yang 'dicondongkan'. Seronok juga menaiki beca selepas 10 malam di Pulau Pinang. Macam-macam boleh tengok dalam hampir sejam di kawasan bandar yang hampir lengang. Sebenarnya kami nak naik beca balik ke hotel selepas dinner tetapi pengayuh beca tu yang offer bawa kami berjalan-jalan, itu yang jadi satu jam.




Baru-baru ini pada 16 dan 17 Jun, saya ke Pulau Pinang menemani Cikgu (bukan panggilan sebenar) memberi 'talk' dalam seminar Colposcopy. Saya kurang berminat bab ini (sebab kurang pandai dan belum ada kerajinan nak menambah kepandaian dalam bab kanser gynae), maka kamera saya hanya di-zoom-kan kepada penceramah itu, bukannya kepada apa yang diajar.



Barisan konsultan gynae-oncologists Malaysia yang dijemput memberikan 'talk'. Mujurlah ada wakil doktor perempuan, kebanyakan pakar kanser sakitpuan ini doktor lelaki. Ada dua orang itu kawan se-batch saya sewaktu undergrad di UKM dahulu, pandai-pandai kawan-kawan saya ni - Dr Jamil Omar (KL) dan Dr Zamzida Yusuf (Ipoh).


Sebenarnya selepas graduasi tahun 1995, kami tidak bersua muka sehinggalah pada hari itu, selepas 19 tahun! Dr Zamzida ini dahulunya 'budak' MRSM Terendak, wakil sekolah English debater, jangan main-main. Walaupun beliau telah memasuki 'private practice' di Ipoh, beliau masih rajin melibatkan diri dalam aktiviti 'educational' ni. Tabik saya kat dia.



Memang tak boleh mengelat. Gi Penang pun nampak ni kat pintu lift Hospital Penang. 

Err...dah mula bersenam secara berkala?

Ouch! Ouch! Ouch!






4 comments:

  1. Thanks for the info doc... bleh la i plan my work as well... i'll see u in Nov, inshaAllah... And semoga Allah permudahkan for ur hajj... Amin... (ilna)

    ReplyDelete
  2. Salam doktor. Tq bagi info. Selamat berpuasa. Saya dah day 26 cycle. Mungkin lagi 2 ke 3 hari lagi dah boleh call Ida. :)

    ReplyDelete
  3. Salam doc...Selamat menunaikan ibadah haji... semoga doc selamat pergi & selamat pulang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiiiin. Trima kasih atas doa :)

      Delete