Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 18 July 2014

Perjalanan Balik Kampung Beraya




Puasa hanya tinggal 9 hari sahaja lagi. 
Saya juga bercuti raya selama 10 hari.
Hanya ada sedikit pesanan kepada kaum wanita.

.
.
.

Bagi mereka yang berkenderaan pulang ke kampung berhariraya; berhati-hatilah.


Yang baru sahaja disahkan hamil dan masih dalam trimester pertama (3 bulan pertama kandungan), jaga-jaga. Jangan kerja lasak atau mengemas sana-sini. Kalau tak larat (maklumlah, waktu ini morning sickness kerap melanda), jangan ralat untuk berbuka puasa. Yang telah menjalani rawatan kesuburan dan masih dalam rawatan 'luteal phase support' , jangan lupa bawa balik ubat tu. Tidak semua hospital menjual ubat tersebut.


Yang dah masuk trimester kedua (bulan 4-6)
Inilah waktu kehamilan yang paling seronok dan menyenangkan. Selera makan bertambah, morning sickness dah hilang dan kandungan masih belum memboyot lagi. Selamat menjamu selera hari raya. Namun, waktu ini tekanan darah lazimnya menjadi lebih rendah daripada biasa. Maka, jangan berdiri lama-lama, nanti mudah pitam.


Yang sedang hamil trimester ketiga (bulan 7-9)
Saiz kandungan dah makin membesar. Tak payahlah pakai kasut bertumit tinggi. Tulang belakang kita pun dah makin 'melentik' (lordosis) untuk mengimbangi kandungan di hadapan, kalau tidak pasti kita terjatuh ke hadapan. Kemungkinan nak terbersalin 'premature' masih rendah namun masih mungkin. Tetapi eloklah bersedia dengan sepersalinan kelengkapan bayi dan anda.


Yang tengah sarat menunggu hari bersalin
Jangan lupa bawa balik buku antenatal tu. Kalau tak ada, pohon doktor tuliskan 'summary' keadaan kehamilan anda, laporan tumbesaran kandungan dll. Tidaklah doktor yang merawat anda nanti kecoh nak dapatkan informasi. Bawa sepersalinan pakaian bayi yang siap dikemas di dalam beg. Begitu juga denga sepersalinan pakaian anda.

Kepada suami, tambahlah sedikit ilmu 'bidan terjun'. Manalah tahu kalau-kalau terpaksa menjadi bidan sewaktu kesesakan di jalanraya nanti. Ambil tahu di manakah hospital terdekat berhampiran exit PLUS dll. Siapkan 2 botol 'air kosong', tali riben bersih (untuk ikat tali pusat), kain batik, alas/lapik getah/plastik, 2 tuala (untik membalut bayi dan untuk ibu) dan lain-lain. Jangan lupa cas bateri handhone.



Yang baru bersalin dan 'dipaksa' berpantang, bertabahlah :))
Tengok sahajalah orang lain makan ketupat rendang (tapi saya dulu bersalinkan anak 5 Syawal dan tak berpantang pun). Apa-apapun, janganlah sedih sangat tak dapat makan segala. Cuti anda kan lama. Orang lain seminggu sahaja dah kena bekerja semula kan.
Jangan lupa 'fully breasfeed baby' ya.
Err.....selamat membayar puasa nanti.


Untuk kesemua di atas (tanpa mengira usia kandungan
Jaga hidrasi badan. Ingatlah, risiko pembentukan darah beku dalam salurdarah (DVT dan pulmonary embolism) boleh berlaku dari awal kehamilan sehinggalah 6 minggu selepas bersalin. Rajin-rajinlah lakukan senaman kaki, meminum air mencukupi dan pakailah stokin TED untuk kelancaran aliran darah. Juga, sewaktu perjalanan, eloklah berhenti di R&R setiap kira-kira 1-2 jam untuk anda keluar dari kereta dan berjalan-jalan bagi menggerakkan otot kaki anda. Jarang yang bertanya hal berkereta ini walaupun sebenarnya risiko ini sama sahaja sama ada anda menaiki kereta, bas mahupun kapalterbang melebihi 4 jam perjalanan.

Pakailah talipinggang keledar. Cara pemakaian juga perlu betul. Pastikan tali atas lalu di bahu kiri anda (jika anda penumpang hadapan) kemudian di antara dua payudara dan kemudiannya di bawah payudara kanan. Tali pinggang bawah pula lalu di bahagian bawah abdomen. Biarlah kawasan rahim 'bebas' dari laluan tersebut kerana kuasa sentapan apabila kemalangan boleh memungkinkan berlakunya 'abruptio placenta'. Yang lebih utama, ingatkan pemandu di sebelah agar memandu cermat dan dengan sabar serta jangan lupa baca doa sebelum memulakan perjalanan.


Yang masih berusaha untuk hamil
Teruskan usaha dan doa terutama di 10 malam terakhir Ramadhan ini. Saya akan turut doakan anda apabila di Masjidilharam nanti dan juga jika ada lebih masa sewaktu berdoa di Arafah nanti, insyaAllah. 


Akhir sekali
Yang dah ada anak-anak, tak kiralah sama ada sekarang sedang hamil lagi ataupun tidak, jangan lupa 'headcount' ahli keluarga. Bawa semua anak-anak balik sekali, nanti 'home alone' pula :))


Psssst...
Bila dah habis bercuti, jangan lupa kembali ke rumah untuk bekerja (bagi yang bekerja). Janganlan EL atau datang jumpa saya minta MC tanpa sakit ya.




Klinik saya ditutup dari 25hb Julai sehinggalah 3hb Ogos. 
Yang dah masuk list rawatan IVF Ogos ini, jangan lupa hubungi saya seperti arahan ya.


Hmmm....post ini sungguh berbunyi negatif. Asyik 'jangan' sahaja.......


.
.
.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
(hehe, belum raya lagi pun)



 Meet our family.

Ini selfie kami. Jangan salah sangka, yang paling comel berbaju merah itulah yang sulung dalam keluarga ini. Ikut susunan dari kiri ke kanan - usia mereka mengikut tahun kelahiran adalah 21, 19, 16 dan 15. The two young men are taller than me. Yang di hadapan dan di tengah-tengah sepasang tu pula berusia 49 dan 44, dah dapat pangkat datuk dan nenek saudara pun. 



Kami tak berbelanja sakan untuk beraya. Saya selalunya pakai baju kerja sahaja untuk beraya. Cikgu saya pula akan pakai baju raya tahun-tahun sebelumnya. My Clone biasanya akan pakai baju prep malam sekolah asrama dia. Tak pernah pun sedondon, banyak kadang tema warna kami 'caca merba'. Inilah gambar raya yang paling sopan (kecuali saya pula yang buat hal, saja nak bagi Cikgu saya perasan yang saya angau kat dia).



Dalam kebanyakan gambar yang lain, anak-anak memang akan buat perangai. Kadang-kadang, 'bapak' mereka juga joined buat perangai.





7 comments:

  1. Salam ramadan Doc n Slmt Hari Raya Aidilfitri utk Doc sekeluarga....Seronok tgk gmbr selfie family doc...hihi..
    #azuraida#

    ReplyDelete
  2. Meriahnyer... Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Dr..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya to you and your family members. Have a safe and relax journey back home :)

    ReplyDelete
  4. Haha cutenya gambar dr n famili...Sy la tu antara yg kene ganti posa..haha

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Doc .. such long list of do's and dont's .. that really shows how much you care for each and every patient of yours... MasyaAllah such a beautiful family .. Semoga sentiasa di rahmati Allah SWT .. Ameen . I pray tht i get to visit u one of these days and become ur patient ... InsyaAllah ..

    ReplyDelete