Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 5 July 2014

On Call

Di PHKL, ultrasound yang digunakan untuk OPU dilengkapi dengan sistem doppler. Sama seperti di klinik saya. Boleh lihat kedudukan salurdarah utama dan boleh juga lihhat sekiranya ada pendarahan aktif selepas OPU. Tetapi mungkin sukar sekiranya ada slow bleeding seperti pesakit ini.




Dah lama tak 'on-call'.
Dah lama tak buat kes emergency.
Begitulah damainya kehidupan saya kini selama beberapa tahun tidak mengambil kes bersalin...

.
.
.

Sehinggalah pada malam ini.

Akan ku ingat tarikh keramat 4 Julai walaupun daku bukan warganegara USA.

.
.
.

Seperti mana-mana prosedur, OPU juga mempunyai risiko tersendiri.


Berlainan dengan operation lain, prosedur OPU dilakukan berpandukan imej ultrasound dan tidakmenggunakan sebarang 'energy' untuk 'membakar' atau mematikan pendarahan. Maka ada risiko 'internal bleeding' hasil tusukan jarum OPU itu pada :

- dinding faraj (tempat terawal ditusuk)
- permukaan ovari (selepas menembusi dinding faraj, jarum OPU dijangka memasuki ovari untuk 'menyedut' telur)
- atau mengenai tempat lain eg salur darah pelvis berhampiran



Dalam kebanyakan kes, pendarahan dari lubang tusukan jarum berhenti sendirinya kerana tubuh kita mempunyai sistem pembekuan darah.
Lagipun jarum OPU bukanlah besar sangat.


Tetapi;


Dalam segelintir kes, pendarahan lambat berhenti atau langsung tidak berhenti sehingga menyebabkan kehilangan darah kerana ia memasuki ruang abdomen (intra-peritoneum).




Itulah pentingnya 'monitoring'.
Itulah pentingnya 'clinical assessment'
Dibantu dengan ujian-ujian tertentu

Rupanya terdapat internal bleeding dari dalam ovari kiri dan 'pecah' ke luar melalui permukaan salah satu folikel telur.

.
.
.

Mujurlah dilakukan close monitoring. Walaupun 'vital signs' stabil dari selepas OPU, saya masih order - 'hourly observation' bukannya 4-hourly seperti monitoring lazim. Walaupun pada asalnya stabil dan walaupun 4 jam setelah itu masih stabil.


Mujurlah perubahan yang dikesan pada monitoring dilaporkan terus.


Mujurlah tindakan diambil segera.

Kebetulan saya berada tidak sampai 10 minit dari hospital pada waktu itu (dan trafik kawasan dalam Bukit Pantai memang tak sesak)

Walaupun pesakit mengatakan beliau berasa OK dan ingin balik sebab beliau tak suka nak tidur kat hospital

"Kalau ada apa-apa, saya datang hospital".

Saya membantah dan menasihati agar dilakukan 'diagnostic laparoscopy' atas 'suspicion - internal bleeding'.


Mujurlah suami beliau berjaya memujuk beliau.


Mujurlah beliau terus bersetuju selepas itu.


Mujurlah di PHKL, 'emergency' memang 'emergency' hampir macam ER dalam TV tu.


Dalam masa setengah jam, all help needed was availabie.
- bekalan darah tersedia
- OT team ready
- pembedahan pun berjalan lancar.


Sangkaanku benar belaka.


Internal bleeding.
Berpunca daripada satu 'point' pada permukaan ovari kiri.
Rupanya terdapat internal bleeding dari dalam ovari kiri dan 'pecah' ke luar melalui permukaan salah satu folikel telur.
Slow dripping of blood, macam kehamilan ektopik, dah beberapa jam baru nampak perubahan pada 'monitoring'.
Organ/kawasan lain - 'clear'


Mujurlah pendarahannya dari satu lubang itu sahaja.
Kerana walaupun slow bleeding kalau dibiarkan sampai keesokannya boleh menjadi lebih banyak tu.



Mujurlah dilakukan pembedahan laparoskopi dan dikeluarkan darah yang terkumpul dan dihentikan pendarahan itu.


Mujurlah tak susah nak buat laparoskopi pada dia.
Sekali masuk jarum gas.
Alat-alat pembedahan berfungsi baik.
Assisting nurses senior dan terlatih.


Mujurlah tak perlu 'buka besar'.



.
.
.

Apa pun;

Kena muhasabah diri.

Dan kena banyak-banyak bersyukur...

A humbling experience.


and a strong reminder that doctors are not God.





Pengajarannya;

1. Mesti faham akan risiko apa-apa pun. Walaupun peratusannya rendah (ini kes pertama seumur hidup saya membuat IVF), tetapi 'there is always a first time' dan 'the risk is there, however little'. Bila dah faham, kita akan berjaga-jaga. Biarlah orang kata kita ni terlebih-lebih pula, asalkan ia dikesan awal. 


2. Mesti monitor. Kedua-dua pihak. Di wad, nurse boleh tolong doktor monitor. Di rumah, saya ajar pesakit mengira denyutan nadi setiap jam sehingga keesokan harinya 

" Kira kadar denyutan nadi pada tangan. Dalam satu minit, mesti antara 70-80 sahaja. Kalau lebih 90/minit, mesti call saya. Dan selepas tu, mesti kira setiap 15 minit atau terus datang ke hospital bila saya suruh, jangan lengah. Jangan tunggu sehingga lebih 100/minit baru nak telefon"

dan saya tambah;

"Kalau tak pasti macamana nak kira, minta suami letakkan telinga pada dada you dan kira bilangan degupan jantung dalam satu minit. Pun kena buat setiap jam"

dan saya tambah;

"Kalau sampai esok (24 jam selepas OPU) semuanya OK, maknanya OK lah tu. Sebab apa-apa emergency bleeding akan dikesan dalam masa 24 jam ni"

Ayat saya ni dah boleh direkod dan dimainkan semula sebab sama sahaja untuk setiap pesakit IVF.


3. (bagi saya) Ikut gerak hati. Selalu double-check. Mujurlah saya terus ke hospital walaupun diberitahu sebelum itu 'monitoring' pesakit semuanya 'cantik'. Bukan tak percaya kat orang lain (di OT, semua assisting nurses maklum yang saya akan 'clean and drape' pesakit sendiri kerana ini langkah pertama mencegah jangkitan kuman), tetapi .....mungkin ada sedikit OCD di dalam diri.


4. Kalau terpaksa dilakukan langkah seterusnya eg 'diagnostic laparoscopy' ini, haruslah redha. Walaupun ini bermakna kos keseluruhan meningkat (kerana ia tidak termasuk dalam pakej) tetapi keselamatan mesti diutamakan. Jangan pula ralat sekiranya sewaktu 'diagnostic laparoscopy' tu tak jumpa apa-apa pendarahan pun. Kadang-kadang kita boleh salah jangka - ingatkan ada bleeding rupanya tak ada. Tetapi, setidak-tidaknya kita tahu dengan pasti bahawa tiada komplikasi dalaman. Better to err on diagnostic laparoscopy, I'll know for sure whether I am right or wrong.

Ingatlah;

Pendarahan dalaman tidak keluar ke faraj. Ia akan terus berkumpul di dalam.

Bayangkan kalau saya biarkan sahaja sehingga keesokan hari...




Having had blood transfusion and the bleeding stopped / secured, she'll recover. But, most likely her embryos will be frozen and kept for later usage. Not this time. Please pray that there are good embryos and that her frozen embryo transfer results in pregnancy.



Err.... terima kasih kepada Cikgu yang menjadi 'drebar' dan penenang, (knowing a better surgeon than me was around). Pertama kali kami berbuka di hospital - air sejuk dan buah-buahan (boleh kurus kalau tiap-tiap hari macam ni). Balik rumah terus pulun makan nasi.





2 comments:

  1. Thanks for sharing doktor.
    Kalau macam ni saya nak duduk wad lah lepas OPU :)

    ReplyDelete
  2. pengalaman berharga tu dokor..
    thanks for sharing =)

    ReplyDelete