Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 24 July 2014

Ketabahan Seorang Ibu untuk Menjadi Ibu Kepada Seorang Lagi



Ingat lagi post saya mengenai Kembar (05.05.2014) ?
Seperti dijangkakan, Sarah bersalin awal pada usia kandungan 36 minggu, secara pembedahan Caesarean. Bayi-bayi mereka kena masuk 'asrama' (wad neonatal) selama sebulan dan baru sahaja keluar minggu lepas. Yang sulung - Ahmad Yassir. Belum nampak lagi seiras muka adik-adik perempuan Yassir, mereka berdua kan kembar seiras. Bersama pasangan ini di dalam gambar adalah 'Pak Bidan' mereka (macam ku kenal je Pak Bidan tu - bukan panggilan sebenar). Kalaulah Pak Bidan tu bawa balik seorang yang didukungnya, boleh jadi anak kami :)
2 orang masuk dalam 'baby stroller', seorang lagi didukung (dah lama tak ke kedai bayi, tapi saya rasa tak de yang jual stroller untuk 3 babies)

Kalau tahun lepas raya berdua, tahun ini raya berlima!

.
.
.


Hari ini hari terakhir bekerja sebelum saya bercuti Hari Raya.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling rileks bagi saya. Maklumlah, rawatan kesuburan bagi yang beragama Islam terhad kepada yang bukan IUI dan bukan IVF/ICSI.

Ada tetapi saya tak galakkan.
Kerana ada sedikit rumit dan tambah perbelanjaan.


Kerja saya pun tak sesibuk biasa.


Secara perbandinga;
Pada bulan Jun, walaupun saya bercuti setengah bulan, ada 10 pesakit yang dijadualkan menjalani rawatan IVF/ICSI.
- ada 7 pesakit kes OPU yang sampai ke peringkat ET. Kesemuanya saya masukkan 2 embrio setiap seorang. 4 orang daripadanya disahkan hamil secara ultrasound (3 telah diceritakan dalam post 'Hatching Blastocyst' . Seorang lagi berusia 28 tahun - masalah tiub falopian). Baki 3 daripadanya pula tidak hamil dan 2 akan menjalani prosedur FET selepas ini manakala seorang lagi tidak mempunyai lebihan embrio beku.
- ada 2 pesakit kes lagi saya terpaksa hentikan separuh jalan proses rangsangan setalah tidak memperolehi respon yang dikehendaki terhadap ubat suntikan FSH (kedua-duanya berusia 40 tahun dengan paras AMH yang rendah). Tak buat OPU pun.
- ada 1 pesakit kes hanya setakat OPU sahaja kerana tiada telur diperolehi (beliau terlupa mengambil suntikan 'triggering' lewat sehari dan suntikan antagonist pula telah dihentikan. Setelah diberi pilihan, membuat keputusan untuk meneruskan OPU) ...... Peringatan kepada yang lain, suntikan mesti ikut waktu dan hari yang dijadualkan.

Maka secara pengiraan :
10 kes permulaan : 7 menjalani OPU-ET, 1 menjalani OPU sahaja, 2 hanya sempat menjalani suntikan rangsangan sahaja
4 pesakit hamil

Jadi dalam bulan Jun lepas;
'Biochemical pregnancy rate' pesakit saya boleh diolah dan dinyatakan dalam beberapa kaedah, antaranya;
: 4/10 cycle started (40% per cycle started)
: 4/9 OPU (44.4% per OPU)
: 4/7 ET (57.1% per ET)

'Clinical pregnancy rate' juga sama kerana kesemua 4 kes kehamilan itu telah disahkan secara ultrasound kemudiannya.

FYI, di PHKL kami menggunakan kaedah pengiraan PREGNANCY RATE PER ET kerana ia turut memasukkan/menggambarkan kualiti IVF lab dalam melakukan ICSI dan Embryo Culture. (di PHKL, sejak tahun 2013 kesemua telur M II dilakukan ICSI. 100% ICSI)

.
.
.



Pada bulan Julai ini pula, walaupun saya tidak bercuti kecuali cuti raya, hanya ada 3 kes ART sahaja.

- seorang sahaja yang menjalani OPU-ET. Beliau disahkan hamil.
- seorang lagi hanya menjalani OPU sahaja kerana saya minta embriologis beku-simpan embrionya memandangkan komplikasi yang beliau alami On Call (post 05.07.2014). FET dijadualkan dalam 1-2 bulan lagi mengikut kesesuaian/kesediaan beliau.
- seorang menjalani FET (OPU beliau dalam bulan Mei 2014 dan ET ditangguhkan untuk mengelakkan risiko OHSS maka kesemua embrionya dibekukan). Beliau juga disahkan hamil.



Kali ini saya ingin bercerita mengenai seorang itu yang menjalani OPU-ET bulan ini.

Kerana ia sungguh menggambarkan kekentalan hati seorang ibu untuk bergelar ibu sekali lagi.

.
.
.

Usianya 33 tahun.
Telah mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, hasil FET blastocyst (pada waktu itu, saya masukkan 2 blastocyst pada tahun 2008 di PHKL selepas fresh IVF-ET Day-3 tidak berjaya. Saya baru sahaja 'joined' PHKL, payah juga nak yakinkan embriologis waktu itu untuk culture embrio sehingga peringkat blastocyst). Anak lelaki beliau sungguh 'handsome' sehinggakan saya menggelarnya J----n B----r :)


Untuk mendapatkan kehamilan kedua ini juga bukanlah senang, malah semakin sukar;
Usaha beliau bermula pada tahun 2011.
Usaha demi usaha IVF/ICSI.
Berkali-kali.
Bayangkan...



Feb 2011 : ICSI-fresh ET di sebuah pusat IVF berhampiran - D3 ET 8-cell embryos : tidak berjaya
Aug 2011 : FET di hospital yang sama : 8-cell embryos : tidak berjaya

Mac 2013 : ICSI di PHKL bersama saya , protokol antagonis tetapi beliau terlupa mengambil suntikan 'triggering' pada malam itu kerana tertidur (agaknya dah jadi emak ni mudah kepenatan sampai tertidur) : 9 telur kebanyakannya MI. Pada hari ke-5 embrio hanya membesar ke tahap morula, saya masukkan 2 : tidak berjaya. Tiada embrio lebihan.

Jun 2013 : ICSI bersama saya di PHKL , protokol antagonist, beliau tak lupa ubat kali ini tetapi saya pula menghadapi masalah untuk mengambil telur dari ovari kanan yang 'tinggi' akibat melekat : 5 telur. Sperma pula bermasalah. Day-5 ET (1 blastocyst dan 1 morula) : tidak berjaya. Tiada embrio lebihan.

Jul 2014 : ICSI bersama saya di PHKL, protokol antagonist tetapi saya tambah sedikit dos suntikan FSH kepada 1750 IU: 10 telur (semua matang tetapi 5 'degenerated') - 5 embrio (3 blastocyst dan 2 morula pada Day5). Saya masukkan 2 blastocyst - akhirnya beliau berjaya hamil.


OPU pada 3hb Julai. 5 daripada 10 telur beliau. Ada yang telah degenerated..... Mujur ada 5 yang elok. Apa pun penilaian kita, Dia Maha Berkuasa.



Kes ini dilakukan dalam bulan Ramadhan kan? 
So?
Macamana ambil air mani suaminya pada bulan Ramadhan ni?
Sebenarnya berdasarkan hasil ICSI Jun 2013, sebelum Ramadhan telahpun dilakukan sperm freezing, ada bayaran tambahan untuk prosedur ini.
Pada hari OPU pula, suami diminta ejakulasi di rumah pada awal pagi sebelum imsak dan diberikan bekas khas untuk menjaga suhu sperma. Jadi, tidak mengganggu puasanya. Seorang embriologi pula dengan baik hatinya masuk kerha awal untuk menunggu kedatangan air mani, seawal 6.30am. Rajin betul embriologis-embriologis saya ni.
OPU dibuat pada waktu pagi.
'Fresh sperm' pula lebih elok kualitinya daripada yang dahulu, maka frozen sperm tak digunakan.



Pagi jadual ET itu (8hb Julai), embriologis melaporkan 'very nice blastocysts'. 
Maka beliau pun dimaklumkan 'confirm ET hari ini'.



Pada tengahari itu pula, sebelum dimasukkan, beliau dibawa melihat embrio-embrionya yang hendak dimasukkan (lagi 3 embrio telah pun dibeku simpan pagi itu)

Blastocyst - baru mula hatching

Yang ini pun blastocyst - belum mula hatching tetapi cantik
 Saya masukkan dua-dua blastocyst ini.



Paras BhCG meningkat - beiau hamil! Paras progesteron juga cantik. Sebenarnya beliau telahpun membuat UPT lebih awal kerana tak sabar nak tahu (kehamilan dulu pun beliau buat perkara yang sama).



Petang tadi scan, nampak satu kantung. Baru lagi pun.
Dia sungguh lega kerana satu sahaja, bukannya dua.
Perjuangan beliau belum berakhir.
Ini kerana keadaan dalaman pevis beliau telah diketahui bermasalah sewaktu saya melakukan pembedahan laparoskopi tahun lepas.
Banyak perlekatan. 
Permukaan hadapan rahim melekat kepada dinding abdomen hadapan.
Ovari kanan juga terpusing dan melekat ke hadapan broad ligament.
Saiz badan beliau pun sungguh comel (sama dengan berat saya sewaktu sekolah rendah).
Kita sama-sama doakan agar beliau selamat melahirkan nanti.


.
.
.


Saya masih ingat dahulu saya ada menulis post mengenai pesakit yang lupa mengambil ubat.
Saya jadi 'frustrated' (read : marah, haha) kerana bimbang ia boleh menurunkan peluang kehamilan. Terasa sayang dengan duit yang dibelanjakan mereka.


Tetapi kemudiannya saya menyesal kerana apabila direnungkan, sikap 'frust' saya itu boleh menjurus kepada 'syirik'.
Bukan ubat yang menjayakan kehamilan, bukan sebab tak ambil ubat yang menggagalkan kehamilan, tetapi kuasaNya dan dengan izinNya.


Banyak petanda/ contoh telah diberikanNya.
Ada kes yang embrio nampak sungguh cantik dan semua yang lain juga elok, tapi tak pregnant juga.
Ada banyak kes yang nampak sub-optimal : ada yang telur tak cantik, ada yang sperma banyak mati, ada yang embrio ta cantik, ada yang endometrium tak cantik; tapi pregnant!



Rabbighfirli ...... wa'fu'anni

Sedarlah diri tu wahai Adilah
Berhati-hati dan sentiasa beringat


Maka apabila petang tadi beliau membuat pengakuan tambahan, tidak mengambil ubat secara arahan dalam percubaan sebelum itu, saya hanya gelak sambil memberi komen;

"Hmm.... suka hati lah you .... "



Kepada beliau,
Ketabahan anda memang sangat dikagumi.
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini :)
Ambil ubat betul-betul ya :))




Kelmarin, Pak Bidan (bukan panggilan sebenar) itu juga telah menjadi 'electrician' (juga bukan jawatan sebenar) dan menukar suasana rumah kami kepada mood raya.

10 comments:

  1. "Wahh...!! cantiknya rumah dr..pandai 'pak bidan' kami.."kata triplet..:) Selamat Raya Aidil Fitri buat Dr Adilah n Prof Hatta serta famili. Terima kasih kerana membantu utk kami raya ber 'lima'pada tahun 2014 ini. Hanya Allah yang dpt membalasnya. Sarah & Izzat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kembali. I saspen (bercampur rasa bersalah) nak tanya "berapa belanja duit diapers setiap bulan?"

    ReplyDelete
  3. Saya pernah beberapa kali gagal iui dan sekali ivf.
    Saya terkesan dgn posting Dr kali ini... ye... semuanya Allah yang menentukan...
    Terima kasih Dr kerana berkongsi.... :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Doktor.. :)
    Saya terlebih excited time tu. Sampai tersilap ubat..hehe

    ReplyDelete
  5. Tak sabar nk jumpe doc sabtu ni. & tak sabar nk dgr talk..

    ReplyDelete
  6. Belanja diapers dlm RM300 dr...Tp tetap xboleh beli kegembiraan yg diperolehi...anugerah yg tiada ternilai..;) lepas 3 thn boleh fet lg kan dr? Kui3....

    ReplyDelete
  7. Heheh.. InsyaAllah tak tidur doc :)

    ReplyDelete
  8. alamak...dah habis raya pulak...tapi apa2 pon i couldnt thank u enough doc. i ve recommended u to one of my friends. and just got to know yg dia pon baru pregnant lps few times jmp dr adilah. apa2 pon...either the mom to be or the gynae, as manusia we kita hanya boleh berusaha, the rest leave it to the Creator. he knows whats best for us. anyway i am 30 weeks pregnant and looking forward to meet my lil angel. i ll bring him to meet u someday. thanks again doc

    ReplyDelete