Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 9 July 2014

Hatching Blastocyst




Perhatikan gambar di atas. Perhatikan embrio di sebelah kanan (ada 2 sahaja embrio dan kedua-duanya blastocyst).
Ya benarrrrr!!!!!
Blastocyst di sebelah kanan itu telah menetas hampir sepenuhnya!
'Isi' blastocyst itu telah menetas keluar daripada 'kulit'nya.
Ini gambar pada monitor.



Ini pula gambar 'hatched blastocyst' yang sama tetapi gambar diambil terus dari teropong mikroskop. Isi (bulat di sebelah kanan) telah hampir keluar sepenuhnya daripada 'sarung kulit' (di sebelah kiri)


Usianya 38 tahun Ogos ini.
Kali ini beliau hamil.
Mengapa pula saya kata 'kali ini'?


Kerana


Ini adalah percubaan ICSI kali ketiga beliau.
(dengar pun mengeluh apabila mengira perbelanjaan yang dikeluarkan, belum lagi masuk apabila mengenangkan berapa puluh kali terpaksa menyuntik diri sendiri)


ICSI kali pertama tidak berjaya walaupun 'embryo grading' beliau sangat cantik.
Gred 4AA blastocyst


ICSI kali kedua pun tidak berjaya walaupun gred blastocyst sangat cantik.


Saya jadi pening kepala......

.
.
.

Pening dan buntu.

Kerana saya tak tahu nak buat macamana lagi.
Kalau percubaan pertama, mungkin boleh dkatakan 'by chance' sahaja tak jadi.
Tetapi percubaan kedua pun tak berjaya walaupun embrio cantik?

.
.
.



Beliau masih ada lagi frozen embryos.
Tetapi beliau membuat keputusan untuk menjalani 'fresh cycle' sekali lagi dan tidak menggnakan frozen embryos beliau.


Saya gunakan protokol yang sama. Protokol Antagonist.
Sebenarnya sejak awal tahun 2013, hampir 100% kes saya gunakan Protokol Antagonist.
Lebih 'convenient' untuk pesakit, lebih mudah juga untuk saya.
Embriologis pula buat ICSI pada 100% kes, bukannya IVF.
Beliau memang terlebih rajin. Bukan senang nak buat ICSI kepada kesemua telur yang matang. Ada kalanya beliau pulang rumah lewat dinihari.



Maka, apa yang bezanya kali ini?


1. Saya ubah jenis suplemen vitamin beliau.
Itupun berdasarkan 'feedback' dari pesakit-pesakit yang berjaya dan sudi berkongsi jenis suplemen vitamin yang diambil.
Beliau mengambilnya selama sebulan sebelum 'cycle' ini.

2. Rehat.
Dahulunya kali pertama, beliau pergi bekerja sehari selepas OPU.
Kali kedua, tak lah secepat itu tetapi masih asyik tak boleh duduk diam juga.
Kali ini, saya ingatkan beliau berkali-kali dan pesan suami beliau lagi untuk jadi 'pengawas' bagi pihak saya, memastikan beliau rehat.
R.e.h.a.t.

3. Atas perbincangan dengan embriologis (yang sama 'puzzled' kenapa sebelum ni pesakit ini tak berjaya), kami telah menjangka untuk lambatkan hari 'Embryo Transfer' kepada Day-6 atas sebab 'manalah tahu', nak bagi blastocyst hatched lebih lanjut lagi . Iyalah, kan saya kata kami (saya dan embriologis) belum dapat jawapan apa yang boleh diperbaiki untuk menjayakan pesakit ini hamil kali ini.

Pada Day-5, saya pesan kepada pesakit itu untuk 'stand-by'. Sekiranya embrio telah menetas, bolehlah dimasukkan pada hari tersebut. Jika tidak, jadual prosedur terpaksa ditunda kepada keesokan harinya.



Bercakap mengenai 'stand-by' dan tunda ni;
Mujurlah pihak pengurusan Bilik Pembedahan (OT - Operating Theater) memahami.
Bukan senang nak buat persediaan seperti ini.
Ini kerana kalau kena tunda, ini bermakna OT team rugi masa satu slot.
Dan bukan senang nak masukkan satu slot keesokan paginya.
Maka pihak OT akan 'spare' satu slot keesokan harinya kalau-kalau tak jadi buat pada hari yang di-booked.
Mujurlah prosedur ET sekejap sahaja; tunjukkan embrio kepada pasangan sambil penerangan dan keputusan dibuat nak masuk berapa ambil masa 5-10 minit, prosedur ET pun 10 minit termasuk, persiapan membawa pesakit masuk, membaringkan kemudian selepas ET pula membersihkan dan menurunkan pesakit mengambil masa lagi 10 minit. Semuanya in-out siap dalam masa 30 minit, sama 'timing' seperti yang diamalkan di FCH tempat saya belajar IVF dahulu.
Err... terima kasih banyak-banyak kepada pihak pengurusan OT di atas kerjasama itu.


Pada pagi Day-5,seperti biasa, embriologis memeriksa perkembangan embrio-embrio tersebut.
Memang dah ada beberapa blastocyst tetapi masih belum mula 'hatching' lagi.
Beliau menghubungi saya dan berbincang.
Kami bersepakat menunggu sehingga Day-6, tetapi waktu jamnya diubah, bimbang terlebih sehingga 'hatching process is complete', pun pening juga nak handle. Mujurlah blastocyst tersebut belum terasing sepenuhnya daripada 'kulit'. Susah embriologis nak sedut blastocyst masuk tiub sekiranya tiada 'kulit' blastocyst itu, takut mencederakan janin yang masih sangat lembut/fragile.
Embriologis memilih 2 blastocyst untuk dikultur lagi, manakala yang lain terus dibekusimpan (cryo-preserved) pada Day-5 itu juga.




Nota kaki :
Kepada pesakit-pesakit yang lain.
Jangan bimbang.
Yang di atas itu bukanlah diberikan layanan istimewa.
Anda juga.
Kepada mereka yang telah menjalani prosedur IVF/ICSI bersama saya tahun ini, plan yang di atas tetap sama.
Walaupun tarikh prosedur ET ditulis pada Day-5, tetapi tidak semestinya.
Semua dipesan untuk 'stand-by' dan telefon saya pada pukul 9 am untuk mengetahui sama ada 'confirm' buat ET atau tunda keesokannya, kerana embriologis akan memeriksa embrio tersebut pada sekitar pkul 8-8.30am.
Sekiranya pada Day-5 embrio masih belum mencapai peringkat blastocyst, prosedur ET akan ditunda sehari. Bergantung kepada gred blastocyst, mungkin akan dilanjutkan kepada keesokan harinya juga.



Pada hari yang sama, ada 3 pesakit menjalani ET. Pesakit kedua ini pun akan berusia 38 tahun September ini. Ini percubaan pertama beliau. Blastocyst ET Day-5, dah mula hatching pun. Beliau juga disahkan hamil denga ujian darah hari ini.


.
.
.



Hati saya pun menjadi teruja kerana menjangkakan pesakit ketiga juga akan hamil memandangkan profil beliau yang paling 'favourable'. Usianya juga setahun lebih muda, akan memasuki 37 tahun November ini. Ini percubaan pertama beliau.
Inilah 2 blastocyst beliau. Sangat cantik. Day-5 dah mula hatching pun blastocyst di bawah tu. Keputusannya negatif, beliau tidak hamil. Mujurlah beliau ada banyak blastocyst yang dibeku simpan (kan saya dah kata profil beliau paling favourable), mungkin saya akan masukkan 3 blastocyst pada FET akan datang. Mungkin. Beliau positif untuk teruskan pada haid akan datang. Marilah kita sama-sama doakan yang baik-baik.


Dengan kes ke-3 yang tidak menjadi (walaupun blastocyst sangat cantik), kepala saya pun jadi pening semula ......

Inilah 'challenge' dunia rawatan kesuburan. Setiap kes memang unik, tak boleh main pukul rata sahaja.

Always challenging, always exciting.

..... dan hati saya insaf semula akan sifat dan kuasa saya yang hanyalah sebagai seorang makhlukNya.

1 comment:

  1. Cangihnya.. Mencabar sungguh day 6. Tak biasa dengar. Tahniah Doktor & Embriologis!

    Macam ni saya hari ke 4 nak masuk ward dah la.. bed rest tak ada kelam kabut.. :)

    ReplyDelete