Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 25 June 2014

Mari Bersenam

BMI adalah salah satu kaedah mengetahui sama ada kita mempunyai berat badan berlebihan ataupun ideal.



Bagaimana hendak mengira BMI?

Formula BMI = (berat dalam unit kg) / (ketinggian dalam unit meter dan kemudiannya diganda-duakan)

BMI (dalam unit kg/m2)

< 19                      : underweight
19 - 24.9               : ideal
25 - 29.9               : overweight
30 - 34.9               : obese
35 dan selebihnya : morbid obesity.


Mari saya tolong kirakan berat badan ideal (dalam kg terhampir) berdasarkan ketinggian kebanyakan wanita Malaysia.

Bagi yang mempunyai :

- ketinggian 5 kaki 1 inci (155cm)     : berat badan ideal adalah di antara 46-59kg
- ketinggian 5 kaki 2 inci (157.5cm)  : berat badan ideal adalah di antara 47-61kg
- ketinggian 5 kaki 3 inci (160cm)     : berat badan ideal adalah di antara 49-63kg
- ketinggian 5 kaki 4 inci (162.5cm)  : berat badan ideal adalah di antara 50-65kg
- ketinggian 5 kaki 5 inci (165cm)     : berat badan ideal adalah di antara 52-67kg
- ketinggian 5 kaki 6 inci (167.5cm)  : berat badan ideal adalah di antara 53-69kg

Bagi yang mempunyai ketinggian selainnya, silalah kira sendiri ya.


Bagi kita yang mempunyai berat badan melebihi BMI 24.9 ini, sama ada overweight mahupun obese, bukan senang hendak menurunkan berat badan semula. Terutamanya bagi wanita yang mempunyai sindrom PCOS (makan sedikit tetapi berat cepat naik, sebaliknya bila kurangkan makan dan bersenam berat badan lambat turun berbanding rakan-rakan kita yang lain)

Tetapi tidak ada jalan yang berkesan melainkan kurangkan makanan berkarbohidrat (terutamanya gula) dan lakukan senaman secara berkala/routine.



Bagi yang pernah ke bangunan klinik (Blok B) Hospital Pantai KL ini, inilah 'muka' baru pintu lift. 

Lift kiri



Lift kanan.
Haa....tak boleh mengelak punya.



Heheh
Segan juga nak berdiri tunggu lift (sebab tangga tu ada di sebelah kanan lift ini).

Klinik saya di tingkat 4 (alasan).
Dulu-dulu rajin juga menapak naik tangga 4 tingkat. Sampai atas memanglah jantung berdegup kencang. 

Lepas tu, mula mengelat.
Naik lift sampai tingkat 3 sahaja dan kemudian gunakan tangga untuk naik setingkat sahaja.

Lepas tu, mengelat lagi.
Turun tangga sahaja. Bila nak naik ke tingkat 4, guna lift all the way up, haha.




Tetapi bila pandangan dah tak boleh dielakkan. Pusing sana sini pun, nampak 'iklan' yang sama. Maka saya pun bersemangat menghidupkan azam lama.

Yang ini pula pada pintu tangga di blok C dan D. Saya suka gunakan ini untuk ke Teater Pembedahan. Lagipun cuma satu tingkat sahaja, macam kat rumah :))


dan dalam setiap lift pun, ada 'iklan' ni.

Ouch!



Ehem-ehem.....

Puan-puan;

Marilah kita bersenam.

Jangan mengelat.

Makanan pun kena jaga.
Makanan berkarbohidrat, cuba kurangkan jadi separuh.
Kalau sebelum ini biasa makan sepinggan nasi, kurangkan jadi 'separuh' pinggan.
Kalau sebelum ini biasa makan 2 keping roti, kurangkan jadi sekeping.
Contoh sahaja.
Kalau tak boleh tahan juga nak makan banyak, mulakan dengan berhenti minum air bergula dan makanan manis.

Ya.

Jangan minum air bergula dan makanan manis.
Gula termasuk dalam kategori karbohidrat ringkas, sangat mudah untuk ia bertukar kepada lemak jika tidak digunakan/dibakar secara aktiviti fizikal.


Memang ramai yang tak suka bila dinasihati "Puan kena turunkan berat badan ni".

Susahnya nak turunkan....


Tetapi ingatlah;

Obesiti menurunkan peluang kehamilan. Berlebihan lemak badan mengatasi 10-15% sahaja didapati meningkatkan hormon estrogen dan ini mengurangkan peluang kehamilan.


Obesiti juga meningkatkan risiko keguguran.

Jika BMI kita overweight, risiko keguguran meningkat kepada 20%
Jika BMI kita obese, risiko keguguran meningkat kepada hampir 40% (38%)


MARILAH KITA BERSENAM UNTUK KESIHATAN TUBUH DAN JANTUNG.

SAYANG JANTUNG, SENAM-SENAMKAN....

Ouch lagi!



Psssst...

Peringatan ini sebenarnya untuk diri sendiri (sebab dah masuk kategori overweight, wuaaaaaa) yang kadangkala bersifat Dewan Bandaraya apabila makan dan apabila ditegur anaknya "Bila Mama nak mula diet ni?" saya pun bagi jawapan yang sama "Esok la...".


7 comments:

  1. setiap kali pergi klinik doc mesti rasa tercabar dgn gmbr2 kat pintu lift tu..this week baru ade kekuatan naik tangga..yosh! mari kita bersenam!

    ReplyDelete
  2. Salam doc...bila sy tgk blk diet utk pesakit endo lebih kurg je kan dgn diet atkins...sy igt nak start diet atkins tu la....wish me luck doc....he he ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan diet tu penting. Kalaulah ubat boleh kuruskan badan, 'mokcik' dah lama kayo :))

      Delete
  3. Sebelum ni saya underweight. Bila keguguran Dr. Mintak saya naikkan berat badan.. sebelum ni rasa susahnya. Erm. Macam mana??? Tapi saya anggap sebagai cabaran.. yang lebih nak kurangkan. Macam tu juga saya yang kurang sibuk nak naikkan.. misi saya nak dapatkan badan macam Dr. Yang sesuai dengan tinggi. (Husband geleng kepala.. huh).. Alhamdulillah. Misi bjaya walaupun x sama lg tp berat dah bertambah-tambah. Bersedia utk FET. :-).. semoga dimudahkan perjalanan kali ini dan berjaya.. Aminnn..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete