Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 26 April 2014

(selingan) Singapura : Sambil Menyelam Minum Air

Post ini ada kaitan dengan post sebelumnya (klik Port Dickson


MENGHADIRI KURSUS ANATOMI
 DAN
 MENGHAYATI SEJARAH BUKIT CHANDU





Post ini ditulis santai kerana dalam mode bersukaria melancong sambil belajar, sama seperti post (klik) Hamburg , (klik) Belanda , (klik) Strasbourg dan (klik) Strasbourg lagi dan juga (klik) Leuven 
.
.
.
errrrr, kali ini
.
.
.
Tak lah jauh sangat
.
.
.
cuma
.
.
.
seberang Tambak Johor sahaja 





Starring : saya (aka the storyteller, the travel companion, the actress and the photographer) dan dia (aka the invited course faculty member, the photographer, the actor, the tourist guide and my sponsor/financier)





Pemergian kali ini atas beberapa tujuan :


1. Menemani Cikgu saya yang dijemput menjadi fasilitator/course faculty di NUH, Singapura 


2. Menambah ilmu pengetahuan akademik. Ketua kursus yang juga sahabat se-subspecialty Cikgu saya dengan baik hatinya sudi membenarkan saya menghadiri sesi kuiz, ceramah dan amali makmal anatomi tanpa apa-apa bayaran.


3. Saya akhirnya dapat pergi ke Bukit Chandu (sebenarnya inilah sebab ke-2 trip ini aka the truest reason) . Hati merasa sangat teruja.




PERJALANAN.


Awal pagi Jumaat semalam kami ke Hospital Pantai KL dahulu kerana saya ada 2 pesakit yang perlu di-monitor. Kemudian kami menaiki teksi terus ke KLIA, tambangnya tak sampai RM70 pun, lebih jimat daripada jika menaiki teksi ke KL Sentral dan selepas itu menaiki ERL pula ke KLIA dari sana.


Hmm....baru masuk kapalterbang dah dapat 'excitement' pertama. Kabin penuh dengan pasukan dot dot dot (heheh, bagi saspen dahulu). 




Saya dapat seat 15F, sebelah tingkap di sebelah kanan. Maka dapat tengok laut/Selat Melaka sahajalah. Mula boring sebab ingatkan nak tengok Sungai Muar dari dalam kapalterbang.....




Laut.
Awan.
Sayap kapalterbang.



Laut.
Awan.
Sayap kapalterbang.

.
.
.

Tiba-tiba;


"Prof (bukan panggilan sebenar), pulau apa tu?"
Hati sudah berdebar-debar, seakan-akan sudah agak jawapannya.

Cuba tengok betul-betul di bawah awan dan di tepi sayap tu? Nampak tak ada pulau di situ?



Cikgu saya seperti biasa, tahu sahaja apa jawapannya;

"Oh! Itu sebahagian Sumatera" (setelah dialih bahasa dari BI)



"Haaaa?" 

Ini excitement ke-2!


Puan-puan dan cik-cik;
Itulah Pulau Rupat, Sumatera.
Ingat lagi post saya mengenai Tentera Darat Malaysiaklik di sini
Ingat lagi rumah api di Tanjung Tuan (Cape Rachado) yang dibina oleh British dahulu?
Ingat tak mengapa rumah api dibina di situ?
Rumah api dibina di Tanjung Tuan kerana jarak antara Pulau Rupat dengan 'Tanah Melayu' inilah yang paling sempit bagi kapal-kapal yang belayar dari utara ke Melaka Bersejarah.
Maka kapal-kapal selalu terlanggar batu-batu besar di situ. Jadi mereka membina rumah api untuk dijadikan panduan.


Ada yang menulis, kalau bernasib baik, kita boleh lihat Pulau Rupat ini dari (atas la kot?) rumah api tersebut. Saya rasa, untuk lebih bernasib baik melihat Pulau Rupat dari rumah api itu, kita perlu:


- waktu yang terang (bukan berjerebu atau berkabut)

- mata pun yang terang (bukan rabun macam saya)

- ketinggian ombak yang rendah kot? (kenalah google kalendar 'tidal wave') bila masanya (semestinya bukan waktu bulan penuh). 




Selepas itu, pemandangan menjadi 'plain' semula.
Awan.
Laut.
Sayap kapalterbang :)



Tetapi dalam jumjumatun saya ligat terfikir; agak-agaknya banyak harta karun kapal/perahu lanun tenggelam  kat kawasan laut di situ. 
Semangat saya ke Bukit Chandu semakin melonjak, kerana semuanya di bawah ini ada kaitan secara tidak langsung.



Pulau Rupat, Sumatera.
Rumah api Tanjung Tuan, Port Dickson.
Port Dickson.
Bandar kelahiran Tentera Darat Malaysia.
Leftenan Adnan Saidi.
Bukit Chandu, Singapura.




Dah nak sampai destinasi.


Bila melihat kapal-kapal, ingatan saya berpindah pula ke Pelabuhan Hamburg yang baru kami lawati bulan Mac baru-baru ini. Tidak pula terfikir nak berangan mengenai Pelabuhan Melaka zaman kegemilangannya, mungkin sebab kami dah nak mendarat.



Haa! Itulah antara pasukan dot dot dot yang saya sebut tadi. 


Mulanya saya malu nak ambil gambar terang-terangan. Tapi bila Cikgu saya beritahu apa 'post' beberapa orang dalam kumpulan itu yang beliau dapat cam muka mereka, saya pun apa lagi....


.... terus mendesak Cikgu saya untuk mengambil gambar mereka secara terang-terangan.
Siapa lagi kalau bukan Pasukan Bolasepak Kebangsaan kita! Kenal tak siapa amereka? Sempat bergambar dengan mereka ini sahaja kerana yang lain telahpun ke depan. Mereka dalam perjalanan /transit ke Filipina untuk perlawanan persahabatan. Kami sempat ucapkan;


"Have fun! Main betul-betul ya, dik"

Sebenarnya, dah pangkat anak-anak pun.



Cikgu saya pula sempat komplen;

"Tu la, saya (bukan katadiri sebenar) nak pakai t-shirt kuning belang tadi anda (bukan katadiri sebenar) tak bagi" 

Beliau memang akan selalu pakai t-shirt kuning Harimau Malaya tu apabila melancong ke luar negara. Beliau nak pakai tadi tetapi saya minta beliau pakai esok sahaja.





PENGINAPAN DI SINGAPURA


Kami diberikan penginapan di hotel yang berhampiran dengan NUH. Hanya 2 stesen MRT sahaja jaraknya. NUH mempunyai stesen MRT sendiri, betul-berul di dalam/bawah bangunan blok swasta hospital tersebut.

Memandangkan hanya 2 malam sahaja dan makanan disediakan di tempat kursus dari sarapan hinggalah ke makan malam, tak sangka pula bilik kami diberikan kemudahan apartment. Ada dapur memasak, periuk segala, microwave, toaster, washing machine + dryer, dsb.


Ini excitement ke-3!


Terus saya rasa tak nak ke mana-mana. Bila ada dapur, dah rasa macam di rumah sendiri.
Tetapi memandangkan ada undangan makan malam oleh sahabat Cikgu saya tu, hasrat untuk bersenang-lenang di bilik terpaksa dilupakan.




BUKIT CHANDU


Selepas makan tengahari, saya dan Cikgu saya pun keluar untuk ke Bukit Chandu. Beliau meng-offered saya menaiki teksi, tetapi saya menolak kerana saya nak juga ikut plan yang diberitahu dalam carian google.


Kami berjalan ke stesen Buona Vista (stesen MRT terdekat dengan hotel kami duduki) dan menaiki Circle Line ke stesen Pasir Panjang, hanya 4 stesen sahaja jaraknya.


Keluar sahaja dari MRT, kami terus nampak iklan yang terpampang besar ini!
(tak pula nampak iklan ni di stesen2 lain)


Ini excitement ke-4 !
Terasa macam dijemput2 pula datang ke Bukit Chandu ini.


Tengok dari dekat, 
Eh! Macam kenal je dia ni?


Ya benarrr!
Nama sebenarnya Aaron.
Bukan Adnan.
Bukan juga Harun :))




Tak lama lagi akan ditayangkan di teater di Singapura ini.
Mereka memang menghargai sejarah!
Tapi kita pun ada filem Bukit Kepong.




Kami pun meneruskan perjalanan.
Betul-betul dengan berjalan kaki.

Dengan bersemangatnya berjalan kaki.
Keluar stesen MRT, kena melintas jalanraya (rupanya ada eskalator naik jejantas itu tapi kami tak perasan pula) dan terus jalan lagi kira-kira 50 meter sehingga sampai ke simpang memasuki Pepys Road. Nampak papan tanda latar belakang coklat di seberang jalan Pepys itu? 
Papan tanda Reflections at Bukit Chandu (saya panggil ringkas RBC)


Kalau tak nampak, di depannya ada lagi papan tanda. Waktu melawat juga ada dinyatakan (sebab kalau naik bukit penat-penat tu, eloklah dipastikan RBC ini masih dibuka). Ini kerana bagi mereka (termasuk saya) yang tak rajin bersenam menaiki bukit), perjalanan ini mengambil masa 15 minit, 2 selekoh ,  beratus-ratus langkah berjalan dan kemudiannya menaiki anak tangga. Sempatlah menaikkan kadar degupan jantung kepada 2 kali ganda dari asal.


Yang buat saya sedikit (sebenarnya banyak juga, haha) kecewa adalah : rupa-rupanya ada jalan berkenderaan untuk ke atas bukit ini. Kalau saya tahu, sudah pasti saya terima ajakan Cikgu untuk naik teksi tadi.....



Sepanjang perjalanan berjalan kaki, hanya kami berdua sahaja. Yang lain semua naik kenderaan :))


Maka untuk memujuk dan mengalih tumpuan kepenatan, saya pun mengajak Cikgu menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita" sambil berkawat (walaupun pitching dan tempo kawat lari jauh) di samping berhenti beberapa ketika (sebenarnya alasan nak ambil nafas) untuk...


...mengambil gambar ini. Masa kecil-kecil dahulu, kami makan buah senduduk ni, habis mulut dan jari warna 'purple'.


...dan juga mengambil gambar apa sahaja termasuk pokok/rumput/semak ini. 

.
.
.




Sehinggalah kami sampai ke 




Setiba di atas bukit, barulah saya faham mengapa ia dinamakan Reflections. Memang terasa suasananya. Ala-ala di dalam hutan atau seperti berjalan di dalam kebun getah. Sunyi. Dah lama tak dengar bunyi serangga hutan. Tak sangka pula di Singapura ada kawasan sesunyi sekitar RBC ini. Saya sayu dalam persekitaran sunyi RBC, terasa seolah-olah berada di zaman perang tersebut pula....


Laluan pejalan kaki hanyalah beberapa meter sahaja, tetapi kesunyiannya sempat membuat kita membayangkan Leftenan Adnan dan membayangkan beliau serta askar-sakar lain di sini.


Kemudian kena naik tanga ini, RBC tu dah boleh dilihat dari kaki anak tanga ini.



Inilah muzium RBC. Ada lukisan Rejimen Askar Melayu berperang (oleh Hoessein Enas) di tengah dinding itu. Pintu masuk adalah dari tepi sebelah kanan.

Ini excitement ke-5 !

Ini pemandangan dari tangga masuk.

 Ada disenaraikan mereka yang terlibat diberi penghargaan.




Di sebelah kiri pula ada ini.


Kalau bukan warganegara Singapura, nak masuk muzim ini kena bayar 2 dolar sahaja.


Banyak maklumat dapat diperolehi dari RBC ini, penuh dengan cerita bersejarah mengenai perjuangan Leftenan Adnan dan Rejimen Askar Melayu sewaktu cuba mempertahankan kubu terakhir British di Singapura.


Seksyen bermula dengan sejarah mengenai penubuhan Rejimen Askar Melayu (kini dikenali sebagai Rejimen Askar Melayu Diraja). Seronok membacanya, termasuklah yang ini berbentuk pujian terhadap mereka.



...serta penghargaan betapa pentingnya kehadiran dan sumbangan mereka kepada negara. Dahulu bukannya ada peralatan canggih pun, banyak bergantung kepada kepintaran dan kecekapan mereka.



Taktik peperangan
.....antara sebab kekalahan British.....



.... dan antara sebab kemenangan Jepun, serta sebab keganasan askar Jepun menyiksa dan membunuh sesuka hati (sehingga sanggup membunuh pesakit-pesakit dan kakitangan Hospital Militari Alexandra berhampiran) .....


....ada juga haribulan harijadi Cikgu saya (dan tarikh perkahwinan kami)....



Hmm...harap-harap tiada pula yang nak kaitkan Friday the 13th pula selepas melihat gambar ini.


14 Februari 1942, tarikh kematian Leftenan Adnan dan ramai lagi askar Rejimen Askar Melayu.

Al-Fatihah.


Sehari selepas itu, British terpaksa menyerah kepada Jepun......

...dan nama Pulau Singapura ditukar kepada Syonan-To (Light of the South)...

...dan Jepun menduduki Singapura selama 3 tahun 7 bulan (kalau ambil kursus doktor pakar, dah nak graduate dah ni).

Ada tayangan video mengenai peperangan itu. Bersama kami ada 3 bas kanak-kanak sekolah yang datang melawat. Mereka ada akiviti (ada kertas menjawab kuiz pula). Tayangan ini selama beberapa minit.

Sampai pula giliran kami menonton video itu. Tajuk video menunjukkan penghargaan Singapura terhadap kegigihan Rejimen Askar Melayu mempertahankan Singapura.



Kemudian kami menonton yang ini pula. Yang ini juga disertai 'sound and light effect' yang menarik.



Ada patung Yamashita diletakkan di bawah tangga. Sungguh simbolik ia diletakkan di situ....


Di tingkat atas, ada lagi pameran barang-barang dan cerita perang ini. Ini pula bilik tayangan video lagi ke-3. S Ada headphone disediakan di bawah kerusi kotak itu. 

Tayangan inilah yang paling menyentuh hati saya. Ingatan terus melayang kepada cerita aruah nenek saya mengenai kesusahan zaman perang Jepun. Mengenai terpaksa lari ke hutan setiap kali diserang. Mengenai terpaksa memakan ubi kerana kesusahan hidup. Mengenai terpaksa menconteng muka dengan arang untuk kelihatan hodoh supaya tidak diambil oleh askar Jepun. Ini kerana tayangan bermula dengan suasana rumah kampung (ada buaian kain dan pelita dan dapur tanah) serta suara kanak-kanak bermain sambil menyanyi lagu Enjit-ejit Semut, kemudian....terus dihentam bunyi bom dan enjin kapal terbang.....imej kanak-kanak dan dewasa bertempiaran cuba menyelamatkan diri....


Terasa ketakutan mereka. Bulu roma saya asyik meremang sahaja. 

.
.
.


Ini pun simbolik mengenai nama RBC. Berupa seolah-olah perigi,

Bila jenguk ke bawah nampak ini



Rupanya hanyalah reflection pada cermin, sedangkan arca sebenar tergantung di siling ini.




LEFTENAN ADNAN SAIDI.

Jasamu dikenang. Semangatmu dikagumi.

Beliaulah yang mengetuai Kompeni C Division 1 Rejimen Askar Melayu dan menentang habis-habisan  walaupun serba kekurangan tentera dalam nisbah 1:10-12 askar serta peralatan perang dan akhirnya berlawan tanpa senjata api.




Bangunan ini dibuka pada tahun 2002 oleh Menteri Pertahanan Singapura. Baru-baru ini, Menteri Pertahanan kita pula, Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein serta Panglima Tentera Darat mengadakan lawatan penghormatan dan bacaan tahlil di RBC Bukit Chandu pada 14 Februari lepas.....



14 Februari.


Tarikh bersejarah inilah yang patut ditanam pada jiwa anak-anak kita dari usia sekolah rendah (kanak-kanak sekolah yang melawat bersama kami adalah kanak-kanak sekolah rendah) sehinggalah apabila mereka memasuki PLKN.

.
.
.


Kami pun menuruni tangga semula (sebab kami pelawat terakhir, dah nak pukul 5.30ptg)



...dan berjalan menuruni Bukit Chandu.


SESI BELAJAR/KURSUS

Excitement ke-6 !

2 orang inilah jemputan yang diterbangkan dari Malaysia. Maka gambar ini diabadikan sebagai bukti mereka ke sini bekerja, bukannya bershopping atau berjalan-jalan. Si comel di sebelah Cikgu saya itu pun bukan calang-calang orangnya. Dia ada subspecialty dalam Uro-Gynae, dah jadi Assoc Prof pun. Dia graduate UKM juga, 3 tahun junior saya. Tetapi saiznya yang XS (saiz t-shirt itu) dan rupanya yang masih muda menampakkan jurang antara kami. Semalam kami bertiga berjalan bersama sehinggakan saya beri cadangan kepada Cikgu saya;


"Prof (bukan panggilan sebenar), orang mesti ingat Pei Shan ni anak kita"

NUH atau National University Hospital ini sangatlah cantik. Dah sama seperti rupa hospital swasta di KL. Kalaulah pihak kerajaan kita nak membina hospital universiti atau kerajaan, tak perlulah ke luar negara jauh-jauh. Datang melawat ke sini dan ambil idea. Cantik di luar dan di dalam serta penggunaan kawasan/tanah yang efektif. 

Unit Perubatan Reproduktif ie unit rawatan kesuburan. Cantik. Ketua Unitnya Prof Dato' Dr Wong PC (anak kelahiran Malaysia) sesekali kami berjumpa apabila bermesyuarat TAFF (beliau juga ahli jawatankuasa TAFF)


di tingkat atas pula ditempatkan kemudahan riadah untuk staf : ruang gym, gelangang badminton berserta tempat duduk penonton seperti di stadium dan ruang luar untuk bbq disertai dengan pemandangan yang cantik.



Trainer dan trainee kursus. 


Tajuk kursus.
Saya tak join yang hands-on surgery on pigs. 
Saya dapat joined sesi ceramah dan sesi makmal - ke atas human cadaver yang telahpun di-disected dan dilabelkan. Dah lama tak masuk makmal Anatomi dan belajar menggunakan human cadaver.



Muka serius sahaja sebab lepas ni ada kuiz. Tapi tak ulangkaji buku anatomi pun sebab ingatkan setakat kuiz beramai2 macam kat Strasbourg je.


 Peserta dan pengajar dan saya juga diberikan alat ini untuk memasukkan jawapan MCQ kuiz.

Memandangkan saya bukan peserta formal, nama saya pun tiada. Inilah tag pengenalan saya.


In case you are still wondering, this gentleman is called Hatta by his Singaporean course director-friend. 

Ada markah rupanya kuiz tu. So, when his friend asked me about the quiz, I laughed and told him ;
"I hope I do not embarrass him (Hatta) with the result of the quiz"




ANATOMI


Banyak betul nak menghafal. Dari zaman medical student sehinggalah sekarang, penat asyik terlupa sahaja. Sampai kena gunakan mnemonics, tetapi kadang-kadang tak ingatpun apa makna mnemonic, hanya ingat mnemonic term sahaja. Masa sekolah menengah dulu pun ada mnemonic untuk susunan unsur Kimia (pun dah lupa dah).


Hari ini saya belajar mnemonic baru.


Susunan 3 saraf selari di pelvis (jangan ingat ada 3 sahaja saraf dipelvis, ada banyak lagi tau)

(dari lateral ke medial)
I = Ilio-inguinal Nerve
L = Lateral Cutaneous Nerve of the Thigh
G = Genito-Femoral Nerve


Kenapa I-L-G ?

Kerana menomic untuk susunan saraf tersebut ialah

I Love Gynaecology
(I Love Gynaecologist pun boleh juga, hahah)



Hmm....memang nak kena baca semula Anatomi saraf ni.


Salah seorang pensyarah adalah dari Jabatan Anatomi. Beliau membuat sendiri model ini menggunakan tanah liat. Kemudian beliau membuat video interaktif dengan menanggalkan satu demi satu kepingan struktur berwarna itu. Saya sempat berangan kalaulah anak saya nak tolong buatkan ini.



Asyik berangan ke laut je. Teringat cerita Finding Nemo pula....


Ini memang dah terpahat dari zaman undergrad. 'Bridge above the water'. Bridge = Uterine artery. Water = Ureter. Bila buat pembedahan histerektomi, laluan ini mendedahkan risiko terpotong salur kencing ureter jika tidak berhati-hati. 


.
.
.


Itu sahaja saya belajar?

Belajar ke berangan-angan?

.
.
.

Hmm....jadilah.
Daripada tak belajar langsung, haha.
Asalkan ada inspirasi untuk belajar rajin-rajin semula bila pulang ke Kuala Lumpur nanti.
Inspirasi itulah yang mengujakan.

Excitement ke-7 !

Semoga semangat ini bukan hangat-hangat **** ayam.


Sekian.

1 comment:

  1. New look Dr .. nice nice .. :) its alwiz a pleasure to read your blog . InsyaAllah I pray I get to visit you one of these days .. Ameen .

    ReplyDelete