Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 15 April 2014

Cara Mengukur Ukurlilit Pinggang

Namanya pun ukurlilit.
Nama lainnya abdominal circumference.
Maknanya, kenalah ukur sekeliling pinggang tu.


Dalam rawatan IVF atau rawatan kesuburan lain terutamanya apabila menggunakan ubat suntikan rangsangan, risiko terlebih rangsang (OHSS atau Ovarian Hyperstimulation Syndrome) memang ada.

Maka, saya akan suruh pesakit saya memantau sendiri di rumah, setiap hari (supaya tidak perlu ke hospital setiap hari).

Selepas OPU, jika perlu, pesakit saya diminta meng-whatsapp saya mengenai 4 perkara, setiap pagi sekitar pukul 9am (janganlah nak terus whatsapp awal2 sangat ya) ;

4 perkara penting.

1. Berat badan (dalam ukuran kg) - menggunakan alat penimbang yang sama
2. Ukurlilit badan separas pinggang (dalam unit cm)
3. Jumlah isipadu air diminum dalam 24 jam
4. Jumlah isipadu air kencing dalam 24 jam yang sama


Baru-baru ini saya mendapati ada pesakit yang salah membuat ukuran ukurlilit pinggang rupanya.


Hmm...


Mari saya ulang sekali lagi di sini.

Pada kertas 'OHSS monitoring' , sambil menerangkan, saya akan lukiskan gambar badan berserta 2 peha pada sebelah kanan borang tersebut.


"Beli tali tape macam nak ukur badan buat baju tu"



...dan saya akan tambah petanda 'X' pada kanan dan kiri pinggang sambil bagitau

"Buat 2 tanda pada kanan dengan kiri pinggang, kemudian ambil ukuran keliling. Tali tape tu mesti lalu ketiga-tiga petanda ni (yang kat tengah2 tu pusat)"


Keapa mesti lalu? Ini untuk mengurangkan ralat ukuran seboleh mungkin. Kalau tidak, hari ni mungkin ikut paras lain, esok pula mungkin ukur ikut paras lain.


Gambar bulat ukurlilit tu saya tak la lukiskan, tetapi faham-faham sahajalah, dah namanya ukurlilit.



...dan saya akan bulatkan kawasan ini sambil bagitahu

"Isikan ukuran tu sahaja"


 "Yang lain2 lain ni jangan buat dahulu, Tunggu arahan saya"


Rasa-rasanya boleh faham ke mengelirukan?


Harap-harap selepas ini tiada lagi yang salah membuat ukuran.

Tiada lagi yang hanya ukur dari point 1 ke point 2 sahaja. Ini namanya jarak, bukanlah ukurlilit (circumference"










No comments:

Post a Comment