Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 22 March 2014

(selingan)


Ya 'benarrrrr'
Ini sekolah rendah lama saya.

Our rival schools called us 'Katak Hijau', simply because of the school's name : DDGS - Durian Daun Girls School (green for Daun).

We used to hate it so much when we were called that name, especially by the nearby boys school. Imagine them shouting from the bus that stopped to pick/send some of us (hmmmm boys..... but err.....of course, we shouted back at them).

Although we lived in 'kampung' about 12km from that school, somehow father decided to send us (the girls) there. Probably because at that time, he was teaching at nearby Chinese school (Ping Ming) where my brother also went. I still wonder why (because I have not asked him why) he sent us to this school and not to Ping Ming School. There was a good mixture of Malays, Chinese and Indians and thanks to Facebook, we've got back together and keep in touch, sometimes.

So, yesterday, I brought my roommate aka ex-teacher aka bla bla bla (heheh) to the school. That was his first time. That was my first time after leaving school 32 years ago.






Tanpa diduga, niat nak tunjukkan sekolah rendah saya kepada Cikgu saya ni bertukar kepada sesi berkenalan dan beramah mesra dengan guru-guru yang secara kebetulannya mengadakan mesyuarat PIBG pada waktu itu. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami, sempat dapat buah tangan lagi (nampak beg oren tu?). Terima kasih banyak-banyak.



Dahulunya, kawasan belakang sekolah ini dibuat kawasan bercucuk tanam. Menyokong Rancangan Buku Hijau untuk menggunakan tanah yang ada, ada satu slot masa dikhaskan untuk kami dan Cikgu kelas menanam sayuran mudah seperti jagung, bendi, terung dll pada batas-batas yang dibuat. Bila dah masak, hasil tanaman akan dibahagi-bahagikan untuk dibawa balik. 

Ada juga satu slot masa untuk 'subjek' kraftangan. 'Typical' sekolah perempuan - dari 'cross-stitch' mudah pada tuala 'Good Morning' sewaktu Darjah 1 atau 2 sehinggalah sulaman bunga pada sarung bantal sewaktu Darjah 6. Seronok juga apabila mengingati memori lama sekolah.



Pentas dari tepi tangga. Saya menaiki pentas ini setiap tahun, 'borong' segala hadiah utama akademik (kecuali sewaktu Darjah 2 - saya dapat nombor 2). Rasanya dahulu cukup besar, tetapi rupanya kecil sahaja pentas ini berbanding sekolah rendah anak saya.


Dulu, terasa seronok macam VIP betul bila dapat naikkan bendera sewaktu perhimpunan sekolah (hahaha). Sebenarnya saya nak abadikan gambar padang sekolah ini, tempat saya dan adik saya sempat bergaduh ala-ala manja (tetapi sampai guling-guling) suatu ketika dahulu sewaktu tunggu abah ambil dari sekolah. Maklumlah, kami cuma setahun sahaja beza usia, memang selalu bergaduh dari rumah sampailah sekolah. Mujur, berkat doa emak abah, kami kini rapat, heheh. Kepada adikku Lily, masih ingat lagi tak padang ini?



 Kenapa si kakak sanggup bergaduh dengan si adik ni? Siblings rivalry....


....and luckily history does not repeat by itself. These 2 cousins, also almost a year apart (one from my uterus and the other from Lily's) have been very close since they were very young.



So now, the one from my uterus is my 'quarrel' buddy. 



7 comments:

  1. Salam..

    Dr. Saya ade nak tanyakan sedikit soalan berkaitan Simple Hyperplasia bagaimana nak hubungi Dr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, tiada sesi konsultasi peribadi. Boleh bertanya di ruang ini dan akan dijawab bila ada kesempatan, untuk dikongsi bersama pembaca lain. Jika tidak, lihat pada sudut atas kanan untuk temujanji di klinik.

      Delete
  2. Dr.,
    Boleh terangkan mengenai penyakit ini. Sekarang ni saya sedang mengambil ubat Duphaston utk menghentikan pendarahan. Cuma saya pelik, selepas sehari saya mengambil ubat ni, darah dah berhenti tetapi after 2 weeks, darah tu keluar semula sedikit2..Bukan ke sepatutnya pengambilan Duphaston menghentikan pendarahan? Boleh Dr jelaskan ..

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Dr. Saya telah mendapat rawatan penyakit ini dari Doktor O&G swasta, dia telah memberikan saya Duphaston utk menghentikan pendarahan. Pada mulanya, tiada pendarahan selepas mengambil ubat dalam seminggu..tetapi masuk hari ke 10 ke atas, darah tu keluar semula walupun sedikit tetapi merisaukan saya..bukan ke selepas pengambilan Duphaston, darah akan berhenti? Boleh Dr. terangkan kepada saya, apa yang telah berlaku? Utk makluman Dr. saya telah pun membuat D&C dan doktor saya memaklumkan hasil ujian lab saya lah Simple Hyperplasia without Atypia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa dos ubat tu? Berapa kekerapan? Pukul berapa u ambil?

      Delete
    2. Salam..

      Dr. , Saya disarankan mengambil ubat hormon tersebut 3 kali sekali dan satu dos mengandungi 10mg. Saya mengambil ubat tersebut selepas sarapan, lepas lunch dan selepas dinner.

      Delete
    3. ELok check semula dgn doktor u, scan tengok ketebalan dinding rahim. Simple hyperplasia without atypia biasanya cukup dengan DD&C dan hormon progestin berdos tinggi eg 100mg atau implan progestin. Saya tak pasti pula ada kajian yang menyokong pemberian bahan dydrogesterone dengan dos sebegitu dalam simple hyperplasia.

      Delete