Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 8 March 2014

Membuat Perancangan Rawatan IVF

Blastocyst


Sedikit panduan bagi anda untuk membuat perancangan 'cuti' mahupun kerja apabila menjalani rawatan IVF.

Untuk peringatan, jadual ini adalah bagi pesakit-pesakit saya sahaja kerana lain doktor, lain caranya.
Saya menggunakan tarikh kitaran haid. Contohnya jika saya nyatakan hari ke-3, ini bermakna temujanji adalah pada hari ke-3 dari hari pertama didatangi haid. Sekiranya hari tersebut jatuh pada hari cuti (klinik tutup) ataupun jika saya atau anda tidak dapat datang, maka datanglah pada hari sebelumnya atau selepasnya (+- 1 hari).


Temujanji pertama : hari ke-12 (+- 1 hari) dalam bulan sebelum IVF tersebut
- TVS dilakukan untuk melihat keadaan keseluruhan lapisan endometrium yang sepatutnya telahpun menebal dan berada pada fasa yang memudahkan untuk melihat polip di celahnya (jika ada).
- ujian darah AMH dan lain-lain (yang berkaitan/perlu sahaja, bagi menjimatkan kos). Sila bawa laporan hasil ujian yang eprnah dijalani sebelum itu (jika ada).
- perbincangan mengenai kos rawatan, faktor utama kerana IVF adalah rawatan kesuburan yang paling mahal. (Sebenarnya ICSI yang paling mahal, tetapi dengan pakej IVF di PHKL, IVF dan ICSI sama sahaja kosnya)
- memastikan tiada ubat atau suplemen yang tidak perlu kecuali asid folik dan multivitamin (pilih yang mengandungi Vit D 400IU)



Temujanji kedua : pada hari ke-19 (+- 1 hari)
- 'cycle programming'
- ubat pil (dimakan) akan diberikan mengikut keperluan
- jadual ubat (suntikan) diberikan berserta tarikh, jenis dan dos suntikan.
- pesanan untuk langkah seterusnya sejurus apabila didatangi haid (maka saya akan berikan no hp untuk di-whatsapp sahaja dan emel)



Temujanji ketiga : kebiasaannya pada hari awal haid bulan IVF itu (sebelum memulakan suntkan pertama) , tetapi kadang-kadang terus pada hari ke-5 atau ke-6 suntikan rangsangan.
- sila belajar betul-betul dan tanya sehingga faham akan teknik suntikan
- yang sama penting adalah menjaga suhu ubat SEPANJANG masa. Suhu di negara kita (walaupun di dalam bilik berhawa dingin) tidak sesuai untuk ubat ini. 
- Kos ubat sekitar RM3000-6000 mengikut jenis ubat serta  umur, AMH dan bilangan kantung telur)



Temujanji keempat : 5-6 hari selepas suntikan rangsangan dimulakan (dah makin rapat/kerap dah ni) 
- 'monitoring'
- jika dah bersedia, bolehlah memulakan suntikan kedua. Ini bermakna setiap hari ada 2 waktu suntikan. Tujuan suntikan kedua adalah untuk menghalang telur-telur yang sedang berkembang ini daripada ovulasi (maka ketahuilah bahawa saya lebih banyak menggunakan protokol antagonist/ short protocol).



Temujanji kelima : 3-4 hari selepas suntikan kedua dimulakan
- 'monitoring'
- untuk mengetahui bilakan tarikh OPU
- isi borang pembedahan (kecuali borang kebenaran pembiusan yang hanya ditandatangani di hadapan Pakar Anaesthesiologist apabila telah berada di dalam wad daycare kelak (di PHKL, kami menggunakan khidmat pakar bius dan kebiasaannya bius penuh)
- Suntikan 'triggering' dijadualkan bersesuaian dengan waktu OPU
- Sila faham betul-betul mengenai waktu suntikan kerana jika terlambat, telur yang diambil masih belum matang dan sebaliknya jika terawal pula, telur-telur telah terlepas ke dalam ruang peritoneum pelvis. Telah berlaku beberapa kali, malah ada pula pesakit yang mengambil pada dos berlebihan (walaupun telah diterangkan secara lisan dan diberikan arahan bertuls serta 'underlined')



Hari OPU : 2-3 hari selepas temujanji kelima
- Puasa 8 jam (kerana bius penuh)
- Daycare di wad C2 (bersebelahan dengan teater pembedahan IVF)
- Sila masuk 2-3 jam lebih awal kerana kaunter kemasukan wad mungkin sibuk dengan pesakit-pesakit lain yang datang lebih awal, begitu juga di wad, jururawat perlu membuat beberapa persediaan lebih-lebih lagi dengan prosedur yang termaktub dalam akreditasi hospital.
- Selepas OPU, ada ubat yang perlu dimulakan pada hari tersebut, ada ubat yang dimulakan keesokan harinya dan ada ubat yang dimulakan selang dua hari selepas OPU. Sila ikut satu-persatu arahan bertulis yang diberikan dan diterangkan oleh saya.
- Pakej OPU RM9349



ET : 5 atau 6 hari selepas OPU
- Standby pada hari ke-5 selepas OPU
- Pada pagi tersebut, embriologis akan memeriksa keadaan embrio lagi. Jika telah menjadi blastocyst, barulah datang untuk prosedur ET.
- Jika masih belum menjadi blastocyst, maka prosedur ditangguhkan pada keesokan harinya.
- Kami tidak menjalankan ET pada hari ke-7 selepas OPU atas sebab endometrium.
- Pakej ET RM1550 (tidak termasuk RM1000/tahun untuk bekusimpan setiap 4 embrio menggunakan kaedah vitrification)



Pengesahan kehamilan
- 7-10 hari selepas ET
- Saya lakukan lebih awal kerana saya tidak menggunakan hCG dalam rawatan 'luteal support'.



Secara keseluruhan
- datang pada hari ke-12 dan hari ke-18 bulan sebelum IVF (+- 1 hari)


- pada bulan IVF pula, datang 3 kali ke klinik dalam masa 10-12 hari.
- selang 2-3 hari selepas itu, prosedur OPU
- selang 5 hari pula, prosedur ET
- maka dalam bulan IVF, rawatan mengambil masa sekitar 20 hari dari suntikan pertama sehingga ET.










10 comments:

  1. Harap Dr. Dapat jelaskan pasal proses dan prosedur FET jugak lepas ni.. tkasih Dr. :-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot doc...info doc ni sgt2 membantu..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dr,

    Saya berusia 36 thn dan pernah opt utk endometreosis sebanyak 2 kali. Tiub fallopian saya rosak dan usaha utk pregnant hanya thru ivf. ovari juga melekat2 pd tiub, dan ovari sebelah kiri rosak.

    Saya bru selesai sesi opu dan didapati hanya ada 2 folikel tapi tiada telur. doktor saya maklumkan yang kemungkinan disbbkan saya mengalami endometreosis,dan dia tidak advice utk opt lg sekali utk clearkan cyst2 yg ada sbb kemungkinan akan effect ovari dan langsung x de telur pula nnti. dos menopur utk stimulate telur sy yg diberi juga agak tinggi iaitu 375.

    buat masa sekarang saya sedang berehat dulu dan at the same time hendak fikirkan samada saya nak continue next ivf atau tidak.

    mohon nasihat doktor & advise cara utk saya menghasilkan telu2 yg sihat.sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah buat ujian AMH?

      Delete
    2. belum lagi. utk amik ujian tu perlu mkn apa2 ubat ke doktor?

      Delete
    3. Tak perlu makan apa2 dan tak perlu puasa untuk buat ujian AMH.

      Delete
  5. Assalamualaikum Dr.

    Saya nak tanya. Ada x mana2 bulan yang dr tidak menjalankan rawatan ivf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa tidak digalakkan melainkan jika nak guna 'frozen sperm'. Sukar untuk suami membayar puasa 2 bulan berturut-turut (walaupun ada yang bercanggah pendapat mengenai mengeluarkan air mani atas tujuan perubatan). Harap bertanya yang lebih alim mengenai ini

      Delete
  6. Salam doc manis, im planning for ivf..during stimulation, is it advisable to take a leave frm work? Rehat d rumah?

    ReplyDelete