Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 26 March 2014

Dengar, Baca dan Ikut Betul-betul.


'Percutian' ke Hamburg. Roommate saya punyalah sukakan Hamburg sehinggakan beliau mengajak saya ke sana sekali lagi tahun ini juga. Tetapi dia pesan;


"Kali ni, you pergi belajar half-day sahaja boleh tak? Supaya kita boleh spend more time and pergi banyak tempat lagi"

(sebabnya Cikgu saya lagi seorang yang di FCH ini mulakan kliniknya pukul 6.30am, saya diberi sedikit kelonggaran untuk datang join dia pukul 7am. Sama sahaja jadualnya dari 10 tahun yang lepas, setiap hari. Isnin dan Selasa biasanya hari OPU. Klinik sehingga pukul 11am, terus OPU (maksima 6 kes) sehingga 1pm, lunch hour pula ada meeting untuk bincang dengan embriologis mengenai kes-kes IVF yang tak pregnant, pukul 2 ada ET. Lepas tu sambung kinik (new case), kemudian meeting dengan nurse mengenai hasil ujian darah (yang dibuat pagi itu) dan message pesanan telefon yang ditinggalkan pesakit. Habis kerja 6-7 petang). Phew!

.
.
.

Saya masih bercuti sehingga tamat cuti sekolah.


Kelmarin, saya terpaksa bekerja dalam bercuti (atas sebab tertentu). Mood bercuti ini dikejutkan dengan episod yang melajukan degupan jantung saya dengan berlakunya 2 insiden (haha, saja nak exaggerate).



Ada 2 insiden di mana pesakit tidak mengikut arahan yang diberi.
Mujurlah saya selalu semak apabila mereka datang temujanji.


Selalunya saya akan tanya soala-soalan ini.

"Meh bagitau apa ubat yang you guna sekarang? I nak double-check."
(yang ini selalunya saya dapat jawapan yang betul).


Kemudian saya tanya lagi;

"Macamana cara you ambil (makan atau masuk vagina etc)"
(sebab memang ada yang saja-saja ikut kemahuan sendiri)


Tanya lagi;

"Berapa kali sehari?"
(yang ini biasanya mereka buat betul)


Tanya lagi;

"Pukul berapa you ambil?"
(yang ini pun ada saja yang suka-suki ambil ikut waktu sendiri bila teringat)




Insiden pertama hari kelmarin.

Pesakit ni baru sahaja di awal trimester pertama kehamilan. Beliau pernah keguguran. Saya berikan ubat untuk 'luteal support' berbentuk kapsul yang perlu dimasukkan ke dalam vagina. Saya suruh masukkan ke dalam vagina, rupanya dia makan.

Alasannya;


"Saya baca preskripsi dalam kotak ubat tu, dia tulis kalau nak makan pun boleh. Saya pun makanlah"

Hmm......

"Memanglah boleh dimakan tetapi keberkesanannya tak sama sebab kalau dimakan, ubat tu kena lalu hati dulu, yang sampai ke rahim tu tak banyak pun"

Ya.
Dalam bahasa perubatan, bioavailability bahan ubat itu lebih tinggi apabila dimasukkan ke dalam vagina, dia boleh bypass 'first pass effect in the liver'.

'Little things' tu sebenarnya bukan little pun. Penting.

Jangan tukar sesuka hati.
Kalau boleh, kita tak nak jika itulah penyebab kekurangan luteal support sehingga boleh megakibatkan keguguran lagi.



Insiden kedua.

Kes IVF. Baru disahkan hamil.

Pun berkenaan ubat luteal support.

"Saya ambil 2 biji 3 kali sehari"

.
.
.

(tarik nafas dulu)

"Kan saya pesan ambil dos yang lain (sekian sekian sekian)? Cuba tengok semula apa yang saya tulis pada jadual ubat tu"

Hmmmmmmmmmmmm....(lagi panjang, haha)




Sebagai peringatan

1. Dengar betul-betul. Kalau perlu, ambil kertas kecil yang ada di atas meja tu, ambil pen di bekas yang disediakan, tulis nota.

2. Tetapi biasanya saya akan tuliskan di atas kertas pun. Berserta gambar biji pil dan pecahan garisan 2 tangkai (jika 2 kali sehari) atau 3 tangkai (jika 3 kali sehari) dsb. Kadang-kadang saya 'underline'kan perkataan yang penting.

3. Ikut waktu. Kalau diambil sekali sehari, biasanya saya suruh ambil pada waktu malam. Kerana ikut logik, kesan samping ubat tak kan terasa sangat apabila kita tidur (ramai yang tidur malam kan?)

- Kalau diambil 2 kali sehari, cuba ambil setiap 12 jam.

- Kalau diambil 3 kali sehari, cuba ambil setiap 7-8 jam. Bukannya sesuka hati ambil pagi, tengahari dan malam, ada juga yang mengubah waktu setiap hari. Kena guna waktu/jam yang sama. Cuma, waktu malam ada kelonggaran supaya tidaklah terpaksa menunggu sehingga pukul 12 tgh malam.

Contohnya
- sama ada pukul 7am - 3pm - 10 atau 11pm
- atau pukul 6am - 2m - 10pm
- atau pukul 9am - 4pm - 10pm (waktu ini lazimnya waktu staf wad hospital memberikan ubat. Tak perlulah sehingga tengah malam, nanti tertidur.

4. Jangan ubah apa yang disuruh. Kalau saya suruh masukkan ubat ke dalam vagina, masukkan ke dalam vagina. Kalau ada masalah eg dapat kesan samping sehingga vagina terasa pedih, tanya saya dahulu (telefon nurse dan tanyakan soalan).

5. Apabila bekalan ubat dah nak habis, telefon dan tanya sama ada ubat perlu diteruskan atau tidak. Ini kerana saya tidak memberikan bekalan ubat untuk tempoh yang panjang sehingga ujian seterusnya dilakuan. Bergantung kepada hasil ujian, barulah boleh plan sama ada nak berhenti atau teruskan ubat.


Pay attention to little things too.
Little things......


Hamburg Miniature Wonderland. It amazed me that they went into details when working on little things.  Macam marathon ni. Bagi orang yang ada sifat apatah lagi penyakit OCD, penat nak tengok setiap satu figurine kat situ, pakai baju apa, tengah buat apa, ekspresi muka, ada yang terjatuh, ada red cross ambulance etc etc.


Selamat bercuti sekolah! (dan menikmati kurang kesesakan jalan).


Ke mana pun kita melancong, di rumah juga yang best! Biarlah anak main sampai rumah jadi tsunami pun.... The kid in my Clone is still very much alive, balik dari asrama, hampir satu rumah ditiup permanent/long lasting bubbles yang melekat-lekat......

2 comments:

  1. patutlah Nurse Ida cakap doc takde..doc pegi bercuti rupanya..jumpe next month..

    ReplyDelete
  2. enjoy your cuti doc! saya ke Pantai semalam, tanya Ida doc ada tak.. no wonder dia cakap doc takde..

    ReplyDelete