Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 19 January 2014

Sharing

"Tak ada rotan, akar pun berguna"

Tetapi;

Jika ada rotan dan akar, ambillah rotan.

Jika ada yang lebih pakar di kawasan anda tinggal atau di tempat anda mendapatkan rawatan, pilihlah yang lebih mahir. Ini supaya setiap tindakan dibuat berasaskan pengetahuan sama ada teori mahupun hasil kajian-kajian yang ada. Pesakit sekarang pun sudah lebih pandai hal-hal perubatan, mereka akan bertanya kembali jika nasihat yang diberikan lain bunyinya.



Contoh mudah;

Dalam rawatan kesuburan, ubat subur yang paling kerap diberikan adalah ubat yang mengandungi bahan Clomiphene citrate (saya tidak dapat menyebut jenama atas sebab etika perubatan).


Berikut adalah 'kaedah/pesanan' yang saya dapat tahu dari pesakit yang pernah mendapatkan rawatan kesuburan sebelum ini;


A = ada pesakit yang diberi bekalan selama untuk 3 bulan (3 pusingan haid) dan menyarankan pesakit 'mencuba sendiri' tanpa melakukan pemantauan keberkesanannya

B = ada pesakit yang diberi bekalan ubat untuk satu kitaran haid tersebut sahaja dengan pesanan ' datang scan hari ke-12 nanti' tanpa mengambilkira bilangan kitaran haid pesakit

C = ramai pesakit yang diberikan ubat tersebut bermula hari ke-2 kitaran, tanpa diambilkira bilangan hari dalam kitaran mereka

D = ada pesakit yang ditambah dos ubat Clomiphene tetapi dibahagi-bahagikan pengambilannya dalam sehari, sama ada dua kali sehari ataupun 3 kali sehari

E = ada pesakit yang diberikan dos yang tinggi, tanpa digamblkira faktor berat badan mereka

F = ada pesakit yang dipantau menggunakan kaedah trans-abdominal scan

G = ada pesakit yang dipantau menggunakan kaedah trans-vaginal scan tetapi maklumat yang diperolehi hanya bertumpu kepada saiz kantung telur sahaja



Untuk kali ini, saya hanya ingin membuat satu sahaja pernyataan perkongsian, pernyataan ini bukan berdasarkan hasil kajian (kerana ada yang mungkin akan mempertikaikan hasil kajian orang lain yang telah dianalisa secara ujian statistik dan menyebut hasil kajian sendiri walaupun kajiannya bersifat kajian pemerhatian sahaja) tetapi berasaskan teori yang sahih.

Saya memberi satu contoh sahaja (contoh D), tetapi ianya kuat kerana ia berdasarkan TEORI yang kita pelajari sewaktu masih bergelar pelajar perubatan:


CARA PENGAMBILAN pil clomiphene citrate dalam sehari hendaklah SEKALI sahaja kerana:

- bahan ini perlu sampai ke dalam otak untuk bertindak
- dan untuk sampai ke otak, ia perlu melintasi BBB (blood-brain barrier)
- dan untuk melintas BBB inilah, maka dos yang diberi untuk sehari itu perlu diambil sekaligus untuk lebih berkesan
- bukannya sehari dua kali
- bukannya sehari tiga kali


Ini turut ditekankan oleh orang yang men-sintesis bahan ini kira-kira 50 tahun dahulu (1967) dalam laporannya. Silalah buka semula buku farmakologi dan fisiologi Tahun Pertama dan Kedua Perubatan.


dan saya selalu menyuruh pesakit saya mengambilnya pada waktu malam.

Kenapa?

Kerana secara logiknya, kesan samping ubat kurang terasa apabila kita sedang nyenyak tidur (kecualilah kalau pesakit saya jenis siang tidur malam berjaga)
Kalau nak ambil waktu pagi/siang juga, kenalah bersedia menghadapi kesan samping ubat ini (yang kerap adalah kepala pusing dan sakit perut)


Contoh-contoh yang lain tu, memanglah padan dengan peribahasa di atas.

Mesti tahu apa yang kita buat tu dan kenapa kita buat macam tu.....

.....walaupun semudah ubat Clomiphene citrate.

Eg.

'Rotan' akan tahu bahawa walaupun berat badan pesakit mencecah 90kg, lebih 95% yang hamil dengan ubat Clomiphene citrate adalah mereka yang mengambil pada dos 50mg sehingga maksima 150mg sahaja. Malah, lebih 80% yang hamil itu hanya perlu mengambil sebanyak 50-100mg sehari sahaja. Jadi, seeloknya bertukar kepada ubat lain untuk mendapatkan kantung telur subur, bukannya menambah dos kepada 200mg mahupun 250mg. Kajian itu pun dah dilaoprkan lama dahulu (1996, setahun selepas saya grad).

No comments:

Post a Comment