Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 4 January 2014

My New Toy



Apa lagi?
Mesin scan baru!

- Bigger monitor, bigger image (ada yang jual monitor besar tetapi imej kecil sahaja sebab dalam monitor tu nak muatkan juga paparan bacaan lain)

- Vaginal probe sama kecil tetapi lebih pendek (yang ini saya kurang suka. Saya lebih suka probe yang panjang supaya tangan saya tidaklah terkena/menyentuh kulit peha pesakit) 

- Ada 3-D abdominal probe yang lazimnya digunakan untuk detailed scan kandungan. Saya kurang berminat nak guna kecualilah kalau ada 3-D vaginal probe (haaa....yang ini kalau ada lagi menarik minat saya)

- Satu lagi yang kurang ialah pada monitor tu tak de touch-screen function. Hanya pada monitor kecil bawah tu sahaja yang ada touch-screen buttons.




Saya letakkan nama klon saya, berserta stiker amaran 'hazard' supaya dia tidak memutar butang di atas itu (kerana ia boleh merosakkan mesin ini). 

Klon saya memang suka 'operate' mesin scan saya. Kadangkala saya terpaksa membawa beliau ke sini dalam perjalanan pulang mengambilnya di asrama ataupun apabila sampai jadual 'health screening' dia. Dia akan scan segala anggota badannya, bukan setakat abdomen, dia akan scan bahagian-bahagian yang saya pun tak jangka ie. leher, dahi, siku, lutut dan tapak tangannya. Kemudian dia akan print sesuka hati dia. 


Bolehlah dikatakan ia bukanlah 'my new toy' tetapi 'her new toy' kerana dia anak generasi Y yang tidak takut mencuba 'out of curiosity' sedangkan saya asyik 'takut nak explore sebab takut rosak'.



Ini imej scan baru saya. 
Hmm....sama sahaja jelasnya kan?

So,
Kenapa saya beli baru?
.
.
.
Ehehehe.....


Tak ada sebab yang kuat untuk bertukar mesin scan pun. 
Kalau nak dibandingkan dengan imej dari mesin scan lama di bawah, sama sahaja.
Janji tahu nak cari apa yang saya nak tengok.
Kan saya dah tulis sebelum ini;

THE EYES CANNOT SEE WHAT THE MIND DOES NOT KNOW

Sama jelas gambar uterus (ini imej mesin scan lama)

Sama jelas gambar ovari (pun imej scan lama).


Cuma ada satu sebab kuat mengapa saya bertukar kepada mesin baru.

Ia ada port untuk USB dan ada slot untuk VCD.
Yang lama tiada benda ni dan kotak memorinya telah penuh dengan imej-imej menarik (takkan nak delete untuk simpan imej baru)

Bila dalam setor motherboard dah penuh, saya terpaksa mengambil gambar menggunakan hp.


Kini tidak lagi, saya boleh save dalam mesin tu, kemudian selepas tamat sesi klinik, saya akan 'convert' ke USB, balik rumah upload dalam laptop dan bolehlah digunakan seperti imej di bawah ini.


Bab USB yang itu yang terus membuka hati saya.
Kini, dapatlah saya merakam imej dengan banyaknya.
Demi menambah pengetahuan dan koleksi.


Itu sebab pertama (the first reason is usually a good reason)

Sebab kedua (the second reason is always the truest reason of all reasons) ialah saya bersama-sama sekumpulan doktor yang lain di Malaysia mendapat tawaran harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. 
Harga promosi ini diberikan sewaktu pelancaran model terbaru ini pada suku ke-4 2013. Daripada harga sebuah kereta sedan 'continental' baru, saya beli dengan harga 3 buah Myvi baru saya dahulu (berserta duit baki lagi).

Panas lagi.
Baru sampai ke klinik saya pertengahan Disember lepas.


Apa jadi kepada mesin scan lama?
Oh!
Kami masih bersama.
Cuma ku sisihkan ke ruang tepi bilik klinik dan ku rehatkan dahulu.
Sayang nak jual sebab masih elok digunakan (melainkan kalau ada yang nak membeli pada separuh harga saya beli 7 tahun dahulu)
Sehinggalah saya mendapat bilik baru untuknya, jika semangat/impian ala-ala roller coaster untuk membuka klinik sendiri terlaksana....





17 comments:

  1. tak sabar nk tunggu doc buka klinik sendiri..semoga impian doc akan menjadi kenyataan..ameen!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang ni memang kena baaaaaaaanyak sabar sebab impian saya yang rrrrrajin ni masih tahap impian :)

      Delete
  2. Patutla terdetik mesin scan ni mcm lain jer waktu scan ari tu :-)..

    ReplyDelete
  3. salam doc. saya ada 1 pertanyaan. isteri saya 11 mggu hamil, berlaku keputihan pada dia. adakah itu normal doctor.
    email saya : almari2010.mf@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputihan, kalau disebabkan oleh jangkitan kuman, bukanlah normal

      Delete
  4. Salam Doc, can vaginismus be treated? Any chances to get pregnant for a woman who suffering from vaginismus? Thanks Doc.

    ReplyDelete
  5. saya female.
    20 y/o.
    bad habit : masturbate sejak kecik.
    skrg ni on and off ( i have been trying to stop since forever.) tapi x prnah masukkan ape2 dlm apa2.
    i just rub. that is all.
    sye punye V agak weird.
    sye xthu sgt the parts.
    tpi ade due daging ni , antara 2 daging tu mcm ade lg satu daging mcm bucu tajam kot.
    the left one panjang compare to the other one.
    i don't remember dua daging tu pernah sama panjang pun. suspect bnd ni dh lama dah, sebab dh masturbate sejak kecik.
    boleh fix ke?
    and masturbate boleh effect ape2 psl pregnancy atau dara?

    saya dh lama cari jwpn.. finally jumpa blog doctor sbb ade blogger tu letak link ni.. and I see doctor actually update blog quite frequently. I hope doctor will notice this comment and answer my questions patiently.
    reallyneedhelp94@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar kemungkinan, apa yang dimaksudkan bukanlah vagina, tetapi bibir kecil kemaluan (labia minora)

      Antara fungsinya ialah melindungi bukaan vagina daripada terdedah secara langsung kepada luaran.

      Nak betulkan, boleh secara pembedahan minor dengan pakar gynae.

      Masturbate ada beberapa jenis perlakuan. Jika seperti perlakuan yang anak buat (dah pangkat anak dah ni pun), tiada kesan untuk hamil. Selaput dara terletak di bahagian vagina, kalau terlajak dan termasuk ke dalam vagina, selaput dara boleh terkoyak.

      Delete
  6. doctor , I don't mind you replying my questions here in this comment section. You don't have to email me if it troubles you. I just hope you will reply and give me some answers and maybe some advice. please doctor? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dah jadi 'habit' yang susah dikawal, eloklah berjumpa pakar psikiatri. Ada teknik yang diajar untuk menghilangkan atau mengurangkan kegianan masturbate ni

      Delete
  7. insya Allah will resume treatment again next cycle. started to miss u already doc!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah ini? Apa pun, jangan lupa sambung asid folik dan multivitamin :)

      Delete
  8. Jeng jeng jeng. hehe. Ini adalah Nazifa :) If doc still remember.

    ReplyDelete
  9. Salam doktor cantik! *lambai-lambai* tatau doc ingat saya lg ke tak..last year ada buat treatment but after 3rd meet, saya stop..1 sbb bz dgn keje, lg 1 sbb financial issue :( insyaallah tahun ni nk sambung utk buat iui :) hope to meet you again soon

    ReplyDelete