Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 4 January 2014

Lagi mengenai embrio blastocyst (Day 5 ET)


Contoh 1
34 tahun
Pernah buat ICSI dengan saya pada June 2013 : hamil tetapi tidak lama kemudian keguguran)
Suami Hep B (maka kami tak dapat simpanbeku embrio lebihan)
Buat ICSI kali ke-2 bulan Disember 2013.
Antagonist protocol (tetapi jenis/dos ubat diubahsuai)

- OPU (05.12.2013) dapat 9 telur (semua 9 MII)
- Day 1 semua 9 jadi embrio
- Day 5 (10.12.2013) masuk 2 blastocyst (selebih 7 blastocyst terpaksa dibuang kerana status suami beliau dan mereka tidak mampu membeli tank berserta kos meintenance simpanbeku peribadi)
- BhCG (17.12.2013) 34 IU/L
- Scan 03.01.2014 (nampak 1 kantung sahaja berserta 'yolk sac')
- Harap-harap yang ini akan kekal sehingga cukup bulan





Contoh 2


29 tahun.
- 'Antagonist protocol' - ICSI - blastocyst culture/transfer
- on OPU (05.12.2013) dapat 7 telur (5 MII, 1GV dan 1 abnormal) 
- on Day1 jadi 3 embrio daripada 5 telur yang di-ICSI
- on Day 5 cuma ada 1 blastocyst (2 lagi embrio 'arrested growth' - tidak menjadi)
- BhCG (19.12.2013) 260 IU/L
- Scan (03.01.2014) dah nampak kantung kandungan dan 'yolk sac'.



Contoh 3


36 tahun
- Antagonist protocol - ICSI - blastocyst culture
- OPU (09.12.2013) dapat 7 telur (semua MII)
- Day 1 - 5 embrio terhasil daripada 7 telur yang di-ICSI
- Day 5 (14.12.2013) masuk 2 blastocyst (3 embrio lagi disimpanbeku)
- BhCG (21.12.2013) 33 IU/L
- Scan (03.01.2014) dah nampak 1 kantung bersama 'yolk sac'





(tiada kaitan blastocyst atau IVF)
Yang ini hamil DIY :)
Sebenarnya sebelum tu pernahbuat IUI dan hamil tetapi kemudiannya keguguran.
Saya masih terbayang wajahnya merah (sebab sama seperti saya bila menangis)
Kini beliau hamil sdn bhd.
Dialah yang mengajar saya macamana nak 'operate' coffee maker saya yang rupa-rupanya rosak.




Yang ini hamil IUI.
Sebelum itu guna ubat pil, tak jadi.
Bila guna suntikan, kebetulan menjadi pula.
Dah 13 minggu pun.
Selepas ini bolehlah berpindah kepada doktor lain.
Biasanya saya akan follow-up sehingga sekitar 13 minggu sebelum mereka berpindah kepada doktor ditempat mereka ingin bersalin.


Bulan Januari ini saya ada sekitar 12 kes IVF.
Kalau sempat, kita belajar satu persatu.




No comments:

Post a Comment