Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 3 January 2014

Hari pertama klinik 2014


Hari pertama bekerja dalam 2014.
Kurang stress nak fikir banyak-banyak kerana kebanyakannya kes antenatal, selepas IVF.

Nurse ambil ukuran BP, berat.
Saya pula tanya ada apa masalah, double-check pt ambil ubat/suplemen apa.
Kemudian saya scan.
Check pangkal rahim serviks), kandungan, 'double-check' ada berapa janin dalam kandungan, check degupan jantung, check uri, tengok ovari kanan dan kiri.
Tanya "you nak ambil video baby pakai hp you tak?"
Tunggu jap.
Tulis nota sikit.
Habis satu kes.
Nurse pun pergilah panggil patient seterusnya kerana hari ini saya kurang rajin bersenam.
Biasanya saya akan bangun ke luar pintu dan cari muka patient yang saya nak panggil.


Mari kita lihat kes-kes IVF pregnancy yang saya teringat nak 'snap' gambar semasa mereka datang appointment hari ini (masih belum habis dari mode bercuti sehinggakan saya terlupa membawa hp)


Scan 1

Masuk 2 embrio, jadi kembar 2.



Scan ke-2


Masuk 2 embrio, nampak satu kantung sahaja, janinnya belum nampak. Maka belum pasti lagi.


Scan ke-3
Masuk 2 embrio, rupa-rupanya jadi 3 : 2 kantung (1 daripada kantung tersebut di dalamnya ada 2 janin yang berkongsi satu kantung dan 1 uri ie. kembar seiras). Tiada pula sejarah keluarga dengan kembar.
.
.
.



Scan ke- 4
Masuk 1 embrio, jadi 1 janin.



Scan ke-5

 Masuk 2 embrio, baru nampak 1 kantung kecil.




Scan ke-6
 Masuk 2 embrio beku (FET)  yang dipindahkan dari hospital lain- dapat 2 kantung dan 2 janin.


Scan ke-7
 dah nak penghujung trimester 1 (kes Oktober)
Masuk 2 embrio, mulanya jadi kembar 2 tetapi kemudiannya 1 berhenti membesar. Gambar bulan yang di dalamnya hitam itu adalah kantung kandungan yang tidak menjadi sementara kantung 'lonjong' yang lebih besar itu ada janin di dalamnya yang jauh lebuh besar dan dah boleh nampak jantina pun (tiada dalam keratan imej yang ini).




Saya sempat mengimbas analisa kes IVF 2013 di PHKL yang sedang dibuat oleh embriologis.
Nampaknya > 90% kes yang hamil fresh-cycle IVF (stimulaton-OPU-ET) di sini adalah dari pesakit-pesakit saya :)

Alhamdulillah.

Mudahlah untuk saya korek rahsia/petua/amalan mereka dan berkongsi di sini.
Bak kata mereka;

'Sharing is caring'




6 comments:

  1. Alhamdulillah. .smg kembar tiga mmbesar dgn jayanya..tqvm dr adilah comel. Smg diberi kesihatan yg baik spy dpt mmbantu rakan2 lain hendakNya. .aminn.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. entry doc membuatkan saya lebih bersemangat..

    Boleh x add saya kat blog doc yg lagi satu? :)
    diyanaroslan@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Wah!!! Teruja betul baca entry Dr. Kali ni.. ramainyer baby yg bakal lahir atas bantuan dan kepakaran Dr.. Moga Allah berkati usaha Dr. Amin..

    ReplyDelete
  4. Happy New Year Dr Adilah. I should have come and see you instead. I did went to see Dr Eeson to do IUI. But it didnt work for me :-( I did twice in fact, the first one was at Tungshin Hospital. I am now taking a break from Clomid after taking it for several cycles including a session of HMG jabs during my second IUI. I dont have any problem responding to Clomid or even the jabs. I dont have blocked tubes. Hubby sperm is find. Just not sure (at wits end) why it just didnt work. I have a 6 year old daughter. I wanted to do IVF as my last resort but its just too expensive. If only I can do monthly instalments. I hope you can advise me on this. Much much appreciated!

    ReplyDelete
  5. By the way Dr Adilah. My email is angelinesimone@gmail.com if you would like contact me. If I could get 10 more childless couples to join me and sign up with you for an IVF, any chance for a good promo package? I am actually running the Journey To Fertility group on Facebook for Malaysian women and there are many childless couple looking forward to sign up for a reasonable IVF package. Many2 thanks on this!

    ReplyDelete
  6. salam Dr. saya nak tanya kalau saya hamil dalam 30minggu boleh ke naik flight untuk ke langkawi nak kan kepastiaan..... tiket sudah dibeli sebelum hamil lagi..

    ReplyDelete