Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 30 January 2014

Faith


Taman Tasik Titiwangsa. Tempat saya dan rakan-rakan menikmati sarapan pagi, berjogging, berjalan-jalan dan berprogram sepanjang kami di Kamsis TTDI berhampiran di situ.




Semua tahu saya bukan Tuhan.

Jangan sekali-kali disamakan, mahupun secara tidak disedari.



Nak puji : boleh saja, hahaha :)

Saya bekerja berdasarkan teori dan pengalaman dengan minat yang sangat mendalam.

Nak puja : N.O.



Kalau betul dan menjadi, itu adalah dengan kehendakNya.

Kalau salah penerangan/penilaian saya, memanglah kelalaian saya. (teringat seorang pesakit membetulkan teks whatsapp saya mengenai telur M II dan M I, tq tq, baca juga blog saya ni ya)

Kalau tidak berhasil, itu juga adalah kehendakNya.

Kena yakin.




Saya letakkan di sini untuk pertama kalinya kata-kata nasihat saya kepada anakku, Iman A-----;


"Have faith. Whatever happened had to happen"


Kalau dipusing terbalik;


"Have faith. Whatever that is meant to happen, will happen"


(That's how I got your name, Iman, in case you come across this blog page one day)




Sama-samalah kita ingat-mengingati segala perbuatan dan pandangan kita.

Yang berdoa itu juga biarlah kita, kerana Allah juga mendengar doa kita dan dekat sangat dengan kita. Mengapa perlu bergantung kepada doa orang lain, adakah kerana kita tidak alim?



Jangan sampai menduakan Yang Maha Esa.

Kita semua tak suka nak sebut perkataan syirik, minta dijauhkan.

2 comments:

  1. Truly inspired..See you next week on 6th Feb doctor =)

    ReplyDelete
  2. Well said dr..Allah yang bagi rezeki..kena redha kalau bkn diizikanNya lagi..bkn rezeki saya kali..insyaAllah akan tiba masanya nanti..just like u said..have faith..believe in Him..-ur 1st ivf patient this year-

    ReplyDelete