Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 31 January 2014

AMH - Anti Mullerian Hormone

AMH adalah sejenis ujian darah.

Secara ringkas, untuk mudah difahami;

Saya lakukan ujian AMH dalam 2 keadaan:

1. kes rawatan kesuburan
2. sebelum dan selepas pembedahan ke atas ovari eg cyst (kerana semakin muncul laporan 'reduced ovarian reserve' selepas pembedahan ke atas ovari akibat penggunaan 'energy' yang menyebabkan 'thermal injury' kepada benih telur baru). Ada juga pesakit yang mengalami 'premature menopaus' selepas pembedahan tersebut.




Kali ini saya hanya ingin bercerita ringkas mengenai AMH dalam rawatan kesuburan sahaja.


1. AMH adalah ujian untuk mengetahui status baki telur-telur yang masih ada di dalam ovari kita.

2. AMH boleh dilakukan tanpa mengira bilakah hari dalam kitaran. AMH juga lebih tepat berbanding FSH.

3. Namun, ujian ini tidak ada dilakukan di Malaysia. 2 tahun yang lepas, sampel darah ini dikirim ke Australia dan memakan masa 3-4 minggu (lazimnya sebulan) dengan kos hampir RM500

4. Kini, ia dihantar ke Singapura, keputusannya 'balik' dalam masa 1-2 minggu dan kosnya juga lebih murah. Ada satu ketika tahun lepas, ujian ini dilakukan di cawangan makmal tersebut di Johor Bharu.

5. Walaupun saya menggunakan dos rangsangan suntikan FSH yang rendah (150IU setiap hari dalam >80% pesakit IVF), saya masih buat ujian AMH ke atas setiap pesakit IVF saya.







14 comments:

  1. Salam dr adilah.blh saya consult dgn doc mengenai masalah sy?
    Sy 27 y.o dah hampir 3 thn berkahwin. April 2013 sy pernah buat fertility tx di hosp gov.period cycle, Hsg,blood test & sperm suami normal. Sy pregnant masa ambik clomid 3rd cycle, tp gugur masa 7wks(complete mc aug2013)
    lepas gugur period sy agak irregular hampir 40days utk 3bln tp latest period ni dtg pd hari ke-29.didnt hv any checkup since gugur.
    Blh dr suggest apa yang patut sy buat seterusnya?dan blh ke sy ambil clomid without specialist consultation sebab ada klinic GP yang jual clomid.
    tq dr adilah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya pergi check dgn Dr dulu, sama ada specialist ataupun GP. Scan rahim dan kedua ovari dahulu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam doc.. based on AMH test results saya, doc cakap saya high risk OHSS.. alhamdulillah spontaneous pregnancy, x perlu go thru IVF, dah masuk 21 weeks pun.. TQ Doc.. hope to bump into u bila i pergi checkup..Take care! - Syarina

    ReplyDelete
  4. Wow! Alhamdulillah. Bila2 ke Pantai, singgah la bilik I tu, hi2 bye2 pun tak pe :)

    ReplyDelete
  5. Salam doc. Saya patient doc. Saya ada soalan.
    Cycle ni saya on clomid, dan akan jumpa doc pada CD14.
    HSG saya pula dijadualkan pada CD15 sebab hari-hari sebelum tu dah fully booked. Saya dijangka ovulate CD15-CD16. Takpe ke doc buat HSG pada CD15?

    ReplyDelete
  6. Salam Dr Adilah..sy Nazihah patient yg jmpe Doc pg td..sy nk tanye, sy still bleh bsama suami sperti biase ke wlpn tiub sy bengkak? Lupa nk tnye td. De effect pape x sbb biasenye skt bl bersama. Tq.

    ReplyDelete
  7. Assalam doc..saya berumur 42 thn. Ingin mengandung setelah berkahwin utk kali kedua.perkahwinan pertama saya melahirkan anak perempuan tahun 1995. Tp meninggal. Kemudian 1997 saya bercerai dan bkahwin semula 2013.saya tlh menerima clomid hujung tahun 2014 dan hamil.tp keguguran dalam usia 10 weeks bln feb. Bln june saya mula mkn clomid dgn dos maksimum..sehingga skrg. Mslh ny tlo saya tdak matang.kecil. doc sarankan saya buat AMH. Tp sampel di hntar ke Australia.lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di PHKL, ujian AMH dapat diketahui keputusannya selepas sehari sahaja. Buat masa ini, kosnya sekitar RM280. Ujian hanya dilakukan pada hari Isnin dan Khamis, maka keputusan dapat diketahui pada Selasa dan Jumaat.

      Delete
  8. Salam doc. Sy ada masalah rahim terbalik
    Ape yg perlu sy lakukan

    ReplyDelete
  9. assalam Dr,

    Assalam dr, di hosp gov diagnose saya sbg premature ovarian failure, di dalam blog dr x byk yang memperkatakan tentang pof ni. cuma perlukan pendapat dr, first diagnosed FSH saya 133, LH 65, Progesteron <1.0 tapi 2 bulan lepas FSH saya 76 LH 35, Estrogen 300 dan repeat test utk fsh 65, LH 33. ada x kebarangkalian untuk saya mengandung apabila hormon fsh saya kembali normal? boleh x saya buat ivf?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum doc. Saya sekarang tengah mencuba untuk mendapatkan rawatan kesuburan ni dengan doc. InShaaAllah. Diizinkan olehNya, saya akan jumpa doc. Amin

    Saya mengalami masalah period yang tidak teratur sejak zaman remaja hingga ke sekarang (29tahun). Period saya datang setiap bulan tetapi hanya tompokan (brown, macam diakhir-akhir period). Tapi itulah yang sering saya alami setiap bulan sehingga selepas berkahwin. Jika period yang betul betul keluar darah period, kadang-kadang dalam tempoh 5-6 bulan sekali sahaja dan selebihnya yang datang adalah tompokan.
    Saya pernah melakukan scan dibahagian bawah perut dan jawapan yang diperoleh adalah OK dan tidak ada sebarang ketumbuhan atau cyst. Doc, apakah punca utama masalah saya ini? Saya sendiri kurang arif. Saya sememangnya ingin mencuba ingin mendapatkan zuriat.

    ReplyDelete