Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 16 October 2013

'Sekolah lamaku'



Lama sudah saya tidak menjengah laman sesawang ini.
Telah berwajah baru.

Ini tidaklah menghairankan kerana mereka mempunyai staf IT yang kuat, sementara kami terpaksa berkongsi dengan keseluruhan jabatan2 di hospital Pantai KL itu. Nak masukkan ke dalam sesawang tatapan umum bukanlah mudah kerana terpaksa melalui tapisan bukan sahaja di peringkat PHKL tetapi di peringkat Pantai Holdings pula.
Tapisan demi tapisan.
Inilah sebabnya laman sesawang kami nampak seperti tidak di-update langsung.
Hmm....say no more.



Doktornya masih sama.
Dahulunya ada 3 orang kuat dan seorang baru sahaja join, kini setelah 10 tahun saya ke sana cuma ada tambahan seorang.

.
.
.

Inilah tempat saya menimba ilmu IVF.
Danke schön!




Inilah juga tempat saya belajar ilmu ultrasound bab kesuburan dengan teratur dan mendalam. Baru ku tahu nak mencari apa yang sepatutnya pada kaca monitor scan itu.

Benarlah kata pujangga;

"The eyes cannot see what the mind doesn't know"


Bukanlah setakat nak ukur 'kantung telur' dah besar ataupun tidak. Banyak informasi lain yang terpampang tetapi lazimnya tidak dikenali. Maka kepada mereka yang selalu mengadu kepada nurse saya 'kenapa Dr Adilah boleh nampak tapi sebelum ni tak ada orang pun bagitau saya ada macam tu?'; haaa...itulah jawapannya. Dan saya akan mengajak suami mereka sekali untuk melihat imej scan pada monitor itu. Dan mengajar mereka sekali macamana nak tengok.




Mereka (FCH) kini melaporkan peratus kejayaan setinggi 60-80% (kumulatif 3-4 cycles) dan data ini bukanlah data SS (syok sendiri) tetapi angka ini diperolehi daripada badan pendaftar IVF di negara itu (nampak ada perkataan ivf register di bahagian nota kaki laman?).

Itupun mereka terikat dengan peraturan-peraturan seperti : tidak boleh membekukan embrio melebihi tahap 2pn (umur sehari), mereka masih boleh mendapatkan peratus kejayaan setinggi itu.

Ya.
Di negara itu, ada satu badan berdaftar (IVF Register) yang memasukkan setiap nama mereka yang menjalani rawatan IVF dan dipantau hasilnya. Ini bukanlah wajib ke atas setiap pusat IVF di sana, ianya secara sukarela. Dan FCH telah menawarkan diri untuk 'diaudit'. Di sana juga hanya pusat IVF yang mencapai peratus kejayaan tertentu sahaja yang diberikan pembiayaan ke atas pesakit-pesakit (atas syarat-syarat tertentu).













Wednesday, 9 October 2013

Berat badan dan kesuburan




Formula mengira BMI (body mass index) :

1. Ambil ukuran ketinggian (dalam unit m) dan nilai itu kemudiannya diganda-duakan.
2. Ambil ukuran berat (dalam unit kg)
3. Gunakan formula di bawah :

BMI = berat / ketinggian 2  (dalam unit kg/m2)


BMI underweight       : kurang daripada 19 
BMI ideal                   : 19-24.9 
BMI overweight         : 25-29.9
BMI obese                  : 30-34.9
BMI morbidly obese   : 35 ke atas


Ada juga yang menggunakan nisbah ukurlilit pinggang : punggung (hip-waist ratio).
Ada juga yang mencipta formula 'baru' 


Apa-apapun;
Mempunyai berat badan berlebihan, terutamanya obese dan morbidly obese; memberikan kesan-kesan di bawah:

1. menurunkan tahap kesuburan
2. merendahkan peratus kehamilan dengan rawatan kesuburan
3. meningkatkan risiko keguguran
4. menyukarkan pemantauan sewaktu kehamilan
5. menyukarkan pemantauan dan pengedalian sewaktu proses kelahiran
6. dan lain-lain.


Kajian melaporkan risiko keguguran meningkat sebanyak 2-2.7 kali ganda (38.1%) bagi mereka yang obese (BMI 30 ke atas) berbanding hanya 14-20% bagi mereka yang tidak obese. Rugi rasanya jika membelanjakan wang beribu RM untuk menjalani rawatan kesuburan tetapi akhirnya keguguran disebabkan obese.


Dapatkanlah nasihat pemakanan dari pakar pemakanan (dietician). Mereka bukan memberikan nasihat kosong tetapi berasaskan keperluan kalori anda secara individual. Malah, mereka akan memberi panduan pemakanan berdasarkan pengiraan kalori dalam jenis-jenis makanan yang sering dihidangkan di Malaysia.


Gambar ini diambil daripada 'folder' laporan ujian darah saringan kesihatan (Pantai Premier Lab), ada sesiapa yang dah tengok senarai panjang kandungan kolesterol dalam makanan harian kita ni? Jangan lupa, kurangkan kolesterol dalam makanan. Elakkan mengambil kolesterol melebihi 300mg setiap hari. Bagi mereka mempunyai penyakit jantung, elakkan mengambil melebihi 200mg setiap hari.




Juga, tiada jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Hanya 2 perkara : DIET MODIFICATION dan REGULAR EXERCISE. 
Senang nak suruh tetapi sebenarnya susah nak diikuti.


Mereka yang obes dan dalam rawatan kesuburan, cuba letakkan 'aim' menurunkan berat badan sebanyak 5% sahaja dalam masa 3-6 bulan daripada berat badan sekarang. Walaupun seelok-eloknya
sebanyak 10% tetapi dikhuatiri ia akan menjadikan kita mudah berputus asa apabila tidak dicapai. Kajian menunjukkan ovulasi boleh kembali pulih apabila berat badan turun sebanyak 5%, seeloknya 10%.


Saya teruja apabila mengetahui beberapa pesakit mempunyai 'Peraduan Menurunkan Berat Badan' di kalangan rakankerja di pejabat mereka. Ada hadiah lagi :) Ini dikatakan motivasi. Bukan senang untuk kita sahaja yang 'diet' tetapi rakan meja sebelah makan beria-ia. Kalau menang, dapat hadiah pula tu. Yang kalah kena bagi hadiah (tak perlu mahal-mahal) kepada yang menang. Suami mungkin boleh memberikan galakan seperti ini.


Tetapi langkah pertama, jangan tinggalkan sarapan pagi. Ini akan memberikan informasi palsu kepada otak kita supaya mengurangkan metabolisma badan. Hasilnya ? Sama sahaja.



Marilah kita bersenam dan amalkan pemakanan berkhasiat.
Ouch! (terkena batang hidung sendiri)

Tuesday, 1 October 2013

Forum Infertiliti 5hb Oktober 2013 di PHKL



Baru nak mula hidupkan semula.
Harap-harap selepas ini ada kelapangan untuk meneruskan aktiviti ini.

Mulai bulan ini, saya telah menutup sesi klinik pada hari Sabtu atas sebab peribadi. Senarai 'priority' hidup telah disemak dan disusun semula.

Tetaapi saya masih ke hospital jika perlu eg merawat pesakit di wad (jika ada), memeriksa pesakit di klinik (jika tidak dapat ditunda/dielakkan)



Maka;
Pada Sabtu 5hb Oktober ini, saya berkelapangan untuk menghidupkan semula sesi Forum Infertiliti yang dijadualkan setiap bulan (tetapi berselang giliran dengan pakar-pakar infertiliti lain). Ini bermakna, pada setiap bulan (sesi), seorang doktor pakar dan seorang embriologis akan menjalankan sesi ini.


Tempat terhad kerana kami mengutamakan sesi kumpulan bersaiz kecil (20 pasangan sahaja setiap kali) untuk memudahkan sesi perbincangan. Tempoh pun sekejap sahaja iaitu sekitar 2-2.5 jam.


Antara yang dibincangkan :

1. IUI dan IVF
2. Panduan memilih pusat IVF
3. IVF - 'blastocyst culture' - the way forward


Bayaran dikenakan pada kadar minima.

Sila hubungi 03-22960892 atau 03-22960888 jika berminat.