Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 14 March 2013

25.8 dan 28.6

Saya dah mula suka melihat nombor-nombor ini.

25.8% - clinical IUI pregnancy rate per cycle pesakit-pesakit saya yang menjalani IUI dalam tahun 2012, diikuti oleh 16% by a fellow gynaecologist. Ini adalah menurut laporan/emel dari embriologis yang mengira statistik secara purata keseluruhan, juga mengira secara individual/berasingan doktor2 di PHKL. Bolehlah merujuk kepada beliau untuk pengesahan dan maklumat lanjut.

28.6% - biochemical IUI pregnancy rate per cycle pesakit-pesakit saya yang menjalani IUI bulan Februari 2013 yang baru lepas. Ini cuma pengiraan dari buku saya, laporan secara 'official' oleh pihak ketiga (oleh embriologis) lazimnya dibuat selepas tamat tahun 2013 ini.

(clinical pregnancy rate = apabila kehamilan disahkan secara imbasan scan ke atas kantung kandungan yang mengandungi janin dan jantung janin)

(biochemical pregnancy rate = apabila kehamilan disahkan secara ujian eg ujian darah BhCG. Baru lagi pun, memang belum nampak janin/jantung lagi)



Mari kita kaji 5 daripada mereka yang hamil secara IUI Februari lepas. Kesemuanya belum pernah hamil sebelum ini.
(Memandangkan saya masih ada masalah meng-upload gambar2, post kali ini hanyalah dalam bentuk tulisan sahaja dan akan diserikan dengan gambar2 kemudian hari).


Kes pertama
Usia 29 thn, tempoh berkahwin 5 thn 6 bulan (Ogos 2007). 
Mempunyai 'multiple fibroids' tetapi kesemuanya jenis subserosal (4.6 cm x 3 cm, 4.6 cm x 3.2 cm dan 3.2 cm x 3 cm). Uterus - anteverted, anteflexed.

Percubaan IUI kali ke2 (kali pertama di sebuah pusat perubatan di Shah Alam). HSG normal.
Ubat kesuburan yang digunakan : clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula hari Day3.
Bilangan telur matang - 2.
Ketebalan lapisan endometrium - 8.4mm.

IUI Day 13 (18.02.2013)
Motile sperm selepas 'cuci' - 0.5 ml x 71.5 mio/ml x 95% = 33.96 juta
Luteal support - vaginal progestin.

BhCG 37.8 IU/L (04.03.2013 - 14 hari selepas IUI)




Kes kedua
Usia 33 thn, tempoh berkahwin 2 thn 8 bulan (June 2010). 
Penilaian asas saya dapati normal. Uterus anteverted, anteflexed. HSG normal.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan yang digunakan - pil clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula Day2.
Bilangan telur matang - 2.
Ketebalan lapisan endometrium - 7mm.

IUI Day 15 (21.02.2013)
Motile sperm selepas 'cuci' = (akan diisi kemudian)
Luteal support - vaginal progestin

BhCG 751 IU/L (11.03.2013 - 18 hari selepas IUI). Paras ini tinggi kerana beliau membuat ujian darah itu lewat dari tarikh yang disuruh (ada juga pesakit lain yang sengaja melambatkan tarikh ujian kerana tidak yakin/ tidak mahu kecewa awal jika keputusan negatif)



Kes ketiga.
Usia 34 tahun, tempoh perkahwinan 4 tahun 9 bulan (May 2008).
Mempunyai multiple uterine fibroids tetapi kesemuanya jenis intramural dan subserosal (4cm x 3cm dan 3cm x 3cm). Uterus anteverted, anteflexed.
HSG - tiub tidak tersumbat tetapi ada petanda perlekatan.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan yang digunakan - pil clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula D3.
Bilangan telur matang - 1
Ketebalan lapisan endoetrium - 8mm.

IUI Day 15 (09.02.2013)
Motile sperma selepas 'cuci' (VCM) - (akan diisi kemudian, lupa)
Luteal support - oral progestin.

BhCG 51.7 IU/L (22.02.2013 - 13 hari selepas IUI)



Kes keempat
Usia 37 tahun, tempoh perkahwinan 1 tahun 9 bulan (May 2011).
Polycystic ovaries, endometriosis, uterine fibroids. Uterus retroverted, retroflexed.
Menjalani pembedahan ke atas endometriosis, fibroid dan polycystic ovaries serta tiub tersumbat pada Julai 2012 disusuli dengan ubat-ubatan. (complete blockage of the right tube, minimal spillage of dye from the left tube). Rahim tidak dibetulkan kedudukan.
HSG selepas tamat ubat - normal.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan yang digunakan - (terlupa nak salin nota).
Bilangan telur matang - 4
Ketebalan lapisan endometrium - pada mulanya 5.5mm tetapi dgn ubat tambahan, ia menebal kepada 8mm pada hari IUI.

IUI Day 16 (21.02.2013)
Motile sperm selepas 'cuci' (VCM) - 0.5ml x80.9 mio/ml x 95% = 38.43 juta.
Luteal support - vaginal progestin

BhCG - 153.8 IU/L (07.03.2013 - 14 hari selepas IUI)


Kes kelima
29 tahun, tempoh perkahwinan (lupa juga nak catat).
Bilateral proximal tubal blockage.
Menjalani pembedahan membuka tiub falopian, disusuli dengan ubat-ubatan.
HSG selepas tamat ubat - patent tubes.
Percubaan IUI kali pertama.

Ubat kesuburan digunakan - pil clomiphene citrate 100mg untuk 5 hari bermula D3 dan suntikan FSH.
Bilangan telur matang - 3.
Ketebalan lapisan endometrium - mulanya 5mm tetapi dgn ubat tambahan, ia menebal kepada 8.8mm pada hari IUI.

IUI Day 15 (14.02.2013)
Motile sperma selepas 'cuci' (VCM) - 0.5ml x 21.1mio/ml x 81.4% = 8.58 juta sperma.
Luteal support - vaginal progestin

BhCG - 116.8 IU/L (28.02.2013 - 14 hari selepas IUI)



Masih ramai yang mengatakan IUI tidak memerlukan kemahiran. Jika tidak diambil perkara-perkara tertentu secara teliti serta difahami akan logik/teorinya dan IUI dianggap sesuatu yang teknikal sahaja, sesiapa  pun boleh diajar buat prosedur IUI. Memang senang nak buat pun, terutamanya kalau nak ringkas - hanya masukkan tiub ke dalam lubang serviks/pintu rahim, kemudian agak-agak dalam 6 cm ke dalam, terus tekan syringe yang mengandungi cecair sperma.

Tetapi;

Setiap perkara ada kesenian membuatnya.
Perlu faham/tahu dengan apa yang kita buat.
Faham secara teori; mengapa sesuatu perubahan itu berlaku supaya kita tahu apa nak buat.
Barulah kita buat dengan betul.
Kerana dengan mengabaikan perkara-perkara kecil tetapi sebenarnya penting;
Peratus kejayaan boleh menjadi tidak optimum.
Dan bukan sahaja pelaburan tidak berjaya,
Masa juga terbuang dan usia (termasuk usia telur-telur kita) semakin bertambah.


Kesemua pesakit IUI pada bulan Februari tidak berehat/berbaring hatta walaupun 5 minit selepas IUI. Habis sahaja nurse saya membuangkan alat-alat 'disposables' di atas katil pada penghujung kaki pesakit, mereka terus dibenarkan bangun dan duduk di meja perundingan untuk pesanan/nasihat seterusnya.



Sunday, 3 March 2013

Q&A PArt 11 (April 2012)

SILA PASTIKAN ANDA FAHAMI DISCLAIMER DI ATAS.
KEPADA YANG MEMBERI SALAM - SALAM KEMBALI WARAHMATULLAH.
KEPADA YANG BERTERIMA KASIH - SAMA-SAMA
KEPADA YANG MASIH MENUNGGU JAWAPAN, HARAP BERSABAR
MAAF PADA YANG TERLEWAT MENDAPAT JAWAPAN, SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT/PANDUAN KEPADA YANG LAIN.


Berikut adalah soalan2 yang diajukan dalam bulan April 2012.

On Rahsia Tarikh Lahir (2 Nov 2011)

salam doktor,
1-saya umur 13 tahun, masalah saya ialah pada akhir bulan 3 iaitu antara 22-28 mac (mungkin), saya didatangi dengan cecair coklat (sebelum haid), tetapi tempoh cecair coklat itu antara 5 hari, selapas 5 hari cecair coklat itu tiada. tetapi saya didatangi haid pada 7 april...tetapi pada 5 atau 6 april, saya didatangi keputihan (warna putih dan ade yg berketul-ketul), adakah ia normal?
2-saya kene inject(tentang kanser serviks) pada bulan 1,selepas itu saya berpindah ke sekolah lain, di sekolah baru, mereka baru nak suntik dos pertama,setahu saya setiap 3 bulan kena suntik tetapi saya masih tidak disuntik lagi apabila sudah melebihi 3 bulan, apa yg perlu saya lakukan?
3-payudara dan dada saya mempunyai bulu2 halus, adakah patut saya gunting bulu tersebut? adakah dia dibenarkan dalam islam? harap doktor boleh membantu...
berat saya 38 kg dan tinggi saya 155cm


Nash

1 - haid bagi remaja lebih kerap tergangu akibat kesan stress eg exam dsb. Haid dan keputihan adalah 2 masalah yang berbeza. 
2 - suntikan vaksin kanser serviks bukannya setiap 3 bulan tetapi menggunakan jadual berikut (mengikut jenis vaksin yang diberikan secara percuma ke atas pelajar sekolah di Malaysia):

- tempoh jarak suntikan pertama dan kedua adalah 1-2 bulan dan tidak boleh lebih cepat dari 4 minggu
- tempoh jarak suntikan kedua dan ketiga pula tidak boleh kurang daripada 3 bulan
- tempoh jarak suntikan ketiga adalah sekurang-kurangnya 6 bulan dari suntikan pertama
Jadi, adik tidak perlu risau.

3- tidak perlu gunting bulu tersebut. Berkenaan hukum, harap bertanya pada yang lebih alim.


salam doktor, 

isteri saya..30 . last haid 6.2.2012.kitaran kekal 28hari diawal mnggu ke 6 ada sport bleeding coklat yg keluar sehari sekali..shggalah hari ke 4 bleeding bertukar warna merah cerah tak banyak...kami jumpe pakar OnG swasta dan di sahkan kandungan tak membesar seperti dijadualkan setelah melakukan scan di bahagian faraj dan doktor itu ade memberitahu kantung hanya 1cm sahaja dan terdapat sedikit ketulan darah dalam tu. doktor itu telah menawarkan untuk masuk ubat turun darah pada rahim saya.. dalam 5 jam berikutnya saya mengalami sakit yg tidak kuat pada bahagian ari2....dan keluar ketulan berwarna putih bila dipicit ianya pecah..masa tu tiada ketulan darah yg keluar. hari ketiga saya merasa sakit sedikit di tempat yg sama dan keluar ketulan darah yg panjg dan darah keluar agak byk esoknya berlaku perkara yg sama shggalah hari ke 5 selepas ubat turun darah(pil) di masukkn. Temujanji seterusnya pada hari ke 8 (16.4.2012) dan doktor O&G scan melalui saluran bawah dan di sahkan terdapat saki baki lagi dan di gesa untuk mmbuat DNC, kami mintak doktor tu mmbuat surat untuk membuat DNC d hospital ampang...doktor disana mengesahkan kantung isteri saya elok membulat dan terletak didalam rahim dan jangkaan kantung tu 6mggu..tiada apa2 didalam..doktor mintak saya tggu sbln untuk melihat perkembangannya dan pada 16.5.2012 saya perlu dtg semula.sekarang dalam delima sbb saya dah mkn habis antibiotik dan sport bleeding masih berlaku lagi..sehingga lah sekarang 21.4.2012..di harap doktor dapat membantu tq
(hari ke 6 sport bleeding keluar agak coklat kehitaman sehinggalah kehari ini).,.

Isa

Jawapan
Boleh pastikan dengan membuat ujian darah BhCG 2 hari berturut-turut. Sekiranya paras hormon BhCG meningkat, ini bermakna kandungan masih ada. Tetapi jika paras hormon menurun, ini bermakna kandungan tersebut telah tiada dan isteri anda boleh memilih untuk :

- mengulangi ujian darah kali ketiga jika anda berdua masih was-was.
- menunggu ia keluar sendiri (di samping doktor memantau perubahan pendarahan/ujian darah/jangkitan kuman anda)
-  menjalani prosedur D&C




On Kanser (8 Mac 2012)

Salam, Dr Adilah,

Sy berumur 30 thn, soalan sy ialah sy mendapati ada bonjolan di dalam faraj sy.. Sebelum ini sy tidak perasan samada ada ataupun tidak? Sy telah berkahwin hampir 3 tahun dn sudah 3 kali keguguran.. Dan selepas kali ke3 keguguran sy mengalami keputihan yg pekat berwarna putih ttp tidak gatal. Ingin tahu apakah nasihat doctor..

Wanita risau, 
Mia


Jawapan
Faraj wanita panjang. Anda tak jelaskan di bahagian manakah faraj tersebut terdapanya bonjolan. Yang paling kerap adalah bonjolon berhampiran bukaan faraj, bonjolan tersebut dinamakan cyst Bartholin. Ia tidak bahaya tetapi boleh terus membesar (boleh menjalani pembedahan minor secara elektif) atau mengalami jangkitan kuman (perlu segera dibedah).

Keguguran 3 kali berturut-turut pelu disahkan/dipastikan kerana ia boleh memberikan implikasi yang besar. Jika sah anda pernah hamil dan gugur 3 kali, anda disarankan menjalani beberapa siri ujian (kebanyakannya ujian darah) untuk mengesan beberapa jenis kemungkinan penyakit, ia melibatkan kos yang mahal.


assalamualaikum,
kalau saya nak buat IVF dengan Doc, hospital mana yg Doc lebih selesa? Pantai @ Pusrawi? bilakah tarikh (hari ke berapa slps period) sesuai untuk Doc check? saya tinggal d pahang & sukar nak selalu berulang alik ke KL. thanx.....


Mawar

Jawapan
Untuk anda , lebih mudah ke Pusrawi kerana lebih hampir di sana. Tetapi saya cuma ada satu sesi sahaja di sana iaitu Rabu petang. Prosedur IVF (OPU dan ET) pula hanya dilakukan di Hospital Pantai KL.


salam doc...
sy harap doc dapat membantu saya..
saya sedang mengandung sekarang...saya nak tau la boleh x ibu yg hamil minum air bergas? masa mengandung ni la saya teringin nak minum...boleh x doc terangkan pd saya..harap sngat doc dapat membantu saya,,,,
terima kasih.. =)


Dila

Jawapan

Saya belum menjumpai kajian ke atas wanita hamil yang meminum air berkarbonat/bergas. Walau bagaimanapun, minuman berkarbonat ada kandungan gula yang tinggi, berlebihan gula tidak baik untuk kesihatan. Lebih elok mengambil sikap bersederhana. Bila teringin sangat, mungkin boleh ambil seteguk dua.





On Q&A Part 3 (22 September 2011)

Salam Doc,

Saya sudah berkahwin selama stahun 2bulan, masih belum hamil. Period saya regular tetapi ade sedikit masalah senggugut. Saya telah menjalani rawatan dengan doktor pakar sejak usia perkahwinan 7 bulan lagi. Saya telah menjalani rawatan IUI sebnayak 3 kali. Waktu pertama kali saya buat IUI, gagal dan doktor telah kenalpasti saya ada masalah vaginismus. Spekulum yang kecil pun x boleh masuk. Dalam masa 2 bulan, saya menjalani treatment dengan vaginal dilator dan Alhamdulillah saya semakin pulih.
Kemudian saya menjalani lagi rawatan IUI utk kali ke-2, dengan mengambil clomid selama 5 hari , sebiji setiap hari. Namun IUI masih gagal. Tetapi doktor telah mengesahkan IUI berjalan dgn lancar (spekulum boleh masuk).
Untuk IUI kali yg ke-3, doctor telah memberikan clomid dgn dos yg lebih tinggi, 2biji sehari selama 5 hari. Waktu yang sama doctor telah mengesyorkan saya utk mengambil supplement DHEA 25mg. Sebelum membuat IUI, doctor telah mmbuat TVS dan ade satu telur yg agak besar. Dan doctor mengesyorkan IUI pada hari ke-15.
Masalahnye sekarang ialah pada hari ke-19, saya mengalami 'bleeding' yang agak heavy pada hari pertama dan kedua (warna seperti coklat2). pada hari ke3 & ke-4 darah semakin kurang dan stop. Pada hari ke-3 bleeding, saya berjumpa dgn doctor dan doctor telah scan rahim dan ternampak seperti ade 'benda' di dalam rahim saya. Tetapi doctor tidak dapat nk pastikan benda apakah itu. Kerana selama saya membuat permeriksaan (hampir setiap bulan scan) memang tak pernah nampak benda asing tersebut. Merujuk pada history saya, saya tidak pernah mengalami period dua kali sebulan. Dan doktor tersebut juga berpendapat itu bukan lah period. 
Apa yang merunsingkan saya ialah sehingga hari ini saya masih belum period lagi (hari yg ke-34)sedangkan kitaran haid saya setiap bulan adalah tepat 28 hari. Saya dah membuat UPT tetapi hasilnya -ve. Saya nk tanye pendapat doc, 
1.adakah 'bleeding' hari ke 19 itu period atau darah penyakit?
2. Adakah 'benda asing' di dalam rahim itu polyps atau sedang berlaku implantation? atau ade penyakit lain?
3. Adakah DHEA yg telah menyebabkan saya bleeding pada hari ke-19 kerana setahu saya DHEA ni adalah pil hormon dan mungkinkah hormon saya terganggu?
Saya sangat berharap doc dpat memberikan advice, saya sangat runsing dgn keadaan sekarng. 

Terima Kasih,Dee


Jawapan

1. Mungkin bleeding implantation, mungkin juga bleeding akibat prosedur IUI melukakan endometrium atau serviks
2. Pada 4 hari selepas IUI, jika benar embrio terhasil sehari selepas IUI, masih belum berlaku implantasi lagi. Di dalam rahim mungkin kelihatan tompok keputihan seperti yang dilihat sejurus selepas IUI. Mungkin juga sebenarnya tisu pendarahan ataupunendometrium yang mula berubah kepada fasa 'secretory'.
3. DHEA tidak menyebabkan pendarahan sedemikian. 
Jika anda sedang mengambil ubat 'luteal support' ini mungkin menjelaskan mengapa anda masih belum didatangi haid. Namun ada juga kemungkinan anda hamil. Ujian air kencing lambat positif. Ujian darah BhCG lebih cepat. 





On Unstimulated IUI (24 Februari 2012)

Slm doc...klu ada adenomysis dan dah operate boleh buat iui tak?doc yg dulu ckp pangkal tiub sy dah penuh dgn adenomyosis.

Mummwannabe

Jawapan
Ini perkara baru. Setahu saya, adenomyosis adalah nama khas untuk endometriosis di dalam rahim. Tiub fallopian bukanlah rahim. Mungkin apa yang doktor maksudkan adalah adenomyosis berhampiran tiub falopian. Cuma sukar nak bayangkan apabila dikatakan PENUH dengan adenomyosis. Adakah doktor anda maksudkan sekeliling pangkal tiub terdapat banyak ketulan adenomyosis?

Dah buat ujian tiub falopian selepas pembedahan? Jika tiub masih tidak tersumbat, boleh cuba IUI. Tetapi eloklah dapatkan maklumat lanjut keadaan endometriosis anda sebenar.


Soalan
Salam, kalau nak buat appointment untuk iui nak contact macam mana yer? Untuk pengetahuan Dr, saya makan clomid start dari day 3 (14/04/2012). Pada 25/04/2012, scan ada 3 telur yang besar diameternya (20 mm). Saya disuntik dengan pubergen dan doktor minta buat secara natural dulu dan juga beri progynova sebab dinding rahim ketika scan cuma seteval 5.9 mm. Sebelum ni, saya pernah mengandung dalam tahun 2010 tetapi gugur. Saya nak buat iui jika saya period pada bulan 5 ni. Harap doktor bolehberi maklumat
@d_@yu

Jawapan
Sila lihat di bahagian kanan 'webpage' ini.





On IUI (10 November 2009)

Salam Doktor,

Saya nak tanya kalau dah buat BTL dan teringin semula nak anak,,,boleh tak saya membuat IUI? terima kasih doktor...

Magerit


Jawapan
Tidak boleh kerana tiub fallopian telahpun terputus laluannya. IUI memerlukan tiub falopian. Anda boleh memilih untuk membuat IVF ataupun pembedahan menyambung semula tiub falopian, tetapi kaedah pembedahan mikro ini tidak banyak yang berjaya memandangkan parut pada kawasan jahitan sambungan boleh terbentuk dan mengganggu laluan sperma/enbrio serta sifat panjang tiub yang telah berubah. Itupun bergantung kepada teknik BTL anda. Contohnya kaedah 'fimbriectomy' sangat sukar dibetulkan kerana jejari fimbria telahpun dibuang. Risiko kehamilan ektopik bagi yang telah pernah menjalani pembedahan tiub falopian juga lebih tinggi.





On Ectopic Pregnancy (4 Mac 2011)

salam doc...saya mengalamai ectopic ( dibahagian cornu) pada bulan Mac ketika kandungan hampir 2 minggu..terlewat dikesan kerana pada peringkat awal doc kata sy gugur dan saya telah buat d&c..tetapi sebulan kemudian doc kerajaan mengesahkan saya sebenarnya ectopic dan tidak pernah gugur...saya telah menjalani laparoscopic pada 22/3/2012 dengan membuang tiub kiri dan sebahagian kecil rahim. tetapi saya disahkan hamil semula pada 23/4/2012 melalui ujian air kencing dan ujian darah (beta hcg)..persoalannya..adakah terlalu merbahaya kepada saya jika diteruskan kandungan ni atau saya perlu gugurkan
Siti

Jawapan
Kandungan ektopik cornu lebih bahaya kerana ia melibatkan kawasan pangkal tiub falopian yang bersambung. Ini bermakna anda baru sahaja menjalani pembedahan ke atas rahim. Saya tak pasti berapa kecilkah kawasan rahim yang terpaksa dibuang. Anda bolehlah mendapatkan maklumat tersebut daripada doktor yang melakukan pembedahan itu.