Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 30 December 2013

Penutup 2013

Kes terakhir fresh-cycle IVF 2013 saya

Usia 34 tahun.
Berkahwin Disember 2007.
Pernah menjalani pembedahan laparotomi pada 2009 kerana masalah berkait kesuburan.

Pernah menjalani IVF (tak pasti sama ada IVF atau ICSI) di hospital lain di KL ini dalam bulan Disember 2012.
Pada waktu itu, beliau menggunakan sebanyak 2475 IU suntikan FSH (225 IU setiap hari selama 11 hari).
Antagonist protocol.
OPU dapat 8 telur.
Pada Day3 : dimasukkan 3 embrio, disimpan-beku 3 lagi baki embrio pada hari yang sama (manakala 2 lagi embrio tidak elok maka dibuang)
Ketiga-tiganya gred 8c1 iaitu gred cantik dan bilangan sel pun teleh berkembang bagus untuk embrio hari ke-3
 - tidak pregnant.
Frozen cycle (September 2013) - dimasukkan selebih 3 embrio beku itu pun pada usia Day3 (iaitu 'thawing' dan ET dilakukan pada hari yang sama) 2 embrio masih cantik pada gred 8c1 sementara 1 lagi pada gred 4c2
 - pun tidak pregnant
Dah tak ada baki embrio beku lagi dah.


Beliau berjumpa saya selepas itu.
Berdasarkan kiraan folikel antral, usia, paras AMH (8.5 pmol/L), dos suntikan sewaktu IVF dahulu; saya menetapkan dos rangsangan 300 IU setiap hari.
'Antagonist Protocol'

(Cikgu saya ajar dos selamat suntikan rangsangan seeloknya berpandukan kepada 3A : age, AFC (antral follicle count) dan AMH (anti-Mullerian hormone) di samping faktor lain eg dos IVF sebelum itu (jika ada) dan 'response'nya iaitu bilangan telur, OHSS)
Itupun kadang-kadang masih terkena juga OHSS (saya pun suka ter-over diagnose OHSS, lebih elok daripada buat tak tahu dan kemudiannya jadi lagi teruk).
Jumlah keseluruhan dos rangsangan FSH adalah 2,700 IU (sekarang, jarang saya guna setinggi ini, biasanya sekitar 1500 IU sahaja)

Endometrium pun menunjukkan pertumbuhan optimum (memang dijangkakan).
OPU pada 14.12.2013 dapat 10 telur. Kesemuanya telur matang (M II) tetapi satu daripadanya tidak normal.
ICSI ke atas kesemua 10 telur. Menurut embriologis, terdapat kesulitan sewaktu prosedur ICSI iaitu 'thickening of Zona Pellucida', susah nak suntik, rasanya kalau dibiarkan IVF mungkin sperma susah nak 'tembus' kulit telur tu.  

Keesokannya 6 jadi embrio.
Pada hari ke-5 (19.12.2013), 2 telah menjadi blastocyst, 3 masih tahap morula dan 1 masih tahap blastomere 6-sel







Saya masukkan 2 blastocyst, berlainan gred. Anda boleh nampak pun salah satu sifatnya dalam 'grading' iaitu : berlainan saiz (kami panggil degree of expansion)


Ini yang dinamakan blastomere, kita masih boleh nampak bentuk sel-selnya. Pada hari ke-5 embrio ini masih seolah-olah berusia hari ke-3 sahaja kerana baru ada 6 sel. Yang ini bersama-sama 3 morula yang lain telahpun dibekukan dan disimpan.



Beliau baru disahkan hamil dengan BhCG 228 IU/L (beliau tidak menggunakan suntikan hCG untuk 'luteal support')
Tahniah!
Ingat pesan saya, mesti pakai ubat mengikut arahan saya, bukannya atas rujukan orang lain.
Ini kerana lain doktor IVF, lain kaedahnya.
Malah bagi saya sendiri, lain pesakit, lain jenis dan susunan ubatnya. 


Namun, tidak semua dikurniakan rezeki pada tahun ini.
Kes terakhir FET yang saya maklumkan dalam entry sebelum ini tidak hamil. Ujian BhCG < 2 IU/L. Apa pun, terima kasih kerana mendoakan beliau tadi. Belum ada rezeki.

.
.
.
.
.


(terima kasih kepada empunya isteri kerana sudi memberikan kebenaran menggunakan gambar ini)

Ini pula kes pertama fresh-cycle IVF tahun 2013. Blastocyst culture juga. Saya masukkan 2 embrio blastocyst. Beliau memilih untuk bersalin di PHKL dengan Dr Idora, bersalin normal dan cukup bulan. Kami dijemput menghadiri kenduri aqiqah bayinya, tetapi saya tidak sempat. Sungguh terharu (meremang buluroma) apabila diberitahu ayahnya tidak berhenti-henti mencium sambil menitiskan air mata sewaktu gambar ini diambil. Begitulah kasihnya seorang ayah. Dengar cerita, ayahnya nak buat bilik khas di ofisnya untuk si kecil ini sebab sekarang asyik-asyik nak balik jenguk anak (bukan nak jenguk isteri ya? haha, gurau saja)

Beria-ia betul pasangan ini meraikan majlis itu, saya pun dikirim cenderahati. Terima kasih atas ingatan. Bila saya usik "Ini nanti nak sambut menantu macamana meriah pula agaknya", dia jawab "Tu la Dr, nak buat macamana, dah 9 tahun menunggu."



6 comments:

  1. :) 2013 yg penuh dgn kenangan manis..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum dr...mnta maaf sy nak tnya..kalau cuti2 mcm raya cina ke, dr bertugas x ea? Sy kerja governmt..cikgu...susah nk dpt cuti...kalau nk buat treatmnt kena cari cuti sekolah pula...berhasrat nk jumpa dr adilah...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Embriologis saya sambut raya Cina dan dia akan bercuti seminggu. Cuti sekolah belum pasti kerana saya selalunya menemani anak (bercuti sekolah) walaupun jika di rumah sahaja.

      Delete
  3. salam Dr Adilah. saya nak tanya jika rawatan gagal dpt bb maknanya kos bayaran tetap kena bayar ke? jazakillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Itu sebabnya saya telah mencadangkan kepada pihak hospital untuk menawarkan pakej 'reimbursement' (tetapi bukan 100%) cuma akan mengambil masa kerana dikatakan ianya memerlukan kebenaran/tapisan pihak. Kementerian

      Delete
  4. Assalam dr adilah..sy ivf patient..et 8hb 12.13..pd 5.1.14 ade bleeding skit..mlm nye coklat2 je..6.1.14 bleeding skit waktu pg...ptgnye coklat..7.1.14 sy jmpe gynea da tvs tp gynea ckp xde sac..so sy nk ty bleeding tu knape ye?ketebalan rahim ms tvs 10.thanks doc

    ReplyDelete