Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 24 November 2013

Lagi Berkenaan OHSS

Hanya disebabkan oleh OHSS, saya memberikan nombor hp saya untuk dihubungi pesakit IVF saya sekiranya jika berlaku apa-apa kecemasan atau ada kemusykilan mengenai OHSS.


Hanya sebab OHSS...

OVARIAN HYPERSTIMULATION SYNDROME



Malah, mereka diberikan sekeping kertas berinformasi dan berjadual yang saya karang mengenai OHSS:


1. (tiada kaitan dengan OHSS tetapi ada kaitan dengan penggunaan telefon) Mereka perlu terus menghubungi saya, sama ada whatsapp atau sms:

- apabila didatangi haid pada kitaran nak buat IVF (berserta 4 atau 5 serangkai soalan yang telah saya siapkan sebelum itu, bergantung kepada jenis/bilangan ubat yang diambil)

- memberitahu pada jam berapakah sebenarnya mereka mengambil suntikan 'triggering' (kerana kadangkala ada yang terlambat ambil disebabkan terlajak tidur). Memandangkan suntikan lazimnya diambil pada waktu tengah malam, saya pohon tunggulah sehingga keesokan siangnya untuk meng-sms atau whatsapp saya, tidak perlulah dan dan waktu itu juga ya.



2. Dalam masa 24 jam selepas prosedur OPU, mereka boleh (malah MESTI) terus mendial telefon saya sekiranya berlaku perubahan pada perkara-perkara yang saya telah suruh buat/pantau.



3. Sehari selepas OPU, saya akan memaklumkan secara whatsapp atau sms mengenai bilangan telur (matang dan tak matang) serta bilangan embrio yang telah menjadi dan menjadualkan tarikh masuk embrio (sama ada 5 atau 6 hari selepas OPU - kerana mulai tahun 2013, saya mengamalkan 'Embryo Transfer' peringkat blastocyst)



4. Setiap hari/pagi, mereka perlu meng-'update' saya melalui whatssapp atau sms mengenai:

- kadar denyutan nadi
- berat
- ukurlilit pinang
- jumlah minum
- jumlah air kencing
- tanda-tanda perut kembung, loya, muntah, pening, sembelit dll

SETIAP PAGI YA



M.E.S.T.I.

Ini kerana jika dibiarkan, OHSS boleh menjadi lebih teruk sehingga masuk peringkat kritikal. Saya selalunya tidak menunggu sehingga peringkat 'moderate' untuk pesakit dimasukkan ke wad. Biarlah saya OCD juga dalam bab ini.

Maka, sila beri perhatian.


Silalah faham sedalamnya mengenai risiko ini kerana OHSS tiada ubat sebenar. Prinsip rawatannya ada sedikit sama seperti merawat penyakit Denggi, iaitu menggantikan apa yang kurang.  Jangan sehingga sampai ke peringkat moderate (apa lagi peringkat severe) OHSS baru nak dapatkan rawatan.


Eloklah kedua-dua pihak saya dan anda mengambil langkah berjaga-jaga ini.


Bagi pesakit saya, ini termasuklah beberapa pantang larang dan panduan aktiviti sewaktu menjalani rawatan.

Do's and don'ts ada tertulis di dalam jadual di bawah.




Tetapi...
Janganlah ambil kesempatan pula sehinggakan setiap satu perkara kecil pun nak tanya saya. Sukar untuk saya beri perhatian pada setiap soalan sedemikian kerana anda bukanlah seorang sahaja pesakit saya. Sila baca 'gentle reminder' di bawah sekali pada borang itu tau.

5 comments:

  1. teringat ms buat ivf dulu..ms nk tgg blastocyst..setiap kali tgk nom tel doc appear kt skrin..mesti debar lain mcm..alhamdulillah baby dh 45hari dh..dh habis pantang..heheh

    ReplyDelete
  2. Zaman Ayu dulu belum ada lagi borang ni. Jgn lupa breastfeeding ya :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. :) semoga pesakit doc yg sedang menjalani ivf tercapai hasrat utk menjadi seorg ibu n ayah..mcm selalu doc pesan..jgn lupe doa..doa dan doa..

    ReplyDelete
  4. assalaamualaikum Dr..ingt saya lagi tak? Nk tanya Dr, since ivf hari tu saya masih belum ada rezeki, nak proceed ivf lagi ke or Dr ada opinion lain..kalau nak proceed ivf, nak kena tunggu ada pakej dulu..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam..sy nk tny doc..sy wat iui 4 kali dan ivf skali tahun lps kt gov tp kesemua failed..bln 3 ni sy bercadang nk wat ivf plak kt gov jgk..if x berjaya jgk,sy ingat nk wat ivf ngn doc adilah plak..utk pgetahuan doc,sy mmpnyai mslh OHSS..agak2 doc bpa kos ivf if sy consult ngn doc..apa pndangan doc ttg mslh sy ni?sy harap sgt pndangan dan opinion drpd doc..

    ReplyDelete