Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 9 October 2013

Berat badan dan kesuburan




Formula mengira BMI (body mass index) :

1. Ambil ukuran ketinggian (dalam unit m) dan nilai itu kemudiannya diganda-duakan.
2. Ambil ukuran berat (dalam unit kg)
3. Gunakan formula di bawah :

BMI = berat / ketinggian 2  (dalam unit kg/m2)


BMI underweight       : kurang daripada 19 
BMI ideal                   : 19-24.9 
BMI overweight         : 25-29.9
BMI obese                  : 30-34.9
BMI morbidly obese   : 35 ke atas


Ada juga yang menggunakan nisbah ukurlilit pinggang : punggung (hip-waist ratio).
Ada juga yang mencipta formula 'baru' 


Apa-apapun;
Mempunyai berat badan berlebihan, terutamanya obese dan morbidly obese; memberikan kesan-kesan di bawah:

1. menurunkan tahap kesuburan
2. merendahkan peratus kehamilan dengan rawatan kesuburan
3. meningkatkan risiko keguguran
4. menyukarkan pemantauan sewaktu kehamilan
5. menyukarkan pemantauan dan pengedalian sewaktu proses kelahiran
6. dan lain-lain.


Kajian melaporkan risiko keguguran meningkat sebanyak 2-2.7 kali ganda (38.1%) bagi mereka yang obese (BMI 30 ke atas) berbanding hanya 14-20% bagi mereka yang tidak obese. Rugi rasanya jika membelanjakan wang beribu RM untuk menjalani rawatan kesuburan tetapi akhirnya keguguran disebabkan obese.


Dapatkanlah nasihat pemakanan dari pakar pemakanan (dietician). Mereka bukan memberikan nasihat kosong tetapi berasaskan keperluan kalori anda secara individual. Malah, mereka akan memberi panduan pemakanan berdasarkan pengiraan kalori dalam jenis-jenis makanan yang sering dihidangkan di Malaysia.


Gambar ini diambil daripada 'folder' laporan ujian darah saringan kesihatan (Pantai Premier Lab), ada sesiapa yang dah tengok senarai panjang kandungan kolesterol dalam makanan harian kita ni? Jangan lupa, kurangkan kolesterol dalam makanan. Elakkan mengambil kolesterol melebihi 300mg setiap hari. Bagi mereka mempunyai penyakit jantung, elakkan mengambil melebihi 200mg setiap hari.




Juga, tiada jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Hanya 2 perkara : DIET MODIFICATION dan REGULAR EXERCISE. 
Senang nak suruh tetapi sebenarnya susah nak diikuti.


Mereka yang obes dan dalam rawatan kesuburan, cuba letakkan 'aim' menurunkan berat badan sebanyak 5% sahaja dalam masa 3-6 bulan daripada berat badan sekarang. Walaupun seelok-eloknya
sebanyak 10% tetapi dikhuatiri ia akan menjadikan kita mudah berputus asa apabila tidak dicapai. Kajian menunjukkan ovulasi boleh kembali pulih apabila berat badan turun sebanyak 5%, seeloknya 10%.


Saya teruja apabila mengetahui beberapa pesakit mempunyai 'Peraduan Menurunkan Berat Badan' di kalangan rakankerja di pejabat mereka. Ada hadiah lagi :) Ini dikatakan motivasi. Bukan senang untuk kita sahaja yang 'diet' tetapi rakan meja sebelah makan beria-ia. Kalau menang, dapat hadiah pula tu. Yang kalah kena bagi hadiah (tak perlu mahal-mahal) kepada yang menang. Suami mungkin boleh memberikan galakan seperti ini.


Tetapi langkah pertama, jangan tinggalkan sarapan pagi. Ini akan memberikan informasi palsu kepada otak kita supaya mengurangkan metabolisma badan. Hasilnya ? Sama sahaja.



Marilah kita bersenam dan amalkan pemakanan berkhasiat.
Ouch! (terkena batang hidung sendiri)

No comments:

Post a Comment