Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 14 September 2013

Selingan Kuiz

Peraduan 'Mengira Bilangan Telur'





Cuba bilang ada berapa telur?

Cari yang berbentuk bulat, kecil dan dikelilingi kumulus (masih ingat lagi corak awan kumulus yang kita belajar waktu sekolah rendah dulu?)
Gunakan daya imaginasi anda.
Walaupun imej ini kelihatan 2D, sebenarnya telur itu bulat dan kumulus mengelilinginya pun 3D juga.

Jawapannya ialah....

.
.
.
.
.
.
.

Ya!
TUJUH telur.

Maaf. Tiada hadiah berbentuk fizikal, sila tepuk belakang sendiri sambil bayangkan saya ucapkan tahniah.

Maka, bolehlah anda berangan2 memohon menjadi embriologis di mana2 pusat IVF.

Tetapi, sebenarnya yang ini setelah dibersihkan dan dikumpulkan dalam satu bekas.

Sewaktu OPU, bukanlah seperti ini.
Embriologis perlu cekap mengamati sama ada terdapat telur atau tidak di dalam cecair yang disedut itu.
Kadangkala, cecair itu bercampur dengan darah. Bukan mudah untuk mengenalpastinya.
Yang lebih sukar adalah apabila terdapat 'nude eggs' terutama setelah pesakit perlu menjalani tempoh 'coasting'.
Tidak mudah untuk mencari bintik hitam sahaja tanpa kumulus dan 'nude eggs' ini pula berada di tengah-tengah 'lautan' cecair bercampur darah.

Selalunya, saya akan menguji diri sendiri dengan mencari dan membilang bilangan telur setelah saya habits melakukan OPU. Itu pun setelah cecairnya dibersihkan dan telur-telur itu dikumpulkan seperti gambar di atas.

Pening saya nak melihat menggunakan mikroskop ni.

Banyak kali, saya salah kira. Asyik terlebih kira sahaja (imiganisi bukan2 :)
Saya sering diketawakan kerana mereka-reka telur tambahan.
Hanya kadang-kadang sahaja saya meneka dengan betul.
Tetapi terlebih lebih baik berbanding jika saya terkurang kira bilangan telur, rugi sahaja kalau terbuang kan?
Sah lah embriologi memang bukan bidang kemahiran saya.



Ini pula imej telur yang dibesarkan lagi sewaktu melakukan ICSI. Kumulus telahpun dbersihkan, maka yang sebesar-besar ini adalah sebenarnya titik hitam yang dilihat pada gambar di atas tadi, ovum. Pada yang berminat mengetahui tentang ovum wanita (kami panggil oocyte), ada 2 bulat kecil pada kedudukan pukul 6, itulah 'polar body'




1 comment:

  1. assalamualaikum, selepas rawatan ivf/icsi gagal, result darah menunjukkan anti nuclear antibody (ELISA) positive dan Rheumatoid Factor (Agglutination) positive. Apa pendapat Doc? Apa persiapan yang perlu saya lakukan sebelum membuat rawatan IVF yg seterusnya (Transfer Frozen Embryo)?

    ReplyDelete