Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 24 August 2013

Selingan


Pohon al-Fatihah untuk aruah nenek saya Safiah bt Said yang baru sahaja meninggal dunia pada 3.20am Khamis 22hb Ogos 2013. Saya tidak sempat menatap wajah nenek dan menghadiri pengebumiannya kerana ada prosedur IVF (OPU) yang tidak dapat ditangguhkan, hanya dapat melihat gambar yang dikirim.

Semoga roh nenek tenang bersamaNya. Minta halalkan rezeki yang beliau terima.

.
.
.
.
.


Hati saya terusik sebentar apabila dikatakan 'bodoh doktor ni'.

Tetapi saya masih tidak dapat menuruti kehendak mereka.
Saya tidak boleh memutar-belit fakta atau menulis data yang tidak benar.



Contohnya;

Jika seseorang baru sahaja mengambil polisi insurans perubatan sedangkan beliau telah menjadi pesakit saya sebelum itu dengan masalah yang sama, saya tidak akan berbohong apabila menjawab soalan

'Bilakah tarikh kali pertama pesakit berjumpa puan doktor mengenai masalah ini?'


Contoh lagi;

Jika ada juga yang bertanya;

'Kalau saya ambil polisi insurang lain, adakah doktor akan tulis tarikh yang sama juga?' (dengan harapan tarikh akan diubah dalam borang insurans baru tersebut)

Jawapan saya tetap;

'Ya, saya tak tukar (tipu tarikh)'



Saya tidak dapat mengubah tarikh semata-mata untuk membolehkan pembedahan beliau dibiayai oleh pihak insurans.

Jika polisi insnares menyatakan tidak akan menanggung sekiranya pelanggan telahpun didapati mempunyai penyakit itu sebelum mengambilnya, maka pesakit tidak layak mendapat tanggungan itu dan saya juga tidak layak mengambil bayaran.



Ini soal prinsip.
Ini soal integriti.
Ini juga soal rezeki yang akan menjadi darah daging saya.


Sebarang prosedur tambahan yang ada kaitan dengan prosedur rawatan kesuburan (sememangnya tidak ditanggung oleh pihak panel mahupun insurans); contohnya prosedur 'tubal cannulation' (membuka tiub falopian yang tersumbat), saya lakukan percuma tanpa caj atau memutarbelit menggunakan kod caj lain.
HSG menunjukkan tiub falopian kiri tersumbat.


Maka jika sebab ini saya dikatakan 'bodoh' kerana menyebabkan pembedahan anak beliau tidak ditanggung dan pada masa yang sama saya juga tidak mendapat kes, biarlah saya memetik kata-kata di bawah ini ;



"Selagi seseorang iti berdiam diri, dia akan dipandang mulia. Apabila beliau membuka mulutnya (berkata-kata), sama ada orang lebih menghormatinya atau sebaliknya turunlah darjatnya"


Kepada yang bersedekah al-Fatihah utk aruah
nenek saya, terima kasih banyak2. Semoga hidup anda dirahmati Allah.

4 comments:

  1. Takziah doktor,smg Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Dan smg Allah kurniakn kesabaran dan mengganjari doktor atas kesabaran dalam menegakkn yg haq. Amin...

    ReplyDelete
  2. ini soal integriti,soal nak menyembuhkan penyakit.mcmana nak sembuh sekiranya awal2 ada unsur penipuan. teruskan bertindak tegas doktor asalkan pendirian doctor tidak dipandang enteng dan diperkotak katikkan. Sekiranya betul2 mengikut prosedur syarikat insurans tiada masalah utk menanggung semua kos rawatan berkaitan penyakit.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah untuk arwah...
    Banyakkan bersabar menghadapi karenah manusia yg suka memutarbelitkan sesuatu perkara... Allah sentiasa bersama org2 yang benar...

    ReplyDelete