Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 25 August 2013

Endometriosis vs Endometritis

Endometriosis 

Apabila tisu menyerupai sel-sel endometrium didapati pada bahagian selain lapisan terdalam dinding dan ruang rahim.
Contohnya :
- endometriosis pada tiub falopian
- endometriosis pada permukaan ovari, rahim dsb
- ketulan endometriosis di dalam dinding otot rahim (yang ini endometriosisnya ada nama khas iaitu adenomyosis)
- cyst endometriosis di dalam ovari (yang ini juga endometriosisnya ada nama khas iaitu endometrioma, juga disebut endometriotic cyst atau chocolate cyst)
- endometriosis juga boleh berada pada organ bukan berkait peranakan seperti pundi kencing, usus, paru-paru dll


Ini bermakna;

- Jika doktor menulis endometriosis, penyakit itu boleh berada pada mana-mana bahagian anda.

- Jika doktor menulis pelvic endometriosis pula - ia berada pada bahagian pelvis

- Jika doktor menulis adenomyosis, ini khusus bermakna endometriosis itu berada di dalam dinding otot rahim

- Jika doktor menulis endometrioma pula, ia khusus merujuk keada cyst endometriosis di dalam ovari.





Endometritis

- peradangan (inflamasi) pada lapisan endometrium contohnya disebabkan jangkitan kuman.




*nota kaki
Endometrium

- lapisan terdalam pada dinding rahim. Lapisan ini yang menebal sewaktu fasa kesuburan dan kemudiannya gugur sebagai haid setelah telur tidak disenyawakan




7 comments:

  1. Salam Dr Adilah..ingin bertanya..umur saya 25tahun dan 6tahun berkahwin belum dikurniakan zuriat.hospital tempat saya treatment kesuburan menyarankan supaya saya mengambil ujian darah AMH sebelum meneruskan iui.Saya tak ada apa2 masalah kat Rahim dan ujian HSG adalah normal.saya mempunyai masalah hormone kerana masalah berat badan.pertanyaan bolehkah saya skip ujian darah AMH tu sebab mahal sangat & nak teruskan je IUI.sebab dari pembacaan saya kat blog Dr Adilah bagi org yg IVF je yg ambil ujian darah AMH..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMH memang mahal. Sebelum ini sampel dihantar ke Singapura dengan kos RM280 dan mengambil masa 2-3 minggu (kerana ia dihantar secara 'batch'). Kini (sejak lepas pertengahan tahun 2013 ini) ia mengambil masa lebih cepat iaitu seminggu sahaja, kosnya masih sama di PHKL iaitu RM280 (setakat ini). Ada juga tempat yang mengenakan kos RM480.

      Delete
    2. Boleh kalau tak nak buat AMH, tetapi jika doktor anda nak gunakan ubat suntikan FSH lebih-lebih lagi dengan dos yang tinggi, eloklah dibuat. Dengan usia 25 tahun, biasanya doktor akan gunakan dos rendah.

      Delete
  2. Assalamualaikum Doc, boleh kah saya menghubungi Doc melalui email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya menjawab soalan secara terbuka, sebagai panduan bukannya sebagai nasihat peribadi. Emel boleh digunakan oleh pesakit-pesakit saya sahaja.

      Delete
  3. As salam Doc, saya merupakan pesakit endo dan sudah menjalani 2 operation (laparoscopy & RU). Saya sudah berkahwin selama 4 tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata, persoalannya bolehkah saya membuat rawatan IUI?

    ReplyDelete
  4. Assalam.. Doctor, sy penghidap endometriosis stage 4. Sy jg penghidap adenomyiosis. Rahim sy semakin menebal n bengkak. Now bersaiz 10x7cm. Ada solution x utk mslh adenomyiosis spt sy?

    ReplyDelete