Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 26 July 2013

Ujian Kehamilan Beta hCG




Ujian kehamilan adalah secara mengukur hormon BhCG di dalam darah (serum BhCG) atau hCG di dalam air kencing (UPT). BhCG dihasilkan oleh sel-sel di dalam uri (plasenta) kandungan.

Selain itu, BhCG ada juga terdapat di dalam ubat suntikan hormon pencetus ovulasi. Ia terdapat dalam beberapa jenama. Maaf, saya tidak dapat menulis nama jenamanya atas sebab profesional. Dalam rawatan IUI, ia sememangnya ada digunakan dan IUI pula dilakukan pada kira-kira 36-40 jam selepas waktu suntikan hCG itu. Di dalam rawatan IVF juga ia ada diberikan oleh kebanyakan (bukan kesemua) doktor untuk tujuan 'triggering'.


Atas sebab itu, jika ujian pengesahan kehamilan dilakukan terlalu awal, ia mungkin memberikan hasil 'false positive'.



Di dalam rawatan kesuburan, bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan ujian darah BhCG ini?

Beberapa perkara perlu diketahui sebelum membuat pengiraan hari ujian:

1. Apakah jenis suntikan hCG yang diambil?
2. Bilakah (tarikh) ia diambil?
3. Berapakah dos yang diambil?
4. Apakah kaedah suntikan tersebut (sub-kutan atau intra-muskular)?
5. Berapa kalikah suntikan itu diambil dan bilakah serta apakah dos setiap kali diambil?

Terdapat sedikit perbezaan (julat) hayat hCG. Di dalam istilah sains, tempoh hayat pengiraan ini dinamakan half-life (t 1/2).

Secara amnya, hCG mempunyai t 1/2 sebanyak 24-36 jam. Ini bermakna setiap 24-36 jam, nilainya di dalam darah berkurangan sebanyak setengah (50%) daripada sebelumnya.

Mari kita ambil satu contoh.

Suntikan recombinant-hCG mempunyai t 1/2 selama 28 jam jika diambil secara sub-kutan dan 26 jam jika diambil secara intra-muskular (saya pun tak pasti mengapa ada yang mengambil suntikan ini secara intra-muskular kerana jarum suntikan ini pendek sahaja, mungkin ianya hanya untuk tujuan kajian perubatan)


Contohnya;
Suntikan recombinant-hCG di Malaysia yang ada kini mengandungi sebanyak 6,500 IU hCG. Jika diambil secara sub-kutan, maka setiap 28 jam paras hCG di dalam darah berkurangan sebanyak setengah.

Setiap 28 jam.

Jam suntikan 0 : 6,500 IU
Jam ke-28        : 3,250 IU
Jam ke-56        : 1,625 IU
Jam ke-84        : 812.5 IU
Jam ke-112      : 406.25 IU
Jam ke-140      : 203.125 IU
Jam ke-168      : 101.56 IU  (jam ke-168 bersamaan 7 hari selepas suntikan)
Jam ke-196      : 50.78 IU
Jam ke-224      : 25.39 IU
Jam ke-252      : 12.7 IU
Jam ke-280      : 6.35 IU
Jam ke-308      : 3.175 IU
Jam ke-336      : 1.59 IU
Jam ke-364      : 0.8 IU (jam ke-364 bersamaan 14 hari selepas suntikan)


Maka;
Selepas 14 hari, tiada lagi hCG dari suntikan recombinant-hCG ini. Barulah keputusan ujian darah BhCG untuk kehamilan boleh digunapakai.
Jika ujian darah dibuat lebih awal, contohnya 9 hari selepas suntikan, keputusan darah boleh menjadi 'false posiive' (keputusan hamil tetapi sebenarnya tidak hamil).




Ada doktor yang memberikan suntikan hCG sebanyak 5,000 IU. Ada pula yang memberikan sebanyak 10,000 IU. Ada pula yang hanya memberikan sebanyak 1,500 IU sahaja. Tak salah untuk bertanya doktor kerana kita patut tahu apa yang kita ambil ke dalam tubuh kita.




Kalau nak buat ujian darah awal juga?

Boleh.
Tetapi jika ada nilai hCG >5 IU/L, ia masih belum pasti lagi.
Maka, dinasihatkan buat ujian darah sekali lagi keesokan harinya atau selang seharinya.
Kalau ujian kedua itu paras hCGnya lebih tinggi daripada paras ujian pertama, maka sahlah anda hamil!




Kalau tak nak buat ujian darah, tapi nak buat ujian air kencing sahaja?

Boleh.
Tetapi tunggu lewat sedikit ya.
Lewatkan dalam 2-4 hari kemudian.
Ini bergantung kepada jenis UPT kit yang digunakan kerana ia mempunyai sensitiviti yang berbeza, maka nilai terendah ukuran hCG yang dapat dikesan juga berbeza (nilai paling rendah yang dapat dikesan adalah 20 IU/L iaitu kira-kira 2-3 hari selepas hari terawal ujian darah dapat dilakukan bagi mengesan BhCG > 5 IU/L)



UPT juga boleh jadi 'false negative' (keputusan negatif tetapi sebenarnya positif hamil) dalam keadaan berikut:
- air kencing cair (itu sebab disuruh buat awal pagi sebab masa tu belum minum lagi kan)
- ada mengambil vitamin C berdos tinggi.


Apa lagi keadaan yang menghasilkan hCG selain kehamilan?

-ketumbuhan yang menghasilkan hormon hCG (germ cell tumours)
-ketumbuhan/kanser choriocarcinoma atau penyakit kandungan trophoblastik.


Di samping itu, jika paras BhCG berlebih-lebihan tingginya, mungkin kandungan anda kandungan kembar, terutamanya jika keluarga anda atau suami mempunyai sejarah kembar ataupun jika bilangan embrio yang dimasukkan melebihi satu.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Dr Adilah..

    Saya ingin bertanya.
    Saya sudah mempunyai 4 orang anak. Anak terakhir dilahirkan pada umur 33. Skrg saya berumur 35 tahun.

    Kesemua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana saya tak boleh secara normal.

    Sebelum saya buat BTL (atas keputusan sendiri)..Dr Gynae saya ada memaklumkan bahawa saya masih boleh melahirkan seorang lagi anak yg ke -5 kerana rahim saya masih cantik
    dan kuat. Tapi disebabkan saya tidak berfikir panjang..saya minta Dr buat juga BTL.
    Sekrg saya menyesal buat BTL dan teringin sangat nak anak lagi. Tapi Dr Gynae saya maklumkan tiada cara lain selain buat prosidur IVF.

    Adakah kes saya diterima di klinik Dr Adilah sini.

    Berapakah anggaran kos ivf untuk kes seperti saya.

    Mohon Dr dapat reply pertanyaan saya kerana saya berharap benar mendapat jawapan drp Dr.

    Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete