Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 13 July 2013

Rekod IVF

Pada hari OPU, inilah yang dicari oleh embriologis. Telur sangat kecil, pada pembesaran 2.5 x sahaja di bawah penglihatan mikroskop, yang bulat hitam kecil itulah telur manakala tisu di sekelilingnya pula dinamakan kumulus (seperti awan kumulus). Cuba kira ada berapa telur yang anda lihat?

Tetapi apabila melakukan ICSI, imej perlu dibesarkan kepada 200x untuk membolehkan sperma dilkenalpasti/dipilih. Di dalam jarum sebelah kanan gambar ini ada titik hitam, itulah sperma.



Tahun 2012 mencatatkan 'overall pregnancy rate' pesakit saya adalah sebanyak 38.5% tanpa mengira usia wanita dan tiada satu pun menggunakan 'donor egg' atau 'donor sperm' walaupun ada beberapa kes yang menunjukkan kualiti sperma yang teruk (severe OAT III) dan ada beberapa kes azoospermia yang dibuat TESE. Saya masih tidak melakukan IVF 'donor egg' mahupun 'donor sperm' mahupun 'ibu/rahim tumpang'. Secara logik, pusat-pusat yang melakukan 'donor egg' atau 'donor sperm' atau ibu tumpang' sepatutnya memperolehi peratus kejayaan kehamilan yang lebih tinggi.


'Overall' kerana mengambil kira kesemua pesakit yang menjalani IVF sehingga lengkap ke prosedur "Embryo Transfer', berdasarkan kepada keputusan ujian darah BhCG (biochemical pregnancy).

.
.
.

Tahun 2013 ini;
Sehingga kumpulan yang menjalani IVF pada bulan Jun 2013;
'Overall pregnancy rate' secara kumulatif (pukal) adalah sebanyak 41.9 % (juga tanpa mengira usia wanita - 16% di bawah 30 thn, 58% 30-34 thn, 26% 35 thn ke atas)

Jika dipecahkan mengikut bulan;
Januari 2013 : (IVF lab ditutup untuk ubahsuai)
Februari 2013 : 100.0 %
Mac 2013 : 16.7 % (selepas QC dibuat, penyebabnya faktor luaran telah dikenalpasti dan telah diatasi)
April 2013 : 50.0 %
Mei 2013 : 50.0 %
Jun 2013 : 42.9 % (QC check sedang dibuat). Kes terakhir Jun diketahui semalam - akan menyambut harijadi ke-37 thn 5 hari lagi, berkahwin 2003, pernah menjalani IUI x 4 dan IVF x 1 di hospital lain, dos suntikan rangsangan sebanyak sejumlah 1975 IU (berbeza dengan dos suntikan rangsangan dalam pakej iaitu maksima 3000 IU), IVF kali ini beliau hamil dengan BhCG 23 IU/L selepas dimasukkan 2 embrio (4 lagi embrio telah dibekukan).


Kesemua pesakit dimasukkan ke dalam pengiraan ini ie tidak ditolak/dikecualikan daripada pengiraan walaupun ada di antara mereka:

- 4 orang dengan AMH yang rendah < 5 pmol/L (poor ovarian reserve)
- 2 orang tidak mengambil suntikan 'triggering' pada waktu yang ditetapkan (terlajak tidur) sehingga lewat beberapa jam
- 1 orang memilih untuk tidak mengambil suntikan 'triggering' atas sebab tersendiri. Mujurlah pada kali kedua IVF beliau bersetuju mengambil suntian 'triggering' ini dan kini beliau hamil.
- 1 orang hanya mempunyai 2 folikel sahaja dan memilih untuk meneruskan dengan IVF, hasilnya cuma 1 telur
- 1 orang dengan telur tidak matang (M1) dan terpaksa menjalani proses IVM ('In Vitro Maturation)
- 1 orang tidak mengambil ubat 'luteal support' mengikut kaedah yang diberitahu

Jika faktor-faktor di atas ditolak, maka peratus kehamilan IVF memanglah lebih tinggi.

Ada juga yang mengalami keguguran (3 orang) termasuklah seorang yang tidak mengambil ubat 'luteal support' pada waktu yang disarankan.

Terdapat 2 kes yang saya tidak dapat mencari punca kegagalan kehamilan.

Hasil pada tahun ini memang ditunggu-tunggu kerana sekembali saya dari 're-training' dalam IVF pada September 2012, saya telahpun menjalankan IVF secara 'protokol antagonist yang diubahsuai' secara keseluruhannya 100%.

- jenis suntikan perangsang yang berbeza
- hormon lebih banyak berjenis
- dos suntikan perangsang yang rendah dan dalam jumlah hari yang lebih pendek


Kajian perubatan memang berubah-ubah. Sebelum ini 'Antagonist Protocol' dilaporkan tidak dapat menandingi 'Long Protocol', paling-paling pun hanya menyamai sahaja peratus kehamilannya. Namun rupa-rupanya kini ia tidak lagi benar. Dengan pengubahsuaian terhadap 'luteal support', peratus kejayaan kehamilan dengan 'Antagonist Protocol' memang lebih tinggi.

Tahun 2013 ini, kesemua pesakit IVF saya menggunakan ubat yang sama, satu protokol yang sama iaitu protokol antagonis tetapi berlainan kaedahnya dengan protokol antagonis yang saya pelajari 10 tahun yang lepas, dos hormon perangsang pula sedikit berbeza dan ada yang memerlukan tambahan jenis ubat 'luteal support'.

Tahun 2012 ini juga saya berjaya 'memaksa' embriologis saya melakukan embryo culture sehingga ke peringkat blastocyst. Saya telahpun nyatakan sebelum ini mengapa blastocyst memberikan peluang kejayaan yang lebih tinggi. Namun masih kurang yang ingin melakukannya atas sebab khuatir embrio tidak dapat bertahan di dalam makmal selama itu. Inilah pusat IVF pertama di Malaysia yang secara rutin melakukan kultur embrio sehingga peringkat blastocyst sebelum dimasukkan ke dalam rahim.


Maka tahun 2013 ini, kesemua pesakit digalakkan menjalani proses 'Embryo Transfer' 5 hari (peringkat blastocyst) selepas prosedur sedut telur (OPU). Bilangan embrio yang dimasukkan pula hanyalah 1 atau 2 sahaja. Dalam kes terpencil apabila hanya ada 1 blastocyst bagi wanita yang berusia >35 tahun, barulah ditambah dengan 2 lagi embrio menjadikan keseluruhannya 3. Tiada langsung kes pada tahun lepas dan tahun ini yang dimasukkan 4 embrio.

Bukan sahaja pemilihan embrio, bilangan embrio yang dimasukkan dapat dikurangkan dan risiko kehamilan ektopik juga amat kurang (kerana blastocyst bersaiz besar dan lebih sukar untuk termasuk ke dalam tiub falopian).


Pesakit ini berusia 37 tahun, berkahwin pada 2004, pernah menjalani pembedahan laparotomi bersama dr lain, ini IVF kali pertama beliau. Saya masukkan 2 embrio (1 blastocyst dan 1 lagi baru peringkat awal blastocyst). Rupa-rupanya jadi 3 (keluarganya ada sejarah kembar). Selepas kejadian ini, saya lebih 'strict' dalam bilangan embrio yang dimasukkan, kalau boleh hanya 1 sahaja.



Kesemua pesakit.
Kecuali,
Hanya seorang sahaja yang menggunakan jenis ubat berbeza atas faktor inginkan yang murah, hasilnya akan diketahui dalam masa 2 minggu lagi.

Maka;


Sekiranya saya dapat mengekalkan peratus keseluruhan (kehamilan) pada kadar 40-50%, saya berura-ura untuk menawarkan pakej 'reimbursement' sekiranya pesakit gagal hamil. Ini bagi membuktikan memang kami menghasilkan peratusan kehamilan yang sebegitu, maka jika ia tidak benar, dengan pakej ini saya pasti akan rugi. Sama ada ianya secara 100% 'money-back-guarantee' ataupun 50% 'reimbursement', ia bergantung kepada harga pakej yang ditawarkan dengan mengambilkira caj purata IVF setiap kes masa kini. Apa pendapat anda?


Bercerita pasal pakej, pakej IVF di PHKL hampir tamat. 15 Julai 2013 adalah hari terakhir untuk mendaftar pakej dan prosedur IVF mesti silakukan sebelum penghujung tahun 2013 ini. Cuma, kini ada tambahan caj untuk ke peringkat blastocyst bagi menampung kos embriologis.

Puan-puan sekalian;
IVF adalah prosedur yang bukan sahaja mahal tetapi rumit dan berisiko. Maka silalah ikut saranan yang diberitahu bagi memastikan ianya berjaya. Dengar betul-betul dan baca betul-betul apa yang saya tulis. Selepas itu, ikut arahan betul-betul. Memanglah bukan saya yang rugi, tetapi ia mengurangkan statistik prestasi kami.

Satu lagi, kunci jam banyak2 kali supaya mudah terjaga dari tidur :)





11 comments:

  1. tahniah doktor!Semoga Allah memberkati usaha doktor membantu merealisasikan impian bakal-bakal ibu.Amin..

    ReplyDelete
  2. Assalam Dr,

    Saya patient Dr,kini saya menunggu period selepas mengambil injection lucrin pd May lepas. Period saya dijangka Aug nnt. Sementara menunggu rawatan susulan oleh Dr, boleh ke saya mendaftar Pakej IVF ini. Minta nasihat Dr.

    Terima kasih
    Liza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba call nurse Ida and minta dia tanyakan pada embriologis

      Delete
  3. Salam Dr,
    Saya di diagnos pcos tetapi mempunyai bmi normal dan period tetap. 2kali menjalani IUI failed. No blockage tube n responded well to treatments aka drugs for IUI preparation. Telur juga selalu matang dan banyak. Sperm suami normal setelah diuji.

    Perlukah saya mencuba IVF pada pandangan dr?
    Saya sudah berkahwin 5 tahun dan test ujian hormone dan darah memuaskan..

    Thx
    Ally

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah dr..jika ada 50% reimbursement atau 100% money back guarantee..,kami sgt2 terhutang budi.Di bln Ramadhan ini hanya doa spy dr dirahmati Allah selalu n keluarga dr dlm lindunganNya yg dpt kami pohon krn mmbantu insan2 seperti kami.Terima kasih dr..Hanya Allah yang dpt mmbalas budi baik dr kpd kami..amiin.smg dr terus bjaya!

    ReplyDelete
  5. As salam Dr,. Adilah,

    Saya juga salah seorang patient Dr. Saya alami ketidakseimbangan hormon (prolaktin terlalu tinggi). Selepas beberapa kali consultation dgn Dr., sy rasakan harapan utk menimang cahaya mata kembali ada. Semoga Dr. sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar terus dapat membantu pasangan-pasangan merealisasikan impian menimang zuriat sendiri.

    Wanie

    ReplyDelete
  6. Salam Dr, sekiranya direalisasikan reimbursement package tu, hanya Allah la yang dapat membalas kebaikan tersebut. Ia akan sangat membantu terutamanya buat kami yang x berjaya IVF kali pertama. Sekurang-kurangnya, separuh cost IVF tersebut boleh digunakan untuk mencuba sekali lagi tanpa memerlukan waktu yang lama untuk mengumpul semula dana.

    Smg Allah permudahkan.... Amin.

    ReplyDelete
  7. Salam Dr,
    Suami saya mempunyai darah O- (rhesus negatif) manakala saya mempunyai darah A+ (rhesus positif) ada masalah atau tidak untuk kami memiliki anak? kami telah 3 tahun berkahwin, Dr mengesahkan kami tidak mempunyai masalah. 3 kali iui failed. Adakah kami berlaku ketidakserasian darah atau antisperm? Harap Dr dapat membantu...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah! semoga Allah berkati usaha Dr..

    ReplyDelete
  9. salam dr. Blh saya tahu berapa kos keseluruhan IVF?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara RM12600-17,000 bergantung kepada jenis ubat dan dos ubat.

      Delete