Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 12 June 2013

Gender Selection










Majlis Fatwa telah membuat keputusan bahawa:


"Rawatan kejuruteraan genetik ke atas pra-embrio yang melibatkan pengubahsuaian sifat semulajadi seperti rambut, warna rambut, kebijaksanaan, ketinggian dan sebagainya termasuk memilih jantina adalah haram. Bagaimanapun, pemilihan jantina diharuskan sekiranya faktor jantina menatijahkan suatu penyakit genetik yang serius yang boleh membawa kematian."
 (diwartakan 25 Mei 2006)


Maka, saya memilih untuk tidak melakukan IVF dengan 'gender selection' walaupun pernah diminta beberapa kali sebelum ini. Rupa-rupanya, ada di antara mereka yang tidak mengetahui mengenai fatwa ini. 



Ada logiknya mengapa ia diputuskan demikian kerana kebimbangan dengan apakah nasib embrio dengan jantina yang tidak dikehendaki. Adakah dibuang/lupus? 


Cara kita mengakui embrio sebagai suatu yang mempunyai hak untuk hidup berbeza-beza mengikut negara. Malah ada negara yang tidak membenarkan proses 'cryo-freezing' dilakukan terhadap embrio lebih lanjut melainkan pada tahap 2PN sahaja.



Pemilihan jantina ini berlainan dengan IUI di mana sperma dipilih, bukannya embrio. Walau bagaimanapun kaedah IUI dengan 'gender selection' tidak memberikan jaminan 100% kerana kelompok sperma 'dipilih' berdasarkan anggapan/jangkaan kecenderungan pergerakannya dan kesesuaiannya hidup di dalam persekitaran pH tertentu. Berlainan dengan embrio di mana 'polar body' embrio awal atau beberapa sel embrio peringkat blastomere diambil dan diuji DNAnya.



Harap maklum :)


1 comment:

  1. Assalamualaikum doc, maaf jika soalan sya ni luar dari topik. Saya test upt clear blue digital dan didapati pregnant 1-2 weeks. Bila scan doc kate saya xhamil sebaliknya ade ovarian cyst pd saiz yg kecil. Soalan saya:
    1. Adakah saya hamil?
    2. Jika sya tidak hamil, adakah ini false pregnancy?
    3. Adakah ovarian cyst mengeluarkan hormon hsg dan detect pada upt sbg positive pregnant?
    4. Jika cyst saya tidak membesar, adakah jika upt dilakukan pada masa akan datang, adakah keputusannya sentiasa positive?

    ReplyDelete