Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 4 April 2013

Penantian 21 tahun


21 tahun.
Umur boleh mengundi.
Umur baru untuk mereka yang sebaya anak kecil saya memperolehi lesen memandu kereta kelak.

Pasangan dari luar negara ini bertemu saya buat pertama kali pada Disember 2012 dengan masalah infertiliti, mereka telahpun berkahwin selama 21.

Usianya sebaya saya.
Pada waktu itu, mereka baru sahaja selesai menjalani rawatan kesuburan di negara mereka,  menggunakan suntikan hormon FSH berdos tinggi, namun malangnya didapati tiada respon.
Dos FSH yang tinggi itu sebenarnya sudah sangat tinggi iaitu sejumlah keseluruhan 5850 IU (hampir 5 kali ganda dos kebanyakan pesakit IVF saya yang menggunakan hanya 150 IU setiap hari).

Sebenarnya wanita ini juga telah mengalami ketiadaan haid beberapa bulan, kerana aktiviti ovarinya telahpun menurun dengan nyata.
Malah ‘scan’ pun menunjukkan saiz rahimnya telahpun mengecil (akibat ketiadaan rangsangan hormon dari folikel telur ovari untuk sekian lama).
Begitu juga dengan ovari-ovarinya, ovari kanan hanya menampakkan 2 folikel telur, manakala dalam ovari kiri pula tiada folikel dilihat. Saiz ovari-ovarinya juga kecil.
Ujian darah AMH (anti Mullerian hormone) juga menunjukkan nilai yang sangat rendah.
Dalam ertikata lain, bilangan telur-telur yang masih ada di dalam kedua belah ovarinya sangatlah sedikit, maka keupayaan ubat rangsangan walaupun dalam dos yang paling tinggi memang dimusykilkan.


Sukar/berat untuk saya mencadangkan beliau mengambil rawatan berdos berdos tinggi sekali lagi,  kerana harganya sangatlah mahal, lagipun beliau baru sahaja mengambil ubat sedemikian bulan sebelum itu, malah bimbang respon masih sama seperti sebelum itu.

Tetapi mereka masih ingin mencuba.

The planned treatment : FSH/IUI

Mengambilkira respon terhadap dos ubat yang dinaikkan sehingga setinggi 375IU selama 18 hari rangsangan tidak berjaya, saya pun membuat keputusan untuk terus memulakan dengan dos lebih tinggi daripada dos yang paling tinggi yang saya pernah guna untuk wanita berusia 42 tahun ke atas. 
Bayangkanlah berapa tinggi perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk ubat sahaja. 
Tambahan setiap kali ‘follow-up’ kantung/folikel telur masih belum mencapai saiz yang dikehendaki. Berat mulut saya untuk mengatakan ‘tak cukup respon’ dan mencadangkan ubat disambung (duit ubat ditambah), setiap kali itu suaminya terdiam sebentar sebelum menjawab (bukan dlm B Malaysia) setuju untuk isterinya disambung suntikan.




Bezanya kali ini;

-       ~ Jenis ubat ditukar dan ditambah
-       ~ Dos hormon rangsangan (FSH) bermula hari ke-4 period (period bermula 28.02.2013)
-       ~ Jumlah keseluruhan dos FSH bertambah (yang paling tinggi dalam sejarah saya merawat pesakit selama ini
-       ~ Bilangan hari suntikan rangsangan berkurangan kepada 13 hari (tetapi masih jauh lebih panjang/lama berbanding kes IUI yang lain, malah juga lebih lama daripada IVF)
-       ~ Hasilnya  hanya 1 folikel besar (ada 2 lagi folikel bersaiz sedang dan 2 lagi bersaiz kecil) walaupun dengan setinggi-tinggi dos suntikan FSH
-       ~ Mujurlah endometriumnya cantik rupanya dan ketebalannya
-       ~ Laluan pintu rahim pun ‘favourable’
-       ~ 'Ovulation triggering’ menggunakan suntikan rec-hCG 250mcg.
-       ~ IUI pada day-19 (18.03.2013)
-       ~ Sperma selepas ‘dicuci’ : 21.9 juta (VCM)
-       ~ 'Plus my usual 'cocktail'/additional practice : special medium for sperm preparation, a different type of IUI catheter, IUI under USG guidance) 
-       ~ Prosedur IUI pun elok
-       ~ Lepas IUI terus bangun seperti biasa, tak ada baring/rehat2 pun
-       ~ Luteal support menggunakan oral progestin sahaja (memandangkan beliau mempunyai keputihan pada hari IUI dan turut ditambah ubat anti-kulat)
-       ~ 'Again, the usual advice regarding sexual intercourse, food and supplement intake etc etc)
-       ~ Hasilnya : beliau hamil dengan serum BhCG 154 IU/L



-       ~ Serum progesterone pun cantik.

Sebenarnya, saya pun tak menjangka ‘cepat’ sangat beliau berjaya. Dengan masalah telur dan ketiadaan haid untuk beberapa bulan sebelum ini, usia, berat badan, ‘previous unsuccessful attempt in stimulation’, siapa sangka ia berjaya pada kali pertama. Mujurlah kali ini, semua respon (kecuali satu iaitu bilangan telur besar hanya 1) yang saya mahu dalam IUI beliau semuanya diperolehi.

Jangan risau, sabar dulu, saya dah pesan pun pada mereka untuk menuliskan amalan/doa mereka. Saya bagitau ‘I believe that you must have been very persistent with your prayers or you must have done something extra/new that finally your wish is granted. If you don’t mind, please share with me your prayers, in writing, so that I can share with other patients’. Nampaknya mereka sudi berkongsi.

Mereka akan berjumpa saya minggu hadapan, bersama tulisan doa/ayat2 yang saya tunggu2 dan akan dikongsi di sini kelak.


Seiringan dengan beliau, ada 19 kes IUI dilakukan dalam bulan Mac 2013. Setakat ini, keputusan bagi 14 orang telahpun diketahui, 4 daripadanya disahkan hamil dengan ujian BhCG (28.6%). 5 yang lain masih menunggu hari ujian darah. Statistik Mac akan diketahui pada pertengahan April ini.

Dengan semakin ramai yang berjaya hamil dengan kaedah IUI, maka semakin berkuranganlah kes yang perlu ke peringkat IVF....

Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu2 infertiliti saya, di HUKM dan juga di Hamburg. Semoga hidup mereka sekeluarga dirahmatiNya.

3 comments:

  1. teruja baca cerita doc tentang couple yg berjaya iui kali ni...Alhamdulillah...akhirnya rezki berpihak kpd mereka..didoakan moga ibu n baby c hat sentiasa n baby slamat dilahirkan kelak..amin..Oh x lupa juga moga2 Allah murahkan rezki doc,pjgkan umur n kurniakan kesihatan yg baik kpd doc agar dpt membantu lebih ramai pasangan bermasalah untuk memiliki zuriat seperti kami. sy pn slh seorg patient doc...x sbr nunggu cik P dtg utk smbung treatment ngn doc.c u in jun doc...insyaallah... ;)

    ReplyDelete
  2. seronoknya dengar berita baik ni.....terfikir adakah saya akan bernasib baik macam ni....insya allah.....laporan HSG saya menunjukkan kedua2 tiub saya tersumbat dan ada cyst dan fibroid...kalau boleh sya tak nak lalui lagi pembedahan yg menyakitkan ....kalau boleh saya nak set appointment dengan dr untuk dapatkan second opinion ....

    ReplyDelete
  3. doc... camana progress patient ni and dia dah share ker amalan/doa? plz share with us too

    ReplyDelete