Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 4 April 2013

Frozen Embryo Transfer

Anak pertamanya telahpun berusia 4 tahun.
Anak IVF (mungkin ICSI, saya pun dah lupa).


Kini beliau telah bersedia untuk mencuba sekali lagi, menggunakan lebihan embrio yang dibekukan 5 tahun yang lalu.
Ada 3 embrio masih dalam simpanan.


Tetapi beliau kini menetap di Perak.
Kami pun berurusan di alam cyber atas sebab logistik
Saya minta beliau untuk menjalani pemeriksaan scan pelvis oleh doktor di sana, didapati normal.
Beliau pun membeli preskripsi ubat hormon estrogen di Ipoh untuk tempoh yang ditetapkan dan kemudiannya  berjumpa saya untuk pemeriksaan sama ada rahimnya telah bersedia untuk dimasukkan embrio atau belum.


Lawatan pertama beliau ke PHKL pada Sabtu 2hb Mac, rupa-rupanya rahimnya belum bersedia.
Terpaksalah ubat itu disambung selama beberapa hari lagi.
Nampaknya beliau terpaksa menunda tarikh ET (Embryo Transfer) walaupun telah bersiap sedia dengan pakaian untuk tinggal di KL beberapa hari.


Lawatan beliau berikutnya pada Sabtu 9hb Mac, akhirnya telah mencapai syarat yang dikehendaki.
Regimen ubat pun ditukar sebagai proses kedua untuk rahim.
Tarikh ET dibuat mengikut pengiraan ubat, kesesuaian saya dan kesediaan rahimnya selepas diberi ubat baru.
Dalam frozen ET lebih fleksibel, ada kelonggaran waktu tidak seperti OPU.
Asalkan rahimnya telah bersedia.


Tetapi daripada 3 embrio yang 'dicairkan' (thawed),
Satu embrio tersebut mati (degenerated).
Satu lagi tidak membesar seterusnya (arrested at 2-cell stage). Gred pun tak cantik 2C3 (bermakna embrio 2 sel dan grade 3) tetapi masih belum 'degenerated'.
Hanya satu sahaja yang terus berkembang menjadi 7 sel pada gred 2 (7C2) pada hari ke-3 usia.


ET dibuat pada hari ke-3.
2 embrio dimasukkan (7C2 dan 2C3).
Ubat disambung.


Semalam, beliau datang kembali ke PHKL untuk pemeriksaan lanjut.
Alhamdulillah, keputusannya hamil.
Walaupun dengan satu embrio gred 2 dan satu lagi embrio lagi tak berkembang (gred3).



Dalam ET, lazimnya embrio yang paling cantik akan dimasukkan sewaktu 'fresh cycle'.
Embrio yang kurang cantik yang akan dibekukan.
Tetapi sebenarnya tidak semestinya embrio yang kelihatan kurang cantik ini sebenarnya kurang cantik dan tidak menjadi. Ini telah dinyatakan dalam banyak kajian.
Cantik atau tidak hanya berdasarkan penilaian mata sahaja.
Itulah sebabnya kami tidak sesuka hati 'mengenepikan' embrio yang kelihatan tidak cantik.

Seawal tahap telur (oocyte) - sama ada tahap MII atau MI atau GV,  bentuk telur, saiz telur, keadaan sitoplasmanya sama ada bersih atau berpasir/granul atau ber'vacuole', keadaan ZP (zona pellucida), keadaan PVS (perivitelline space), keadaan polar body dan etc etc banyak lagi.

Ini kesemuanya memerlukan pengamatan embriologis yang berminat untuk mengkajinya dengan lebih mendalam akan mengapakah ianya berlaku serta apakah kaitannya dengan peratus sukses? Untuk membolehkan ini berjaya, embriologis perlulah lengkap dengan pengetahuan dahulu sebelum bekerja sebagai embriologis. Jika tidak, prossedur IVF atau ICSI hanyalah bersifat manual/teknikal sahaja dan ilmu praktikal ini boleh diturunkan daripada senior kepada junior sahaja ala-ala MPK (Manual Panduan Kerja yang dalam organisasi kerajaan tu).


Susahnya nak jadi embriologis yang bagus?
Haa....ini baru telur, belum lagi embrio....


Ramai yang bertanya 'berapa lamakah embrio boleh disimpan?'
Masih belum ada had lagi berapa lama, tetapi lebih elok disesuaikan dengan usia wanita itu yang akan mengandungkannya, melahirkannya dan membesarkannya kelak.
Saya tiada pengalaman memasukkan embrio beku selepas lebih 10 tahun disimpan, maka saya tidak boleh komen mengenainya.
Kebanyakan pesakit saya menunggu sehingga anak mereka berusia 2-4 tahun sebelum meneruskan dengan frozen ET.


Pengalaman peribadi mendapati frozen ET banyak menjadi walaupun embrionya bukanlah 'the best' berbanding pilihan pertama dalam 'fresh embryo transfer', besar kemungkinan disebabkan oleh keadaan rahim lebih cantik untuk implantasi embrio berbanding 'fresh cycle'.

Anda mungkin tertanya mengapakan saya masukkan embrio yang telah 'arrested' perkembangannya itu. Ada 2 pendapat bertentangan:
1. Pendapat A - kalau embrio tak cantik dimasukkan bersama, ia akan mengganggu dan merosakkan peluang embrio cantik untuk menjadi. Maka lebih elok embrio ini dibuang sahaja.
2. Pendapat B - embrio yang tak cantik ini; walaupun tidak menjadi, ia boleh menyokong perkembangan embrio cantik. aka lebih elok dimasukkan bersama.

Buat masa ini, pendapat saya masih tidak tetap. Untuk ini, susah nak pilih 'parti' A atau B.

5 comments:

  1. Saya silent reader blog Dr sejak buat IVF tahun ini. Suka baca kejayaan pasangan2 IVF dalam blog ni. Tahniah pada Dr dan pasangan2 yang berjaya. Saya ektopik in my first attempt.Hopefully I'll be one of the group in July thru FET. Insha Allah. Ternanti-nanti doa amalan foreign couple tu. Nanti Dr update ya! :-)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum doc, saya sgt bhajat utk dpt treatment dr doc..sy pernah mendapatkan treatment juge penah hsg dgn result normal uterine cavity & bilateral para adnexal adhensions dan going thru 7 cycles of clomid 100-200 mg kt tempat brbeza...buat masa ini sy berehat dr mengambil mana2 treatment. masalah saya sekarang period yg tidak menentu setelah membuat infertility treatment berbanding sebelom buat period sy normal 32-35 day. apa pendapat doc memandangkan saya susah mendapat masa period day 2 yg sesuai untuk berjumpa doc kerana period sy tidak normal..kadang kala period awalan hanya darah period coklat.harap doc dpt membantu..been married almost 4 years ..tq dr

    ReplyDelete
  3. doc..add saya kat my clone - ni emel saya magallya17@gmail.com
    sy dah berkahwin..ada anak sorg..

    TQ:)

    ReplyDelete
  4. Salam Dr. Sorry sy menggunakan saluran ini utk contact dr. Sy didiagnose ada adenomysis sejak setahun lalu. Sehinggalah last month sy telah berjumpa specialist di muar dan beliau tlg beri injection lucrin for first jab utk sebulan pada 6/5/13. Sy akan berpindah ke kl dan ingin mendapatkan rawatan dgn dr di hospital pantai dgn gL dr company sy. Sy call Hospital dan dimaklumkan dr cuti sehingga 6 jun 13. Sy perlu amik lucrin selewatnya 7hb. Adakah 7 hb dr available n blh acccept my adenomysis case? Harap dr dapat reply to me .. Tq

    ReplyDelete
  5. asslm. apa emel doktor ya ?

    ReplyDelete